Wednesday, 7 December 2011

Wordless Wednesday


ni berlakon jer..ngeheee


bakal MAK..ehem2..


sibuk betul la princess sorang ni.bgn je tdo terus aktif.semua gambar nak ada dia..


dirisik secara rasmi..euuwwwww..





see..budak tecik tu lagi sekali..dia yang posing lebih dari orang lain hokey..












Tuesday, 6 December 2011

b2b Label

eh siapa belum join Bride to Be 2012 Group kat facebook? kepada b2b 2012, sila berbuat demikian..hehe..

disebabkan group ni aktif dan banyak pulak info dalam ni, so saya dengan rasa murah hati(ececehhh) nak bagi pada semua b2b 2012 label ni.. boleh la letak dekat belog masing-masing(sila tengok sidebar belog saya). baru la senang nak detect sedara mara b2b..tak gitu??

eh tapi ni bukan wajib tau. kalau sapa nak, ambik la.. kalau taknak pun takpe..

kalau dah ambik, andainya dapat kreditkan ke tuan blog pun lagi bagus..euuuwww...

terengganu
selangor
sarawak
sabah
perak
penang
pahang
n.9
melaka
k.lumpur
kelantan
kedah
johor

Review Pelamin Tunang : Bunga Tisu

Bunga tisu memang meletopss sekarang kann.. kalau rasa nak jimat kos macam aku, memang sesuai la sangatt.. aku pun tak ingat belaja buat bunga tisu ni kat mana. so, sori la tak boleh nak link.. yang biasa tengok, orang buat kecik2 dan comel2 je kan. tapi sebab aku punya bunga tisu ni nk letak kat pelamin, maka haruslah buat yang gedabak~~sebenarnya malas nk buat kecik2 sebab dah takde mase.malam majlis baru setel semua..huhu..

tisu yang purple aku guna tisu ikea. rm11.90/50pcs..tisu biru guna yang macam kat atas ni je. tapi tisu ni lembut sangat la.cepat koyak..better beli yang dekat ikea.walaupun harga mahal sikit, tapi ada banyak lapis.


ni bunga yang dah siap..sori la tak sempat nak ambik gambar step by step. tunjuk yang dah siap pun ok la kan..cer korang taip kat google cara buat bunga tisu. konfem boleh jumpa. blog aku kan tak berapa nak berguna.. so, jangan mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari blog ni..haha.. eh lupa bagitahu. bunga ni aku buat 4lapis. 2lapis biru,2lapis purple. tapi letak selang seli..baru jadi macam tu..

aku buat 24pcs bunga tisu campur biru purple macam kat atas ni, dan 14pcs bunga tisu purple sahaja. gigih okey memintal menda alah ni. perangai burok aku, tak boleh buat menda yang sama dalam waktu yang lama. aku boleh buat 5perkara dalam satu hari tapi kelima-lima tu tak siap sepenuhnya. semuanya sekerat jalan.. maka, nak siapkan bunga tisu ni, paham-paham je la berapa lama aku ambil masa. buat sekuntum,stop.buat sekuntum,stop.dah tu bla boleh siap??memang malam majlis la hegeh-hegeh setelkan semua.

ni yang dah siap gubah kat stand. actually takde la gubah sangat pun. juz letak2 tampal2 je. janji ada rupa bouquet.pun boleyyy...

sila lihat kiri dan kanan pelamin. itu la hasil tangan ni memintal2. fuhhh lega boleh dapat hasil. kalau tak, melopong je la tepi tu takde bunga.ngeh2... eh lg 1, yang ikat langsir tu pun bunga tisu tau..

p/s : kemon la buat bunga tisu beramai-ramai..serius jimat kos.cantik pulak tu sebab bila kembangkan, memang gedabak la bunga tisu ni. so, bila nak gubah tu, juz letak2 je dah okey sebab dah semulajadi kembang..ececeh semulajadi la sangatttt..padahal ko yang kembangkan..hakhak

Review Mini Pelamin Tunang : DIY

Perkara paling mencabar mental dan fizikal bila nak buat pelamin ni. saya adalah tidak tetap pendirian.awal-awal lagi dah siap lakar bagai.tapi bila dah last minit baru la nak tukar itu ini. last2 hasil tak memuaskan hati.last2 stress.last2 balik ke idea asal.last2 bazir masa..huahua padan pada muka sendiri..

Bajet untuk mini pelamin ni

1. Kain base yang light purple : rm2.40 x 6m = 14.40
2. Kain Biru n dark Purple : rm2.80 x 9m = 25.20
3. Karpet = rm150
4. Lantern : 10pcs = +/- rm40
5. Lampu Ikea = rm60 termasuk pos(sewa kat b2b Yana)
6. Stand Bunga = Free(pinjam kat my sis)
7. Bunga Tisu = rm11.90 + rm4 = rm15.90 (tisu masih ada baki.means ak sampai rm15 pun untuk bunga)
8. Doily Paper = rm4.50 (still ada baki)

Jumlah : tak sampai rm310..kira ok la harga ni. karpet boleh guna semula.bunga tisu boleh guna semula. kain tirai boleh guna semula. lantern boleh guna semula.. kalau sewa, lepas majlis dah kena bukak. kalau DIY, boleh tengok sampai lebam. saya punya pelamin pun belum tanggal lagi..tak tau la sampai bila..agak-agak nak termuntah baru cabut la kot..hehe

Monday, 5 December 2011

Review Hantaran Tunang : Kek

Untuk b2b yang masih mencari-cari tempat nak order cake, meh nak share dari mana datangnya kek hantaran masa tunang yang lepas..

actually kek ni disponsor oleh my sis.so, sila jangan tanya harga ok..kalau nak tahu harga, boleh contact tuan yang membuat kek.. my sis tempah kat kak Nini. Kalau siapa yang berminat, boleh la pegi ke facebook beliau. seriously dia sangat baik. kalau yang dok s.alam lagi bes kot coz akak ni kat s.alam.. tak sure pulak dia ambik order dari luar atau tak.. cepat-cepat pegi tempah dengan KAK NINI.

insaAllah akan berpuas hati

ni la kek di hari kejadian..ramai puji cantik..memang berbaloi la buat hantaran..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers