Tuesday, 25 January 2011

untuk ARWAH

15 Jan yang lepas tarikh lahir apak(panggilan untuk ayah saya). 16 feb ni pulak genap la 5 tahun pemergian ayah tersayang..

tiap2 tahun, bulan 1 & 2 ni, konfem2 la akan sangat2 rindu beliau. bulan lain pun akan rindu jugak tapi bulan ni SAYU tu lebih ckit..sob..sobb...

setiap kali raya aidilfitri or aidiladha, kitorang memang akan pergi kubur n sedekahkan apa yang patot.. APAK mesti tau kan kami pergi jenguk APAK. APAK mesti tau kan orang tak penah nangis setiap kali melawat apak coz ORANG taknak APAK sedih jugak. so, ORANG sedaya upaya akan kuatkan semangat..

TAPI, aidiladha yang lepas, ORANG pun tak tahu kenapa air mata ni sangat senang menitis. maafkan ORANG.. banyak sebab kenapa orang menangis. APAK mesti tau kan kenapa.

ORANG tau APAK sentiasa ada di sisi anak-anak APAK. bila orang difitnah oleh manusia tu, APAK mesti tau kan siapa yang BENAR, siapa yang SALAH..

manusia tu tak habis-habis ganggu hidup keluarga kita. tak habisHabis memporakperandakan keluarga kita. masa APAK ada pun, APAK tau kan macam mana perangai manusia tu.. tak habisHabis nak menghancurkan ikatan keluarga kita. APAK tau kan semua tu?

tapi kenapa la dia tak berubah-ubah..

ORANG tau ORANG dah buat mak menangis. tapi, tu bukan salah ORANG. APAK tau kan perkara tu memang fitnah semata-mata. ORANG terpaksa menegakkan kebenaran. sebab tu ORANG terpaksa bergaduh dengan manusia itu. sebabnya, apa yang dia dah buat dekat keluarga kita sangat melampau..

ORANG tau emak kecewa dengan tindakan orang. tapi kalau orang tak buat macam tu, apa lagi fitnah yang dia akan buat. sekarang dia buat kat ORANG. esok lusa dia buat kat adik-adik ORANG pulak. biarlah ORANG yang terakhir jadi mangsa. bukan adik-adik ORANG. APAK tau kan semua nih?


to be continue......tidak boleh tahan air mata lagi....


Sunday, 9 January 2011

ALPHA LIPID HARAM??

SUNGGUH KE TAK SUNGGUH INFO KAT ATAS TU, AKU PUN TAK TAHU LA..

mak aku minum susu ALPHA LIPID dah beberapa bulan dan agak berkesan utk kesihatan dia. memang la harga dia agak mahal tapi kalau dah memang berkesan baik, takde masalah la kot..tapi, yang jadi masalahnye sekarang, ada pulak yang meracun pikiran mak aku cakap susu tu tak halal..

kalau org tu ckp kt aku, komfem aku buat tak tau coz aku kan kental hati sikit. susah nak percaya cakap orang. tp pahamPaham la org LAMA(cehh taknak cakap orang tua tu. takot mak aku kecik hati..haha)..org lama cam mak aku ni, .bila dengar camtu, memang dah konfius la dia nak minum ke tak..haishhh aku pun tak tahu nak cakap cmane.. PLEASE la sapa2 tolong buktikan kalau betul2 produk ni tak halal.. tu pun kalau korang ada bukti la..jangan setakat cakap "TAK HALAL NIH!!TAKLEH MINUM NANTI MASUK API NERAKA!!"..sumpah aku tak layan..ok??

Tuesday, 7 December 2010

gambar sudah perap lama.dah boleh buat pekasam MUNGKIN

lama gila gambar2 ni terperap dalam draft.. dah upload 2 3 minggu yang lepas. tapi mood menulis yillek, sebab tu susah je nak tekan publish..

ni moment2 berdeting dengan incik mat kool masa menyambot hari jadian beliau.. lokasi tentunya di BP mall sahaja bikos awek die tengah menghadapi tekanan untuk menghabiskan hari2 terakhir praktikal dia. so, tak boleh nak lepak lama2. terpaksa la mendeting kat tempat paling dekat..
kad besday katon2 nampak sweet tak wei??ke tak?? haha.. ni emergency punye kad. dah nak keluar mendeting, suro incik mat kool benti kedai buku jap. semata2 nak beli kad nih. pastu letak dalam beg siap2. keluar lenggang je tak bawak barang pape. incik mat kool tanya beli apa tapi buat x tau jer..terus suro die jalan..ntah hape2..



see.. kad kosong je sudeh..malas nak tulis ayat jiwangSampaiBolehKeluarAirMataDarah.. huahuahua..
tiap2 tahun saya bagi kad yang DIY tau.. tahun ni je beli coz sangat tak sempat memikir buat kad dengan tangan sendiri.. tapi saya je kot yeng beria2 bagi kad tiap2 tahun.. incik mat kool penah bagi kad besday?? jawapannya T.I.D.A.K... sedeyyyy :(


kitorang layan perot kat Rasamas. incik mat kool la beria ajak makan kat sini. lagipun kat sini tak ramai orang. senang la nak mengcapture gambar syok sendiri..haha..



ok dah malas nak taip..bai..

p/s : entri ntah hape2.. sebab dah terlanjur upload gambar, terpaksa la publish gak even entri sangat serabot..

download kekanda adinda - atilia monoloque

sangat jarang dengar radio
sangat jarang on real player, media player dan seangkatan dengannya dekat laptop.
kalau dulu, tanya je nak lagu apa, konfem ada. sangat rajin download.
tapi semenjak dua menjak ni, dengar lagu pun jarang.
kalau dengar lagu pun dari mulot sendiri..huhu

tapi...
pagi tadi pegi kerja akak saya hantar.
so, dapat la dengar radio sekejap.
dengar lagu kekanda adinda yang atilia n monoloque tu nyanyi.
ada penah dengar sebelum ni tapi buat tak tahu je.
sebabnya..tak suka atilia..ngehee..
tapi bila dengar tadi, rasa macam sangat comel la lagu ni..
sampai ofis terus getik2 nak download.

tapi...
sebab dah lama tinggalkan kerja download mendownload ni, macam terhegeh hegeh pulak.
nak download kat mana pun tak tahu..
dah try taip je kat google tu, tapi macam banyak songeh sikit la..
bape banyak step la nak klik baru boleh download..
saya ni dah la x berapa nak rajin..
paham-paham je la kannn..
busy kononnya..
padahal tulis belog menyempat pulak kooo...

ok la..mahu meneruskan usaha nih..
sebelum lunch ni kene dapat hasil jugak.
kalau tak, nak ponteng kerja hari ni..erk??
ape kene mengena ntah..

baiii..

Saturday, 4 December 2010

beautiful blogger award..beautiful kah???ngeheeee



1) Jangan kerek.Ucapkan Alhamdulillah dulu,pastu thanks giver award ni
ALHAMDULILLAH... thanks C.E !!

2) Jangan kedekut,kongsi nikmat bersama rakan-rakan lain
semua2 folower, anda layak untuk dapat award nih dan tolong jawab tag ni ok?? punye la malas nak state kan nama...aci tak???

3) 7 perkara pasal saya (jeng jeng jeng..rahsia akan terbongkar..)

--->> sangat sayang mak saya!!ayah dah takde, so, mak la yang jadi ayah, mak la yang jadi mak.. SUPERMOM!!

--->> sangat pantang kalau ada orang usik family saya!! kalau nak rasa makan kasot saiz 5, silakan berbuat demikian.. tak pun, saya pastikan mereka terlantar di hospital sambil sedut bubur pakai straw.. mahu??? ugutan seperti bonzer lagaknye..haha

--->> sangat giler dengan kasot. kalau keluar dari kedai kasot, wajib ada satu plastik di tangan..kalau takde plastik di tangan, mungkin akan keluar dengan muncung di bibir...

--->> tabiat buruk yang sangat susah nak buang-->SUKA CABUT RAMBUT.. ni memang tabiat paling teruk setakat ni. kalau tabiat ni tak buat, mungkin orang sekeliling akan cakap saya buang tebiat. cakap la ape pun weii.. REDHAA

--->> tak suka orang kacau time tengah tido.. memang akan spoil mood 1 hari tahu..

--->> suka warna oren. kadang2 hijau. kadang2 coklat. kadang2 hitam putih. kadang2 merah. kadang2 purple.. eh perlu ke bagitau orang cenggini???pedulik ah..

--->> tak pernah mengIDOLAkan sesape kat muka bumi ni kecuali my parents. siyess.. 2bulan lepas saya attend satu kursus dan fasi tu suro tulis kat kertas sape orang yang korang nak sangattttt jumpa. kira macam IDOLA la..saya termenung sampai setengah jam hokey. las2 kertas kosong jugak.. memang takde idola la namanya kannn. sesab saya memang suka buat apa2 ikot kepala hotak saya saje. tak perlu mengfolow orang lain. so, tak perlu la idola bagai..

ok..dah cukup 7...SETEL!!
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers