Sunday, 7 April 2013

wedding review : OP(official photographer)~~bad review mungkinn

ni dah masuk bulan ke7 aku kawin.gambar kawin aku masih lagi nan hadoooo..majlis belah aku n majlis belah Incik Mat Kool pun same..grrrrr

yang belah aku, aku hire CARLBELLA PHOTO ..Actually album dah siap 1mac aritu n aku dah pegi ambik kat OP tu.TAPIIIII....album yang aku dapat memang lari jauh dari pakej yang die janjikan..katenye dalam pakej akan dapat crystal album(kulit kaca) tapi yang dapat memang sedeyhhhhh..6 bulan ok aku tunggu tapi dapat result camtu memang SAKITTT..then, aku mintak die tukar.dia kate seminggu boleh dapat semula mcm yg aku nak.tapi sekarang dah masuk sebulan seminggu still xde bayang lagi album aku nih..dah aper citer ni weiiii..nak sabar pun dah tak boleh ni hoiiii..takkan nak tunggu lagi 6 bulan??!!!lagi 3 bulan anak aku dah nak keluar ni haa..bajet SWEET SANGATTT tengok gambar kawin same2 dengan baby???


Yang belah encik husband pulak lagiiiii dasyattttttt...sampai sekarang tak dengar cite..mesej taknak reply.call taknak angkat..tak tahu la tuan die ni wujud lagi ke tak kat dunia ni..yang belah johor aku ambik IZAM CRAZYPHOTO. kat bawah ni mesej2 yg husband aku mesej die..bace je la sendiri..dah mesej 3 4kali, baru nak reply.pastu senyap balik.mesej 3 4kali lagi,baru reply lagi.pastu terus tak reply sampai ke sudah..hadoiiiii...macam ni ke layan customer???aku pun bisnes gak n tau la jugak cara2 layan customer.dah kalau macam ni la gayenye, rezeki yang korang dapat tu memang tak ke mane la hehhhhh..korang buat kitorang ni macam hape je la.suka sangat customer dok merayu2 korang sebab nak album kawin kitorang padahal kitorang bayar servis korang..aku pun TAKPAHAM apa masalah korang..haishhhhh

3kali husband mesej, baru nak reply..yer kitorang paham kalau anda dalam kesulitan.tapi tolonggggggg la  inform..grrrrr


tengok mesej yang ke2 tu.lagi 2minggu die akan pos kannn???mesej tu tarikh 11januari.sekarang dah  7April..watdefak 2minggu?????




LAPAN kali mesej baru ade reply???bizi sangat ke wehhh.PELISSS laa..then, cakap bagi masa seminggu..ok fine. seminggu kitorang tunggu lagi.janji 14mac rite??now dah 7April still xde kabar berita.dah camno???

haaa incik husband dah marah tu haaa..husband aku bukan jenis yang marah2 orang..sangat la tak pandai nak marah orang.tapi kali ni die pun dah tak tahan..hambekkkk...


dannnnn kesudahannya korang tengok la cmane???langsung tak reply mesej hohoiiiiiii...sabarrrrr je la kan(urut dada  sambil menaip ni haaa)


p/s : AKU PUN DAH TAK TAHU NAK BUAT APA LAGI SEKARANG NI..TUNGGU DAN TERUS MENUNGGU LA KOTT...ARGHHHHHH..APTB

Saturday, 12 January 2013

Apa yang perlu ada untuk candy buffet + chocolate fountain

Entri yang lepas tu bagaikan lepaskan batuk di tangga je kan.ala kadar sangat.heee..so, hari ni sambung lagi sikit pasal candy buffet + chocolate fountain..

antara barang yang perlu ada untuk candy buffet n chocolate fountain :-

1. perkara wajib!chocolate fountain machine semestinya!!ni my sis beli kat sunway pyramid
2. coklat khas untuk fountain. pernah baca ada orang cakap boleh guna coklat biasa.tapi dikhuatiri mesin cepat rosak. so, ambik langkah selamat. beli aje la coklat khas untuk fountain walaupun mahal. rm68 untuk 1kg..masa majlis aritu beli 4kg.dapat rm60/kg. diskaun 4hengget.. tapi baru ni ade jumpa murah pulak harganya jual online. rm45/kg.beza btl harganya.cer tgk kat SINI

3. marshmallow..ni budak2 suka sebab colourful n rasa pun sedap bila dip coklat.bukan budak2 je.mak n ayah budak pun suke..heeee

4. Buah-buahan..buah stroberi adalah sangat dialu-alukan.tapi time majlis aritu xde stroberi pun sbb susah sgt nak dapat kt kampung ni ha..yang ade anggur + kiwi + epal hijau shj..pun ok jugak.janji warna warni

nyummmehh..ni masa birthday ica tahun lepas..kami pegi cameron semata2 nak beli strawberry yang  lazat2 untuk buat chocolate fountain.gambar atas ni adalah 1/5 daripada stroberi yang ada.gemok2 pulak tu.heee.tapi takde la pegi cameron smpai atas,beli stroberi,terus pecut balik.sempat la jugak bercuti 2 malam kat sane..tiba2 rasa nak ajak incik mat kool pegi cameron makan stroberi puas2.ohoiii besnye.*dh blh bagi alasan baby yg nk mkn..heee point!!*
5. biskut jari

 6. Fruit tart..potong dadu buah2 yang ada, then letak dalam shell tu. sapa nak makan,curah je la coklat dalam tu..simple!
shell colourful ni beli yg dah siap.tak sempat nak buat sendiri.pengantin biziiii ;)
ni menu lebih kepada chocolate fountain.nanti next entry kita tengok pulak menu untuk candy buffet sahaja(tanpa chocolate fountain)..daaaaa

Friday, 11 January 2013

wedding review 8 : candy buffet chocolate fountain

Idea Asal : Pengantin Sendiri
Direalisasikan oleh : Adik n Kakak Pengantin
Thanks a lot kepada kakak2 n adik2 yang sanggup bertungkus lumus setelkan candy buffet+ chocolate fountain.. JASAMU DIKENANG..



ini bukan cupcake..salah label daaa...ini fruit tart


Friday, 4 January 2013

Album Kahwin

Aku  kawin 1sept2012, tapi sampai sekarang 4jan2013 langsung tak nampak bayang2 album kawin lagi nih..aku tak tau la kalau semua OP pun memang ambik waktu yang lama macam ni sekali..

aku bajet dalam 3 bulan macam tu dah boleh siap.aku tau kerja diorang susah.sebab tu aku tak expect diorang boleh siapkan dalam masa yang singkat.

tapi bila dah masuk 4 bulan ni, aku macam dah takde mood nak tengok album kawin dah oihh..

aku malas nak tulis kat sini ape yang aku mesej dia dan apa yang die reply..sangat2 TIDAK OK aku rasa..sangat SOMBONG ayat dia..ok fine..aku boleh sabar lagi..

aku mesej dia ada la 5 6 kali kot.husband aku pun mesej..dan dia hanya reply SATU mesej sahaja..ok fine..sabar je lah lagi kan..

takkan nak tunggu baby aku keluar baru boleh dapat album kawin..lepas tu tengok album kawin dengan anak sekali..ohooiiiii sangat la TAK SWEET..kalau ni yang tejadi, memang aku tak boleh sabar..


p/s: ni bukan entri lepas geram tapi lepaskan apa yang terbuku di hati..ekhhh..hahaha(gelak tak ikhlas sangat pun ni)

wedding review 7 : pelamin nikah & sanding

Semangat nak review wedding dah tinggal berapa persen je lagi ni sebab dah 4 bulan kawin pun, album kawin tak dapat-dapat lagi..bayang pun ntah ke mana lagi..dah terpaksa la update guna gambar yang ala kadar je kan..

pelamin sanding..SIMPLE je..aku memang tak bagi design khas untuk pelamin.serah tugas 100% kt butik pengantin  cuma dah cakap awal2 memang nak bunga foam tu + nak 1 balang kaca tinggi untuk letak epal hijau..tapi bunga tu sikit sangat..kalau full lagi best kot..tapi kerusi santekkk

ini untuk nikah..tak letak kerusi sanding lagi..juz letak kerusi bulat tu(ottoman rite??)..tapi  rasa macam tak  perlu  la guna ottoman tu sbb nak ambik gambar adalah SUSAH..kene duduk hujung2 je sebab OP tak dapat angle terbaekkk kot(ni tak tau la salah kerusi atau salah OP) tapi dalam keadaan sekarang memang aku salahkan OP..haha punya la marah sebab album kawin tak dapat lagi..

PENGANTIN LAMA  atas PELAMIN..nampak tak balang kaca yang isi epal kat atas lantai tu???epal hijau tema aku wooihh.tu aku suruh letak kat belakng tu.so, nampak la epal tu.dah pak andam bantai letak atas lantai camtu.dah macam takde motif sangat.kalau takde pun takpe..mahallll wooohhh beli epal banyak2..SILA PAHAM..huhhh
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers