Tuesday, 6 November 2018

Friday, 20 July 2018

Try

https://hanajay.sharethislah.com/43345-491301

Monday, 23 April 2018

Iolss kembaliii

Assalamualaikum.

Haishh lama amat dah tak berbelog. Last post 2013. Hal kawin punya cerita. Ni dah anak 3 oii.

Bukan takde cite nak berblog. Banyakkk cite. Tapi faktor usia mungkin. Nak mengarang dah tak berapa jadi. 😅

Malam ni mimpi apetah dtg rajin. Harap2 rajin ni berpanjangan. Walaupun memang takde orang dah baca blog ni, kita rajinkan la jugak tangan ni.

Salah 1 sebab nak berbelog semula sebab banyakkk sangat gambar dlm fon ni. Jadinya dari gambar ni hilang tanpa dijangka, kita sumbat je la dlm blog ni kn.

Apemende la bebel mlm2 ni ha. Haha. Kbai

Sunday, 7 April 2013

wedding review : OP(official photographer)~~bad review mungkinn

ni dah masuk bulan ke7 aku kawin.gambar kawin aku masih lagi nan hadoooo..majlis belah aku n majlis belah Incik Mat Kool pun same..grrrrr

yang belah aku, aku hire CARLBELLA PHOTO ..Actually album dah siap 1mac aritu n aku dah pegi ambik kat OP tu.TAPIIIII....album yang aku dapat memang lari jauh dari pakej yang die janjikan..katenye dalam pakej akan dapat crystal album(kulit kaca) tapi yang dapat memang sedeyhhhhh..6 bulan ok aku tunggu tapi dapat result camtu memang SAKITTT..then, aku mintak die tukar.dia kate seminggu boleh dapat semula mcm yg aku nak.tapi sekarang dah masuk sebulan seminggu still xde bayang lagi album aku nih..dah aper citer ni weiiii..nak sabar pun dah tak boleh ni hoiiii..takkan nak tunggu lagi 6 bulan??!!!lagi 3 bulan anak aku dah nak keluar ni haa..bajet SWEET SANGATTT tengok gambar kawin same2 dengan baby???


Yang belah encik husband pulak lagiiiii dasyattttttt...sampai sekarang tak dengar cite..mesej taknak reply.call taknak angkat..tak tahu la tuan die ni wujud lagi ke tak kat dunia ni..yang belah johor aku ambik IZAM CRAZYPHOTO. kat bawah ni mesej2 yg husband aku mesej die..bace je la sendiri..dah mesej 3 4kali, baru nak reply.pastu senyap balik.mesej 3 4kali lagi,baru reply lagi.pastu terus tak reply sampai ke sudah..hadoiiiii...macam ni ke layan customer???aku pun bisnes gak n tau la jugak cara2 layan customer.dah kalau macam ni la gayenye, rezeki yang korang dapat tu memang tak ke mane la hehhhhh..korang buat kitorang ni macam hape je la.suka sangat customer dok merayu2 korang sebab nak album kawin kitorang padahal kitorang bayar servis korang..aku pun TAKPAHAM apa masalah korang..haishhhhh

3kali husband mesej, baru nak reply..yer kitorang paham kalau anda dalam kesulitan.tapi tolonggggggg la  inform..grrrrr


tengok mesej yang ke2 tu.lagi 2minggu die akan pos kannn???mesej tu tarikh 11januari.sekarang dah  7April..watdefak 2minggu?????




LAPAN kali mesej baru ade reply???bizi sangat ke wehhh.PELISSS laa..then, cakap bagi masa seminggu..ok fine. seminggu kitorang tunggu lagi.janji 14mac rite??now dah 7April still xde kabar berita.dah camno???

haaa incik husband dah marah tu haaa..husband aku bukan jenis yang marah2 orang..sangat la tak pandai nak marah orang.tapi kali ni die pun dah tak tahan..hambekkkk...


dannnnn kesudahannya korang tengok la cmane???langsung tak reply mesej hohoiiiiiii...sabarrrrr je la kan(urut dada  sambil menaip ni haaa)


p/s : AKU PUN DAH TAK TAHU NAK BUAT APA LAGI SEKARANG NI..TUNGGU DAN TERUS MENUNGGU LA KOTT...ARGHHHHHH..APTB

Saturday, 12 January 2013

Apa yang perlu ada untuk candy buffet + chocolate fountain

Entri yang lepas tu bagaikan lepaskan batuk di tangga je kan.ala kadar sangat.heee..so, hari ni sambung lagi sikit pasal candy buffet + chocolate fountain..

antara barang yang perlu ada untuk candy buffet n chocolate fountain :-

1. perkara wajib!chocolate fountain machine semestinya!!ni my sis beli kat sunway pyramid
2. coklat khas untuk fountain. pernah baca ada orang cakap boleh guna coklat biasa.tapi dikhuatiri mesin cepat rosak. so, ambik langkah selamat. beli aje la coklat khas untuk fountain walaupun mahal. rm68 untuk 1kg..masa majlis aritu beli 4kg.dapat rm60/kg. diskaun 4hengget.. tapi baru ni ade jumpa murah pulak harganya jual online. rm45/kg.beza btl harganya.cer tgk kat SINI

3. marshmallow..ni budak2 suka sebab colourful n rasa pun sedap bila dip coklat.bukan budak2 je.mak n ayah budak pun suke..heeee

4. Buah-buahan..buah stroberi adalah sangat dialu-alukan.tapi time majlis aritu xde stroberi pun sbb susah sgt nak dapat kt kampung ni ha..yang ade anggur + kiwi + epal hijau shj..pun ok jugak.janji warna warni

nyummmehh..ni masa birthday ica tahun lepas..kami pegi cameron semata2 nak beli strawberry yang  lazat2 untuk buat chocolate fountain.gambar atas ni adalah 1/5 daripada stroberi yang ada.gemok2 pulak tu.heee.tapi takde la pegi cameron smpai atas,beli stroberi,terus pecut balik.sempat la jugak bercuti 2 malam kat sane..tiba2 rasa nak ajak incik mat kool pegi cameron makan stroberi puas2.ohoiii besnye.*dh blh bagi alasan baby yg nk mkn..heee point!!*
5. biskut jari

 6. Fruit tart..potong dadu buah2 yang ada, then letak dalam shell tu. sapa nak makan,curah je la coklat dalam tu..simple!
shell colourful ni beli yg dah siap.tak sempat nak buat sendiri.pengantin biziiii ;)
ni menu lebih kepada chocolate fountain.nanti next entry kita tengok pulak menu untuk candy buffet sahaja(tanpa chocolate fountain)..daaaaa

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers