Thursday, 24 May 2012

99hari lagi!!!

sekali tengok ticker td "haaaahh 99hari lagi???"..dh mule la rase gelabah tak tentu pasal nih..mcm byk lg je x setel..

esok cuti..nak mengecat rumah!!

design kad kawen belum finalize lagi.

asmaul husna incik mat kool dah siapkan design tapi belum print lg.

bunga telur dh 2 3 minggu tak usik. ntah bila la boleh siap..

baju nikah baru pegi tgk semalam. makcik tu tak start jahit lagi..

veil nikah langsung tak terusik lagi..kain pun ade dalam plastik jakel lagi tu haaa..

....................................................
.............................................................................(sila isi tempat kosong)
HADOI doi doi doi..DAH TAK SANGGUP NAK SENARAIKAN APA YANG TAK BUAT LAGI..OVER GELABAH KANG!!

Nak ke cameron highland bersame family 7-9jun...hohoihoiiiii tengah gelabah2 sempat lagi nak bercuti.(makan stoberi mungkin boleh hilangkan gelabah..okbai)





Monday, 14 May 2012

Stress!!

Sumpah aku stress..
Sumpah aku rasa nak nangis..
Sumpah aku rasa nak menjerit..
Tapi....
Aku sendiri tak tau stress sebab ape..
STRESS TANPA SEBAB..sangat pelik~~

Thursday, 12 April 2012

google search

tadi saje2 melawat web nuffnang..padahal dah tau earning memang tak bergerak kat situ je(nampak sangat blog nanHADOOO)...bukak hari2 dgn harapan nuffnang buat suprise bagi hadiah kawin ke tetiba dapat 5 6 ribu.bagus jugak tu.~verangan sangat kannn..haha

ni bukan nak cerita pasal duit nuffnang nih. aku memang suke kalau bukak nuffnang tengok kat keyword tu.ye la nak tengok earning memang sah2 la mendukacitakan. ni aku dapat keyword yang harini punye..sila tengok bawah sekali


sape la yang buat google search macam ni. boleh pulak link ke blog aku..konfem orang tu menyesal tak sudah. sebabnya blog aku memang tak membantu langsung pun..mana la aku tahu boleh bawak toto ke tak.

tak pernah pulak aku buat entri "boleh bawak toto masuk hotel ke tak".hihi..aku rasa ni mesti dapat dari ENTRI ni.

ok bai..itu je pun nak update..gelabah kan pompuan nih..

Monday, 9 April 2012

design wedding card

ini bukan design akhir. dalam proses bekerjasama dengan adobe photoshop cs5 lagi. yang pasti konsepnya lebih kurang. backgroud memang putih suci cenggitu.akan ada 2 ketol manusia tu, akan ada nama peranten, akan ada tarikh kejadian. dah setel..

Thursday, 5 April 2012

Gold Coast Morib Resort ~Theme Park

semalam dah cerita pasal hotel.ini cerita theme park pulak.taman tema bahasa lebih rasminya..

kalau dah check in hotel, dapat tiket masuk taman tema untuk 2 orang.tiket tu untuk 2hari.means kalau check in 1 hb n checkout 2hb, so, tiket tu valid untuk 1&2hb. yang penting, xleh tanggal dari tangan.~~tido pun pakai tag kat tangan weii..~~

kalau la yang pegi lebih dari 2 orang ataupun korang juz nak layan taman tema tu je tapi taknak tido kat sana, still boleh masuk jugak..
harga tiket :
rm25(dewasa),
rm15(kanak-kanak)
kanak-kanak 2tahun ke bawah free jer.

taman tema ni macam biasa je.tak awesome sangat la.cuma yang bes kitorang pergi weekdays.so, tak ramai orang.dah jadi tempat tu kitorang yang punya. kalau pergi weekend konfem penuh je kat situ. nak mandi pun mesti berebut2 jugak la kan. tempat ni baru..mungkin lepas ni akan ditambahbaik lagi.

waktu operasi pukul 8pagi sampai 7malam. malam yang tak bes sebab takde aktiviti boleh buat. tapi pantai morib dekat je.dlm 5km.so, kalau bosan2 dok kat bilik hotel, boleh la lepak2 makan ikan bakar kat pantai morib tu...

ni view dari bilik.kitorang request nak bilik mengadap theme park.baru indah pemandangan dok kat balkoni kannn..


tempat dia nampak bersih..sebab tak ramai orang.kalau ramai tu, khuatir jugak air pepsi blue jadi pepsi original pulak..



tu bilik kami!!!


nampak gelongsor biru kat belakang tu?nampak macam biasa je tapi bila gelongsor seram jugak.licinn wooohh...badan dah jatuh dalam air, jantung macam tertinggal kat atas lagi..camane tu??



ini replika. ni next projek aku rasa. gold coast kuantan..orang kuantan,sila tunggguuuuu kedatangannya!!!!

our wedding!!