Tuesday, 6 December 2011

Review Mini Pelamin Tunang : DIY

Perkara paling mencabar mental dan fizikal bila nak buat pelamin ni. saya adalah tidak tetap pendirian.awal-awal lagi dah siap lakar bagai.tapi bila dah last minit baru la nak tukar itu ini. last2 hasil tak memuaskan hati.last2 stress.last2 balik ke idea asal.last2 bazir masa..huahua padan pada muka sendiri..

Bajet untuk mini pelamin ni

1. Kain base yang light purple : rm2.40 x 6m = 14.40
2. Kain Biru n dark Purple : rm2.80 x 9m = 25.20
3. Karpet = rm150
4. Lantern : 10pcs = +/- rm40
5. Lampu Ikea = rm60 termasuk pos(sewa kat b2b Yana)
6. Stand Bunga = Free(pinjam kat my sis)
7. Bunga Tisu = rm11.90 + rm4 = rm15.90 (tisu masih ada baki.means ak sampai rm15 pun untuk bunga)
8. Doily Paper = rm4.50 (still ada baki)

Jumlah : tak sampai rm310..kira ok la harga ni. karpet boleh guna semula.bunga tisu boleh guna semula. kain tirai boleh guna semula. lantern boleh guna semula.. kalau sewa, lepas majlis dah kena bukak. kalau DIY, boleh tengok sampai lebam. saya punya pelamin pun belum tanggal lagi..tak tau la sampai bila..agak-agak nak termuntah baru cabut la kot..hehe

Monday, 5 December 2011

Review Hantaran Tunang : Kek

Untuk b2b yang masih mencari-cari tempat nak order cake, meh nak share dari mana datangnya kek hantaran masa tunang yang lepas..

actually kek ni disponsor oleh my sis.so, sila jangan tanya harga ok..kalau nak tahu harga, boleh contact tuan yang membuat kek.. my sis tempah kat kak Nini. Kalau siapa yang berminat, boleh la pegi ke facebook beliau. seriously dia sangat baik. kalau yang dok s.alam lagi bes kot coz akak ni kat s.alam.. tak sure pulak dia ambik order dari luar atau tak.. cepat-cepat pegi tempah dengan KAK NINI.

insaAllah akan berpuas hati

ni la kek di hari kejadian..ramai puji cantik..memang berbaloi la buat hantaran..

Sunday, 4 December 2011

Menu Majlis Pertunangan

Banyak benda nak review tapi kita jalan pelan-pelan okey..aku pun tak tahu nak mula dari mana. meh la kita layan dulu menu yang ada masa majlis pertunangan 3disember2011.. bagi aku, dalam majlis tunang or kahwin, makanan la yang paling orang ingat sekali kan. kalau tak sedap, memang sampai makanan tu dah jadi sisa buangan kat toilet pun still dok menyebut lagi..haissshhh...

ni antara menu kat rumah aku yang memang dah plan dari awal lagi.

Rewang(petang Jumaat~2disember2011)
1. Mi Goreng
2. Karipap
3. Kuih Kaswi
4. 3 kat atas tu yang family aku sediakan.yang jiran2 aku bawak, tak termasuk la..

Rewang(malam Jumaat~2disember2011)
1. Nasi Putih
2. Daging Goreng
3. Ulam Timun n Kacang Botol
4. Ikan goreng n Ikan Kering
5. Sambal Belacan
6. Sayur Kundur masak tumis air

Rewang(pagi Sabtu~3disember2011)
1. Ketupat
2. Rendang Daging
3. Kuih Cucur Badak
4. Karipap
5. banyak lagi kuih yang jiran-jiran aku bawak..

Majlis (tengahari Sabtu~3disember2011)
1. Nasi Putih
2. Daging masak lemak cili api
3. Kerabu Tauge + perut lembu
4. Sambal Udang Petai
5. Sup Tulang
6. Sambal Kicap
7. Sambal Belacan
8. Ulam Timun n Kacang Botol
9. Ikan Goreng


lembu yang dah terkorban menjadi santapan semua tetamu..wohooo nampak tak dia merenung nasib tu haa..

Majlis Pertunangan

Alhamdulillah sudah selamat semuanya. Dah bermula sebagai tunangan orang..selalu orang kata banyak dugaan time bertunang.darah manis pulak tu.pesanan untuk incik mat kool dan untuk diri sendiri juga~harap-harap dapat mengharungi semua dugaan yang datang sehingga hari besar nanti.Amin

Fakta majlis pertunangan~~ahaks fakta la sangat kannn..bajet mcm keluar majalah urtv je..haha
~malam sebelum majlis tido pukul 1pagi.
~pukul 5.30pagi dah bangun.kena pergi pasar pagi beli udang, ikan dan sayur.kesian kan pengantin kena pergi pasar sendiri..auuwww pengantin la sangat kannn..tunang je pun.
~pukul 9 baru mandi.aku pun tak tahu apa yang aku buat sampai mandi lewat.
~pukul 10 pegi mekap. dalam pukul 11 dah setel mekap.then posing gedik2 kejap dekat tempat mekap.
~pukul 11++ sampai rumah.eh ramainye orang tengok i..euuwwww.. malusambilsenyumsipu.. gedik kan..haha
~dah sampai rumah of kos la sambung posing-posing bagai.selagi memory kamera tak full memang tak stop la kann..
~pukul 1ptg rombongan lelaki sampai.janji lepas zohor tapi keluarga incik mat kool adalah bersemangat.maka harus la sampai awal..huhu
~pukul 1++ dah stat bincang..pukul 2 dah sarung cincin~~yeay dah ada tunang..eh eh macam ko sorang je kan yang ada tunang.behave urself ye untie hana..ngeheee
~majlis selesai lebih kurang pukul 4.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..rombongan ok.tetamu ok.makanan ok.pentunang lagi la tersangat ok..haha

ok tu saje yang mampu berfikir. kalau dah tengah malam,hujan pulak tu, bantal pun macam dah panggil-panggil je ni, memang wajib tidor la kann...

next entry : menu semasa majlis..tungguuuu.eh ada orang nak tunggu ke?takpe-takpe..untuk tatapan anak cucu nanti..ok gud bye bebeh..;D

Saturday, 3 December 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah dah selamat menjadi tunangan orang..euuwww..


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers