Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts
Showing posts with label Wedding Preparation. Show all posts

Wednesday, 25 January 2012

tukar tema pulak dahhh..

weekend lepas pegi melawat jakel.konon niat asal memang nak melawat..last2 dah terbeli la jugak.. dah plan dengan incik mat kool, baju bertandang nanti memang nak tempah baju sendiri.

so, pegi la survey kain kat jakel. tapi dari petang bawak ke malam dok berkampung kat jakel shah alam mencari yang berkenan di hati..tapi...semuanya tak jatuh cinta pandang pertama..euwww..wedding sekali je kan.harus la cari yang berkenan walaupun terpaksa ambik mase lame.


plan awal, tema bertandang macam ni
ROYAL BLUE



tapi....dah bertukar jadi ni...
|
|
|
|
V
ORANGE!!!!

~~ setakat ni nikah dan bersanding still mengikut plan..jangan bertukar las minit sudahhhh...

Friday, 6 January 2012

projek DIY telah bermula

dah janji dengan diri sendiri (over kan berjanji dgn diri sendiri) nak start DIY ape2 saje berkaitan wedding bila masuk je 2012.. so, ni projek permulaan.ada 8bulan je nak setelkan semua benda.so, macam bunga telur ni memang dah boleh setel awal,kita dahulukan la yerk..dah siap nanti simpan je dalam kotak menunggu hari bahagia..euuwww malu tau sebut hari bahagia..gedikkss

projek ni baru je bermula 3januari.so, kerja memintal je la yang dah buat.sambung menyambung belum start lagi.. keje aku senang. potong reben je.dah potong, aku serah je kat pekerja.sebelum tu ajar cara nak buat camane. pukul 10pg sampai 6petang dok memintal je la dia reben2 tu semua.aku macam biasa..Online je la..haha.bagus kan..nasib baik ade pekerja.laju sikit kerja berjalan..



~~Semoga semua berjalan lancar seperti yang dirancang..AMIN..
~~Eh dari bunga telur pun mesti dah dapat agak tema kahwin ape kan..HIJAU COKLAT..baju nikah akan pakai coklat(tak coklat sangat la..color MILO katanyerr)..sanding insyaAllah emerald GREEN..Barang-barang berkaitan campur dua2 color..pun boleyyy la kan..itu pun kalau tak tukar plan..tunggu je la september nanti kan..
~~ke korang2 rasa combination color ni nampak burok??cer bagitau iklas..(^_^)

Wednesday, 4 January 2012

Pelamin Bunga Besar


Sekarang memang tengah in pelamin bunga besar2 ni..dari jauh nampak bunga je lebih..saya sangat suker!!! tadi saje la gedik2 tanye kat Eezi Bridal Centre ni. nak tahu harga bunga ni..harganya boleh tahan mencabar...kalau setakat guna 5 6 kuntum ok lagi..tapi kalau nak penuh satu pelamin, memang fikir banyak kali la kan..takut makan bunga tu je lepas kawin nanti sebab bajet beli beras dah habis beli bunga..haha..

Kalau tengok macam ni, tak jatuh cinta sangat kot..cer dah letak kat pelamin.Sangat cantik okey..



ada 3 jenis bunga ni..Harga ikut saiz..ni harga yang eezi bridal tu bagi. tak tau la kalau boleh nego lagi ke tak.

PRICE : 8":RM20, 12":RM29, 16":RM39, 20":RM49..
ok sila kira bajet sekarang!!

sumpah nak pengsan tengok gambar ni.. hover kan..sila jangan pengsan dulu..kalau tak dapat pelamin macamni nanti baru pengsan..ehh..
gambar dicilok dari google. pelamin Marion Rose Caunter dengan SM Nasaruddin.. dah aku ni sape nak pelamin sama dengan mereka??berangan tu perlu~~eeuuuwwww

ni pun gojes ya amat.. tema sama pulak dengan tunang haritu.ngehee
~cilok gambar dari group bride to be 2012~saje taknak link.dah jadi secret group kan kat fb

Plan A-->Cari butik pengantin yang boleh buat pelamin ada bunga besar ni..
Plan B-->Cari sponsor yang nak sponsor bunga2 ni.boleh DIY je pelamin.eh bajet je nak cari sponsor..berangan boleyyy

Monday, 26 December 2011

OP BOOKED!!

semalam sudah book official photographer untuk wedding nanti. sangat awal kan book OP walaupun majlis insyaAllah akan berlangsung 1/9/2012..

2 minggu lepas dah survey2 dan tanya harga dan harga yang pakej tu valid untuk tahun ni. tahun depan dah harga lain. so, ambik la kesempatan yang ada kan. terus book semalam. means dah jimat kat situ untuk bayar OP. dah nak kahwin ni, dalam kepala mesti ingat word JIMAT, JIMAT, JIMAT..gooddd~~~

pakej yang dah di booked (rm1200)
~unlimited shoot(cover nikah,sanding n outdoor)
~crystal album 10x12 (crystal album tu sama je dengan custom album cuma kulit album tu kaca + gambar dalam tu kilat(metalic)..part album ni yang aku suke. 1st time tengok terus jatuh cinta..euwww
~sekeping gambar 8r + frame
~DVD copy semua gambar




p/s~sape2 berminat boleh la usha2 kat fb beliau kat SINI. eh tapi kalau book online, dia dah bagi harga tahun depan 2012 punye. aku terus g butik. sebab tu still dapat harga tahun 2011.
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers