Monday, 26 December 2011

Giveaway first opening dippy Lyn’s collection

Hari ni dengan rajinnya nak join giveaway. tarikh pun dah tak lama.tinggal nyawa2 ikan je nih..ngehee.. sape2 nak join sempat lagi sampai 31disember2011.juz KLIK kat sini nak tau sape punye giveaway k..jom cekidaut syarat2 penyertaan:

  1. Peserta mestilah seorang blogger √
  2. Peserta mestilah seorang follower blog beeflyingtohoney √
  3. Buat satu entry bertajuk Giveaway first opening dippy Lyn’s collection √
  4. Letak banner di bawah ini di blog anda √
  5. Tag 2 orang rakan blog anda. √
  6. Letakkan link entry post anda di bahagian komen. √
  7. Siap!
~~Mahu tag
1~EMA ~ eh ko nak tunang kan.pastu nak kawin.so, bes gak kalau dapat free bunga pahar ni kan untuk kawin nanti..jom cuba nasib!!
2~YINDA ~ try la join ni. kot2 dapat boleh bagi kakwa..ngehee..

OP BOOKED!!

semalam sudah book official photographer untuk wedding nanti. sangat awal kan book OP walaupun majlis insyaAllah akan berlangsung 1/9/2012..

2 minggu lepas dah survey2 dan tanya harga dan harga yang pakej tu valid untuk tahun ni. tahun depan dah harga lain. so, ambik la kesempatan yang ada kan. terus book semalam. means dah jimat kat situ untuk bayar OP. dah nak kahwin ni, dalam kepala mesti ingat word JIMAT, JIMAT, JIMAT..gooddd~~~

pakej yang dah di booked (rm1200)
~unlimited shoot(cover nikah,sanding n outdoor)
~crystal album 10x12 (crystal album tu sama je dengan custom album cuma kulit album tu kaca + gambar dalam tu kilat(metalic)..part album ni yang aku suke. 1st time tengok terus jatuh cinta..euwww
~sekeping gambar 8r + frame
~DVD copy semua gambar




p/s~sape2 berminat boleh la usha2 kat fb beliau kat SINI. eh tapi kalau book online, dia dah bagi harga tahun depan 2012 punye. aku terus g butik. sebab tu still dapat harga tahun 2011.

Sunday, 25 December 2011

Misi Mencari Strawbery 17&18dec

Cameron Highland memang bess!! walaupun dah banyak kali pegi, tapi langsung tak jemu. tapi, trip kali ni lain ckit coz pergi dengan member2 1 sekolah dulu. kami dah kawan sejak umur 13tahun(form1). Now dah 25tahun but still keep in touch. owhh sangat2 rindu korang..

kitorang plan nak pegi cameron ni tak lame. seminggu sebelum pegi baru plan n terus ON je semua. salah sorang dari kami dah nak kawin 1januari ni. so, ni lebih kurang bachelorette gathering la ni..ngehee.. eh tapi kami takde buat parti sosial tahu. juz jalan2 makan strawberry sambil lepak2 borak2..owhh heaven kannn....

berlima.. 3orang dah berDARAHMANIS(~bertunang~~)

nasib la siapa2 yang lalu sebelah kami di hari kejadian.dan2 panggil mintak tolong snap gambar..haha

kalau dah xde orang nak mintak tolong, ambik gambar sendiri pun boleyy la kan.



umur 25 tapi ambik gambar seperti kanak-kanak ribena pegi rombongan tadika ni ape kes ntah..auuwwww


mintak tolong orang lagi~~


snap sendiri lagi~~kesian~~



baju strawberi..eh ramai orang jeles bila gambar ni di upload kat fb..sila la jeles lagi kannn..;p


semua muka pucat. kitorang gerak 5pagi. malam sebelum tu tido pukul 2lebih.pukul 3lebih dah bangun.memang terbaik la muke pucat sorang2.tapi eksaited punya pasal kan.sangguppp.. konon nak pegi balik hari. tapi dah namanya manusia tak pernah puas. dah sampai atas, kalut2 cari hotel nak bermalam. dapat la bermalam 1 hari. tapi hotel cameron highland time cuti sekolah adalah sangat mahal kan. strawberi pun mahal time cuti sekolah.. mengada la diorang ni. mentang2 la kat bawah dah takde strawberry yang bes, maka terpaksa la beli yang kat cameron highland jugak kan..


p/s ~~ daling2 sekalian, next trip ke MABUL pulak tau.simpan duit dari sekarang..
p/s ~~ korang lepas kawen jangan terus senyap layan suami dan anak2 je.KAWAN jangan di lupa okey.. pesanan untuk diri sendiri jugak..ngeheee

Thursday, 8 December 2011

Review Doorgift Tunang


Untuk kawan2 dan rombongan belah Incik Mat Kool, aku bagi paper bag ni. yang kanan bawah sekali. color biru purple..ikot tema la kan..ngehee..

aku siapkan lebih kurang 50pcs. Rombongan Incik Mat Kool tak ramai pun. lebih kurang 20 orang je.


Untuk orang rewang pulak aku bagi yang ni. Tak ikot tema pun.ngeheee.. yang ni dalam 40pcs..

so, doorgift lebih kurang 90pcs.. aku buat tak banyak. nama pun tunang je kan. juz sediakan untuk kawan2,rombongan belah sana dan makcik-makcik rewang..tetamu lain yang datang aku bagi senyuman je..ehh.takde la..yang lain tu aku jamu makan je la..

Nak tahu apa dalam paper bag ni.jom kita ke segmen SELONGKAR~~~ehh boleh jadi next pengacara fuhhh~~

1) Gift Box ~~ Ada 2jenis.

white box + tq ribbon = ni ada 60pcs..eh sapa nak box ni, boleh beli kat GaleriPerkahwinan. beli box ni tanpa ribbon.ribbon tu aku tambah sendiri suka hati.

ni pulak aku sediakan 30pcs. pun boleh beli kat GALERIPERKAHWINAN

Isi kandungan dalam kedua-dua giftbox tu sama je. ada gula-gula 4 5 biji, jelly sebijik, coklat bar


2) Pen

aku tampal sticker ni kat pen. saje nak gedik-gedik..haha

3) Kalendar~~boleh tengok kat LINK ni.


4) Nasi Manis ~~ni ada orang panggil wajik, pulut manis..mana2 pun boleyyy.. ni sape nak order pun boleh. mak saya yang buat.~~eh pepandai je aku open order.mak aku tak cakap apa2 pun..



5) Chocolate cake ~~takde gambar~~ni aku buat sendiri 100biji. letak dalam bekas macam nasi manis tu jugak.

6) Biskut bantal
sekian sahaja segmen SELONGKAR pada hari ini. kita balik ke studio bersama AWAL ASHAARI..~~fuhhh~~~

sumpah annoying ppuan ni berlakon jadi wartawan kan..euuuwwww

Resepi Puding Roti

2 3 hari lepas mak request nak makan puding roti. tapi demand okey. nak puding roti yang macam dekat hotel uitm dungun..perghhh mencabar betul permintaan.. disebabkan si anak ni, memang tak boleh nak hampakan permintaan mak, memang gigih la aku jadi chef balik kerja semalam. kalau la tak dapat menepati piawaian macam puding roti uitm dungun, habis la aku tersingkir..ehh ni masterchef ke hape ni..haha..

sekadar gambar hiasan. ni culik dari incik google.buat semalam tak sempat ambik gambar la..tapi mak aku macam tak laju sangat je makan semalam.sebabbbbb aku kurangkan manis.mak kan ada kencing manis. bila tak manis, memang tak memenuhi citarasa la tuh..aku buat-buat tak tahu je..ngeheeee...

nak resepi? KLIK je la resepi kat SINI

ntah hape2 la ppuan ni kan. title entri kemain lagi resepi kononnya. sekali nak bagi resepi, suruh klik sendiri.kejam kan..euuwwww...
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers