Tuesday 29 November 2011

Wordless Wednesday

hepi 5th anniversary incik mat kool!! n hepi bday jugak!!

Monday 28 November 2011

DIY Bunga Kristal

eh bunga kristal memang cantik buat bunga tangan kan. tapi macam dah tak trend sangat la sekarang.tapi fedulik la dah tak trend ke hape kan.yang penting aku nak jugak buat.~~sebenarnya dah terbeli kristal ni dan tak tau nak buat apa.haha

tapi ada berapa hari je lagi ni. entah sempat ke tidak aku nak siapkan. dah buat hampir 70%. kerja lain banyak lagi wooo..kalau tak sempat,memang aku bantai bunga biasa sudah la nanti..

apa-apa hal pun, jom la layan tutorial aku ni. tutorial la sangattt kaann...huhu


perkara wajib. mesti la ada kristal. yang bentuk kelopak tu, then yang bulat tu untuk letak kat tengah. make sure beli kristal yang betul.kristal yang 1 lubang macam yang biru tu is better. bukan 2 lubang macam putih tu. tapi kalau untuk letak tengah je takpe.eh banyak bebel pulak..ngeheee

dawai bunga.aku guna kaler silver punya.macam dawai untuk buat bunga dip tapi keras sikit.

playar.eh playar kan namenye.benda ni penting kalau dawai tu keras. kalau dawai yang lembut tu ok je kot guna tangan untuk kemaskan dawai kat kristal tu..

cara nak buat:
1. ambik dawai tu dan masuk dalam lubang kristal dan kemaskan.sampai kemas ok!!
sampai jadi macam ni.paham?

2. ambik 5 kelopak yang dah lilit dengan dawai dan camtumkan beliau mengikut citarasa dan kepuasan hati.
3. letak gam(better glue gun) kat tengah dan letak kristal putih yang bulat kat atas tadi. yang ni takde gambar.buat gambaran sendiri la ye..maap..

ok inilah hasilnya..baru buat 11kuntum. tak tau la berapa banyak yang perlu untuk buat hand bouquet ni. mari la berdoa sama-sama dengan saya supaya berjaya menyiapkan. kalau tak, simpan je la bunga kristal ni untuk next DIY..huhu

pesanan untuk diri sendiri : kalau dah berbelog je tak kira masa, memang la tak sempat wooiii..fine blog..bijak mengingatkan tuan blog..daaaa

Saturday 26 November 2011

Birthday + Anniversary

eh, dah tak lama nak 30november la..dalam kepala sekarang hanya ingat 3disember.takde plan pun untuk sambut birthday incik mat kool yang ke-25 dan juga anniversary kami yang ke 5.yeayy!!

sori la incik mat kool, takde preparation pun untuk celebrate sama2. sangat bizi nak setelkan hal tunang. kita postpone sampai 3disember boleh kan?? nanti i bagi hadiah kat u banyak-banyak okey.lagi banyak dari sebelum-sebelum ni..9dulang tau.ngehee..

harap semua yang dirancang berjalan lancar. tak sabar menjadi cik tunang kepada kamu.luv u so much laling~~ok tutup page aku sekarang kalau menyampah..euwww

Doodle


1st try untuk buat doodle.aku tahu hodoh giler kot aku buat. tapi sangat suka sebab hasil tangan sendiri. aku buat guna adobe ilustrator.sebelum ni takde experience pun guna ilustrator tapi sebab dah biasa guna photoshop, so sedikit sebanyak ada la membantu coz dua2 pun tak banyak beza tools yang ada. ni la hasilnya after meng'explore ' adobe ilustrator..


sila jangan gelak kat doodle ini. kesian mereka.sila gelak kat tuan dia sahaja.ok fine..


Thursday 24 November 2011

laptop kesayangan saya

rupa laptop kesayangan.compaq presario v3000

dah macam tajuk karangan darjah 6 aku punye entri kali ni.haha

laptop ini memang harta aku paling berharga buat masa ni.pagi petang siang malam memang laptop ni la paling rapat ngan aku.sentiasa ada kat sebelah..

tapi tapi tapi..

laptop ni sekarang dah buat hal..mentang-mentang dah hidup 4tahun, dia macam belagak sikit la.dah pandai control diri sendiri kononnya. dah pandai control volume sesuka hati.tengah syok2 dengar lagu, kang dia slow,kang dia kuat semula,kang dia takde suara terus..bagus la dah pandai berdikari kaannn...

SAYA SAYANG LAPTOP SAYA MACAM SAYA SAYANG bakaltunangsaya..auuwww~~ ok ni ayat pujuk supaya laptop ni tak meragam,takyah berdikari sangat la.akhir kata, sila sayangi tuan anda semula..ececeh dah macam surat ape dh ayat penyudah aku ni..haha..ok bye

DIY : Kalendar 2012

disebabkan majlistunang sy akan berlangsung hujung tahun, rasanya memang sesuai la kalendar ni nak bagi kat tetamu kan.

fully DIY.takde hantar kedai pun. cilok kalendar kat google,edit sikit2 5minit dah siap.terus print.jimat masa,jimat kos..huhu
ini kalendar version saya.after diedit dari gambar asal. tapi ini bukan hasil terakhir.hasil terakhir kita bagi tengok after majlis ok..

ini kalendar asal dicilok dari incik google..thanks google!!

Wednesday 23 November 2011

Wordless Wednesday





~~BERANGAN DI HARI RABU~~

Tuesday 22 November 2011

menghitung hari

sedang menghitung hari dan sedang tarik nafas dalam dalam. rasa nak bernafas pun tak sempat ni.~tapi berblog sempat lak.nampak sangat mentipu..

gigih aku lukis doodle ni. 1st try okeh.memang seburuk mungkin la hasilnye. tapi sebab fikir dah takde mase, aku abaikan je la keburukannya. dan terjadi la sticker yang simpleSelekeh ni. janji ada aku nak lekat kat box nanti..huhu..nak copypaste doodle yang ambik kat google kang, ada lak yang saman menyaman aku sebab ambik doodle hakmilik diorang. ok fine doodle aku burok.~~tutupmukamalu~~

Basket Shop Petaling Street

Kalau ada yang minat lantern, meh aku bagi info sikit...waaahhh sejak bila pulak blog ni nak bagi info bagai.rasanya ramai je bride2be yang dah tau basket shop ni kat mana.aku saje nak gebang lebih.. bagi nampak berguna sikit la kannn..haha

pesanan :
~~kalau nak pegi kedai ni, tolong la pegi siang hari.jangan jadi macam aku.pegi malam buta.memang tak dapek la kann..pukul 5.30 dah tutup kedai.
~~kalau nak pegi better call dulu nak lantern color ape kan. kang jadi macam aku lagi.main redah jer. last2 stok warna yang aku nak tu takde. kan dah menyesal 2kali.bazir masa lak tu.sejak nak tunang ni, pandai lak aku tahu menghargai masa..ngeheee

ni no telefon basket shop 03-20784863.ingat!!waktu operasi 9.30am sampai 5.30pm.. hari ahad kedai tutup.

tapi kalau korang takde masa nak pegi siang hari, korang boleh call inform nak ambik malam.diorang akan pas barang tu kat kedai lagi 1. tapi aku tak sure kat mana. dekat-dekat situ jugak aku rasa. aku ada tanya haritu tapi dah lupe..huhu

eh lagi 1 info, diorang ade website sendiri kat SINI..tapi macam hidup segan mati tak mahu sikit la website dia. tak banyak info pun

ok dah cukup la tu..dah macam duta basket shop la pulak nih..ok bai

Misi Mencari Paper Lantern

Banyak betul halangan mencari lantern ni. sekarang kan memang dah trend orang tunang ke kahwin ke, semua nak ada lantern ni sebab paper lantern ni sangat sweet okeh.. disebabkan memang dah set dalam hati, walau apa pun terjadi nak jugak ada lantern ni untuk pelamin tunang nanti, memang gigih la mencari.

misi mencari lantern wajib ditemani incik mat kool. sebelum ni ada la survey online tapi harga macam mahal la pulak kan.. so, rajin-rajin blogwalking blog b2b. so, dapat la info kat mana ada kedai lantern ni.

2minggu lepas, paksa incik mat kool pegi serang basket shop kat petaling street. kitorang gerak after incik mat kool abis kerja. sampai-sampai kedai tu, dah TUTUP..kecewa giler. esok pagi2 dah pegi semula. semangat kann..tapi tapi tapiii...KECEWA lagi sekali sebab warna yang aku nak dah takde stok.takde langsung okey. katanya minggu ni baru sampai.

next misi hari sabtu lepas. masa suntuk dah ni. kalau tak dapat jugak, memang redha je la. tapi nasib baik ada rezeki. dapat la jugak paper lantern yang diidamkan..hehe..~TARIKNAFASLEGA~

next misi untuk buat pelamin yang simple pastu campak je lantern ni kat sebelah.ngehee..

pelamin DIY yang ada paper lantern nanti kasi upload after majlis hokey..harap-harap dapat la hasil yang memuaskan hati..

meh kita layan pict by incik google..

suweetttt kannnn...


nak direction kedai basket shop?nanti kita stori lain entri ok. aku bagi no fon siap-siap. malas nak bagi sekarang. malas nak bangun ambik name card dalam purse.berat bontot.opsss...

Wednesday 16 November 2011

Tarikh tak betul

kenapa entah dengan blog ni..tarikh yang kat atas tu tak betul..aku dah godek2 tapi tak jumpa gak..ape masalah hee..tarikh tak betul.hari tak betul.masa pun tak betul...

aku post entri ni 16/11/2011 pukul 4.15 p.m..kang tengok la tarikh yang keluar tu bila..kesian kan budak IT tetiba jadi bangang IT seperti ni..masalah macam ni pun kena pung pang kat blog..haha..

abaikan je la tarikh tu kot..kang setiap kali post, aku tulis siap-siap hari,tarikh, waktu bagai kat bawah entri ni..nampak jakun tak kalau buat macam tu?hahaha

Tuesday 15 November 2011

Bunga Fabric 3D


sila tumpu pada bunga tersebut.jangan tumpu pada yang lain..berdosa nanti..(:

aku sedang melembutkan jari-jari aku untuk buat bunga ni..dah banyak dapat tapi tak cukup lagi..nak buat apa dengan bunga ni???kita tungguuu je la..selepas majlis baru kita stori lebih lanjut okei..

sumpah cantik..sekadar gambar hiasan. tiada kena mengena dengan cerita..haha

eh meh la ramai-ramai kita DIY bunga ni.. aku belaja dari SINI. senang je kot. cuma rajin atau malas je. kalau rajin, memang on je la..

hasil yang aku buat tak glamour sangat la.malu nak tunjuk kat orang..auuwww..tengok la nanti lepas majlis tunang, kita kasi up gambar sekeping dua..tapi takyah tunggu sangat la.aku kan suke janji je.datang penyakit aku malas nak berbelog, memang tak dapekkk la nak tengok hasil dari tangan aku..ngehee

Sunday 13 November 2011

E-day checklist

tinggal 2minggu 6hari je lagi..wohhooo aku ingat 2bulan lagi..rupanyaaa...sangat la pantas masa ni berjalan..fuhh penat nak kejar.mengah camni..

Tunang Checklist

1. Tarikh - [√]~InsyaAllah 3/12/11~

2. Warna Tema - [√]~Biru Purple~

3. Baju - [√]~Beli ReadyMade

4. Tudung - [√]

5. Veil - IN PROGRESS(DIY)

6.Kasut - Still Thinking perlu ke tak

7. Hantaran - IN PROGRESS(DIY)
*Untuk Lelaki
1~Sirih Junjung~considered done
2~Kemeja [√]
3~Purse [√]
4~Kain Pasang [√]
5~Macaroon~considered done
6~Kain Pelekat + sejadah [√]
7~Al-Quran [√]
8~Buah~considered done
9~Coklat [√]

*Untuk Perempuan
1~Sirih junjung~considered done
2~Cincin Risik+Tunang [√]
3~Kain Pasang [√]
4~Jam Tangan [√]
5~Telekung [√]
6~Buah~considered done
7~Coklat [√]

4. Doorgift
*Choc Cupcake~buat 2hari sebelum majlis
*Accesories box(letak coklat kat dalam)~considered done
*Sticker(tambal kat box) - dah design tapi belum print
*Calendar - IN PROGRESS

5. Pelamin - IN PROGRESS(DIY)

6. Bunga Tangan - IN PROGRESS(DIY)

7. Make up - DONE

ni list yang terlintas kat fikiran je..wohoo banyak lagi in progress. kebanyakan yang DIY pulak tu.ni la masalah perempuan susah nak puas hati nih..semuanya nak DIY.lepas tu kalot tak tentu arah bila majlis tinggal 2minggu lebih je lagi.ada tak sape-sape sudi bagi pinjam tangan dan kaki.boleh la bergotong royong mengurangkan beban..plissss

Saturday 12 November 2011

eps2 - Konvokesyen UTHM

minggu paling bizi. nak pungpang pasal konvo kat blog sendiri pun fikir banyak kali. asal nak bkak blog je, dan2 ingat banyak keje nak buat. terus tutup blog. tapi bukak fb blh pulak.last2 tak buat gak kerja. akupuntakpahamkenapa..

minggu lepas bizi buat persiapan raya. ala kadar je raya haji ni. sempat la buat kuih 2jenis.kerepek2 dah borong kat parit raja time konvo haritu. after raya haji, isnin dah ikot kakak aku balik s.alam. nak setel beli barang untuk e-day nanti. hari selasa berkampung kat nilai pagi smpai ke malam. pagi rabu balik keratong. petang rabu balik s.alam semula.kamis petang cari barang kat s.alam.kamis malam n pagi jumaat pusing 1 kl pulak cari barang.petang jumaat balik keratong..fuhh memang bizi tahap artis popular dah aku ni haa..

tapi dalam bizi2 pun, kena la jugak kasi upload gambar konvo ni untuk tatapan di hari tua nanti..ngehhee

thanks pada yang sudi menyumbang bunga2 di atas.
purple bouquet from my sis.
red bouquet + katak hijau comel bangat from incik mat kool.
sunflower from my sweetheart ~ofkos my mother :).
kristal flower from kakhaizan, kakham, cikaida n cikeima.

roommate dari 1st sem smpai habis stadi. kawan paling baik yang aku pernah jumpa so far..sangat beruntung berkawan dengan beliau. kalau tak percaya sila pergi berkenalan..



bangga kan muka keluar dewan.siap kembang hidung..haha


pen"support" saya.

keluar dewan jumpa mak terus pelukciummuahmuah..owhhh bes tengok mak happy


pen"support" yang tak boleh masuk dewan berjaya snap pict ni.tepuk tangan pada diri sendiri..


redho je mak aku dapat anak bermulut itik ni..ehhh


ni muka sebelum masuk dewan. muka nampak suci sikit. belum keluar peluh2 jantan peluh betina lagi..

ni pen"support" sy jugak. dia memang cantik sebab dia bagi hadiah handbag guess sempena konvokesyen saya.~saje puji cantik dengan harapan dapat la lagi 1 handbag sempena pertunangan ke hape..haha kejam kan dapat adik mcmni. hanya memuji dengan niat..huhu


kenapa time konvo perlu pakai jubah sebegini rupa?tak bleh ke sediakan jubah bersaiz kebaya nyonya ke.kan lebih howttt gituu..~~meluat kan dengan perempuan ni.banyak songeh~~


adik senior + housemate --> kawan gelakhuhahuha --> classmate --> kawan jogingkattaman --> kawan kongsiceritacinta --> now dah jadi bff..windu sama kamu. serius..
ni tokey hotel penginapan kami..hehe x la.ni my sis yang dok kluang. Kluang-Parit Raja setengah jam je maka tempat penginapan adalah percuma.:)



rindu pulak dengan si tecik ni..arryssa ngan upin ipin adalah bff. start bangun tdo smpai nak tdo semula, wajib pasang upin ipin. kat tv, laptop, ipad, henfon..kitorang yang dipaksarela tengok sama ni,dah boleh hafal dah ape dialog upinipin. tengok gambar ke2 dari kanan. kalau suruh senyum, macam tu la dia buat.ala sweeettt..pang sekali baru tahu..hehe



menggedik je pose bajet ayu..auuwww..



lakonan semata-mata..bajet nak lalu red carpet, semua reporter dah tunggu. tu yang dapat gambar ni..haha..gediks hokeyyy..


my sweetheart with adik bongsu


kakak sulong



giler cermin.cermin kete pun boleyyy..asal nampak je..


candid kamera!!

ni pun candid..


ni candid tipu.hehe..


ni candid betul..

ehh perlu ke inform cenggitu. nampak sangat tak tau nak letak caption ape




pada hari kejadian, hujan turun dengan jayanya. memang tak dapekk nak ambik gambar outdoor. ambik gambar kat studio je la dapat pun..gambar studio smpai harini pun tak dapat lagi.tungguuu je la..


suke hadiah ni..comel kan katun bermata bolasepak tersebut.siap ada nama.orang-orang terpilih je boleh dapat tahu..ni dari akak-akak yang kenal masa praktikal SMC dulu.diorang memang bes. ade 2 perkara je tak bes masa praktikal dulu. 1~penyelia tak bes(Dr.N bukan nama sebenar) 2~mamat pakistan yang psiko.kalau nampak dia wajib terus jalan laju-laju..haha..kenangan...

p/s : lepas ni nak update checklist e-day.dah semakin cuak nih.mcm cepat pulak masa ni jalan..k bai
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers