Wednesday, 2 November 2011

Kalau dah hutang tu, pandai2 la bayar yer..

lai lai lai..mahu gosip jap.ni bukan gosip jahat mulut tahu.gosip untuk pengajaran..ehh ade erkk macamtu?

cerita ni dah lame. bulan 5 hari tu.. kakak aku beli kek untuk mothers day.beli on9. kalau aku sebut sape yang jual kek tu, memang korang kenal la kot..tapi aku malas nak sebut.korang pikir la sendiri kannn..

harga kek tu rm90.. aku dah 'ter'miscomunication ngan kakak aku.aku dah bayar rm140..means lebih rm50 dari harga kek tu. kakak aku dah mesej sipenjualkek untuk inform pasal tu..

1st reply : ok nanti akak cek
2nd reply : bla bla bla bla bla ~~aku pun x ingat ape alasan die
3rd reply : akak tak sihat. dah 2minggu tak keluar rumah. tak boleh nak bank in~~masa ni kitorang memang dah hangen.sebabnye terkantoi la beb. dia keluar tv siaran langsung kot.sihattt la pulak..lagipun, ko buat bisnes on9.memang takde maybank2u ke cimbclick ke nak transfer??

mesej seterusnya,dah xde reply dah..senyap je. ok fine.kakak aku pun dh mls nk mesej die. tapi aku tak puas hati la beb.aku pun mesej kat fb die.aku dah cakap sehabis baik.aku siap bagi bukti transaction kat die.gigih aku printskrin bagai..tapi jawapannye nan hadooo...senyap seribu bahasa..hamboi

aku bukan nak kepoh2 hal duit rm50 tu. tapi sikap dia. aku paling pantang kalau dah cari masalah, pastu ko diaaammmm je kan.. time nak beli, kemahin manis mulot dengan customer.madu pun kalah hoiii. dah siap bayar, pegi ambik kek kat rumah die pun, muka macam hape.senyum pun tak.sombong amat.tahu la artis fofular kannnnnnn(tangan ke dada mata ke atas)

akademi fantasia siaran langsung kan? ke x?cer jawab


siapa tengok melodi ahad lepas? dia ada keluar.. kes ape?? kes hutang. tapi tu bukan dengan kakak aku la..dengan orang lain. aku bukan nak burok2 kan dia, tapi kalau sikap dia yang suka diammm n cari alasan macam2 untuk bayar duit kat orang, memang itu la jadinya.

kalau betul dia tak mampu, boleh kot berbincang elok2..inform elok2.. ni tak. ko diam.kalau diam tu dapat selesai masalah, xpe la jugak..

dia buat kenyataan kat melodi, laaaaagi aku tak berkenan.aku rase better ko bersemuka dengan orang yang ko berhutang. cakap la macam yang ko cakap kat melodi tu..lain la kalau ko hutang ngan ALONG.mungkin la takot nak jumpe.silap2 kena potong kepala kaannn..

sesi bergosip SELESAI..sila sambung kerja masing2..bai..yehhuuuu...

konvokesyen 31-10-2011

Tuesday, 25 October 2011

Wordless Wednesday


paparazi mamarazi sekalian sila jangan kejar saya..bai..


bajet artis je ko kan..hahaha

Friday, 14 October 2011

Cermin Diri Boleyy

cilok dari majalah MAstika

seorang pemuda bertemu seorang ustaz untuk minta nasihat.......

Pemuda : Ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh. sampai sekarang saya belum ada kekasih.

Ustaz : Perempuan macammana yang kamu idamkan?

Pemuda : saya mahu yang cantik,tinggi,kurus,kulit putih, dan mencintai saya sepenuh hati.

Ustaz : oh, kalau begitu kamu harus ikut petua 3B..pertama ialah BERUSAHA.

Pemuda : sudah berusaha ustaz.merata tempat saya pergi cari perempuan.tapi....letih je.sorang pun tak dapat.

Ustaz : kalau begitu kamu buat B yang kedua.BERDOA dan berpuasa.

Pemuda : itu pun saya dah buat ustaz. lepas sembahyang saya akan berdoa.setiap hari isnin dan khamis pula saya akan berpuasa.

Ustaz : kalau itu pun kamu dah buat, kamu sangat perlukan B yang ketiga.
Pemuda : apa dia ustaz?

Ustaz : Err kamu perlu BERCERMIN DIRI......

hakhak..kejam gila kan ustaz ni...ayat makan dalam nih.. Moral of de stori, jangan la mengharap kan sesuatu yang terlalu sempurna. siap letak syarat nak yang cantikputihmelepak bagai.kalau dapat,untung laaa..kalau tak dapat, ternganga la ko dok umah sorang2.bujang sampai ketua...

sekadar gambar hiasan.takde kena mengena dengan cerita.sekian terima kasih..opsssss

Thursday, 13 October 2011

Congrate Incik Mat Kool!!

Kejadian berlaku 9.10.11...
Incik Mat Kool di hari kejadian

tempat kejadian : PICC Putrajaya


dah dapat degree secara rasmi + dah kerja secara rasmi, maka dah boleh kahwin secara rasmi...ehhhh ~~terjadi timba lak.perigi tak ajak kawin, ko pulak yang melebih..hakhak~~

apesal macam macho pulak dlm gambar ni..biasa takde la macho pun..mungkin sebab bunga tersebut..ampunnnn ;p

tumpang excited + tumpang menyibuk di hari kejadian. dengan harapan incik mat kool datang la jugak menyibuk konvo aku 31okt nanti. tapi harapan tinggal harapan. kenapa la konvo hari isnin. Incik Mat Kool tak dapat pegi la nampaknya sebab kerja. orite la..nak jadi bakal isteri kena memahami.auwwwww....tapi dah janji nak spend weekend togeder-geder n nak bagi bunga in advance 3bouquet kan~~eh 1 je sebenarnye.3 tu aku mimpi je malam tadi.huhu~~


ucapan untuk incik mat kool,
TAHNIAH sebab dah tercapai pun cita-cita nak ada degree.....
TAHNIAH sebab dah membanggakan ibu bapa kamu.....
TAHNIAH sebab dah dapat kerja yang best.....
TAHNIAH sebab dapat awek yang baik hati sudi teman kamu berkonvo..ehhh ni perlu ke?macam puji diri sendiri pulak..haha..ok bai.undur diri dulu la..malu pulak tetiba kena puji..uhuk uhuk
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers