Friday, 4 March 2011

kawan baik sudah jadi tunang orang la..

dah macam anak tiri dah blog ni haa..mak tiri ni asik dok jenguk blog org lain je. blog sendiri terabai...memang senasib dengan bawang putih la blog ni.. arini tetibe macam rajin je nk klik new post..MACAM je la..sebenarnye takde la rajin sangat pun..

sebenarnya nak wish congrate kat my bff yang dah bertunang 26feb lepas.. a month before majlis, mida dh mesej aku awal2 bagitahu dia nak tunang.. baca je mesej tu, terus nak mengalir air mate okeyyyy.. hover tak aku??haha.. member baik kan,haruslah rase camtu.ke aku je selalu cam hindustan sensentap menanges kuchkuch hota hai..org lain tak ekk??suka hati ahhh..

mida, ko sgt gojes pakai oren weii..serius aku tak tipu.. (psttt sebenarnye aku dh lame plan nak pakai oren time kawen nanti.jangan bagitau org tau..rahsie kite.;)...tunang pun x lg, dh plan nk kawen pakai baju wane ape..kalot giler ahh )

tapi kenape bila aku pakai oren tak gojes sangat pun. ni aku mls nk ambik gambar ngan org hot2 ni. tetibe aku jadi super selekeh...huwaaaa..tensen2..

p/s : kan bes jadi orang hot.. nanti boleh dapat mesej dari zaquan adha "hai orang hottt".. tapi kang tak pasalPasal kene sepak ngan ayu raudhah pulak.. tak jadi la. dapat mesej dari fahrin ahmad pun ok gak kottt.. dushhh!!cukupcukup la berangan hana hoiii..mimpi je la ko nak dapat fahrin ahmad...jage je la ko punye azhar ahmad tu haaa**winkwink**

Tuesday, 25 January 2011

untuk ARWAH

15 Jan yang lepas tarikh lahir apak(panggilan untuk ayah saya). 16 feb ni pulak genap la 5 tahun pemergian ayah tersayang..

tiap2 tahun, bulan 1 & 2 ni, konfem2 la akan sangat2 rindu beliau. bulan lain pun akan rindu jugak tapi bulan ni SAYU tu lebih ckit..sob..sobb...

setiap kali raya aidilfitri or aidiladha, kitorang memang akan pergi kubur n sedekahkan apa yang patot.. APAK mesti tau kan kami pergi jenguk APAK. APAK mesti tau kan orang tak penah nangis setiap kali melawat apak coz ORANG taknak APAK sedih jugak. so, ORANG sedaya upaya akan kuatkan semangat..

TAPI, aidiladha yang lepas, ORANG pun tak tahu kenapa air mata ni sangat senang menitis. maafkan ORANG.. banyak sebab kenapa orang menangis. APAK mesti tau kan kenapa.

ORANG tau APAK sentiasa ada di sisi anak-anak APAK. bila orang difitnah oleh manusia tu, APAK mesti tau kan siapa yang BENAR, siapa yang SALAH..

manusia tu tak habis-habis ganggu hidup keluarga kita. tak habisHabis memporakperandakan keluarga kita. masa APAK ada pun, APAK tau kan macam mana perangai manusia tu.. tak habisHabis nak menghancurkan ikatan keluarga kita. APAK tau kan semua tu?

tapi kenapa la dia tak berubah-ubah..

ORANG tau ORANG dah buat mak menangis. tapi, tu bukan salah ORANG. APAK tau kan perkara tu memang fitnah semata-mata. ORANG terpaksa menegakkan kebenaran. sebab tu ORANG terpaksa bergaduh dengan manusia itu. sebabnya, apa yang dia dah buat dekat keluarga kita sangat melampau..

ORANG tau emak kecewa dengan tindakan orang. tapi kalau orang tak buat macam tu, apa lagi fitnah yang dia akan buat. sekarang dia buat kat ORANG. esok lusa dia buat kat adik-adik ORANG pulak. biarlah ORANG yang terakhir jadi mangsa. bukan adik-adik ORANG. APAK tau kan semua nih?


to be continue......tidak boleh tahan air mata lagi....


Sunday, 9 January 2011

ALPHA LIPID HARAM??

SUNGGUH KE TAK SUNGGUH INFO KAT ATAS TU, AKU PUN TAK TAHU LA..

mak aku minum susu ALPHA LIPID dah beberapa bulan dan agak berkesan utk kesihatan dia. memang la harga dia agak mahal tapi kalau dah memang berkesan baik, takde masalah la kot..tapi, yang jadi masalahnye sekarang, ada pulak yang meracun pikiran mak aku cakap susu tu tak halal..

kalau org tu ckp kt aku, komfem aku buat tak tau coz aku kan kental hati sikit. susah nak percaya cakap orang. tp pahamPaham la org LAMA(cehh taknak cakap orang tua tu. takot mak aku kecik hati..haha)..org lama cam mak aku ni, .bila dengar camtu, memang dah konfius la dia nak minum ke tak..haishhh aku pun tak tahu nak cakap cmane.. PLEASE la sapa2 tolong buktikan kalau betul2 produk ni tak halal.. tu pun kalau korang ada bukti la..jangan setakat cakap "TAK HALAL NIH!!TAKLEH MINUM NANTI MASUK API NERAKA!!"..sumpah aku tak layan..ok??

Tuesday, 7 December 2010

gambar sudah perap lama.dah boleh buat pekasam MUNGKIN

lama gila gambar2 ni terperap dalam draft.. dah upload 2 3 minggu yang lepas. tapi mood menulis yillek, sebab tu susah je nak tekan publish..

ni moment2 berdeting dengan incik mat kool masa menyambot hari jadian beliau.. lokasi tentunya di BP mall sahaja bikos awek die tengah menghadapi tekanan untuk menghabiskan hari2 terakhir praktikal dia. so, tak boleh nak lepak lama2. terpaksa la mendeting kat tempat paling dekat..
kad besday katon2 nampak sweet tak wei??ke tak?? haha.. ni emergency punye kad. dah nak keluar mendeting, suro incik mat kool benti kedai buku jap. semata2 nak beli kad nih. pastu letak dalam beg siap2. keluar lenggang je tak bawak barang pape. incik mat kool tanya beli apa tapi buat x tau jer..terus suro die jalan..ntah hape2..



see.. kad kosong je sudeh..malas nak tulis ayat jiwangSampaiBolehKeluarAirMataDarah.. huahuahua..
tiap2 tahun saya bagi kad yang DIY tau.. tahun ni je beli coz sangat tak sempat memikir buat kad dengan tangan sendiri.. tapi saya je kot yeng beria2 bagi kad tiap2 tahun.. incik mat kool penah bagi kad besday?? jawapannya T.I.D.A.K... sedeyyyy :(


kitorang layan perot kat Rasamas. incik mat kool la beria ajak makan kat sini. lagipun kat sini tak ramai orang. senang la nak mengcapture gambar syok sendiri..haha..



ok dah malas nak taip..bai..

p/s : entri ntah hape2.. sebab dah terlanjur upload gambar, terpaksa la publish gak even entri sangat serabot..

download kekanda adinda - atilia monoloque

sangat jarang dengar radio
sangat jarang on real player, media player dan seangkatan dengannya dekat laptop.
kalau dulu, tanya je nak lagu apa, konfem ada. sangat rajin download.
tapi semenjak dua menjak ni, dengar lagu pun jarang.
kalau dengar lagu pun dari mulot sendiri..huhu

tapi...
pagi tadi pegi kerja akak saya hantar.
so, dapat la dengar radio sekejap.
dengar lagu kekanda adinda yang atilia n monoloque tu nyanyi.
ada penah dengar sebelum ni tapi buat tak tahu je.
sebabnya..tak suka atilia..ngehee..
tapi bila dengar tadi, rasa macam sangat comel la lagu ni..
sampai ofis terus getik2 nak download.

tapi...
sebab dah lama tinggalkan kerja download mendownload ni, macam terhegeh hegeh pulak.
nak download kat mana pun tak tahu..
dah try taip je kat google tu, tapi macam banyak songeh sikit la..
bape banyak step la nak klik baru boleh download..
saya ni dah la x berapa nak rajin..
paham-paham je la kannn..
busy kononnya..
padahal tulis belog menyempat pulak kooo...

ok la..mahu meneruskan usaha nih..
sebelum lunch ni kene dapat hasil jugak.
kalau tak, nak ponteng kerja hari ni..erk??
ape kene mengena ntah..

baiii..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers