Tuesday, 3 April 2012

DIY Giant Paper Flower


sangat la berat tangan nak update blog sekarang ni..update2 je terussss buat tutorial..sangat feeling martha stewart kannnnn..haha

tutorial ni amat la senang. mula2 nak buat giant paper flower yang guna crepe paper tu. tp dah tersalah beli crepe paper.so, tak menjadi. sebab ni je barang yang adenye punnn, maka terhasil la giant paper flower version doily paper..jom layan tutorial jom.kalau tak paham nasib korang la eh..ampunnnn..

1st, kena ada doily paper semestinya. yang besar lagi ok. aku guna yang 8inci.kalau ade yg 10inci pun ok.br jadi GIANT flower.kalau tak jadi NOBITA flower jer nanti..euuwww


2nd, kena ada solitip (sepatutnya guna pelilit bunga telur tu tau.tapi aku tak beli.yang ada solitip ni je.pun boleyyy la kan.)

3rd, kena ada batang kayu (yang ni suke2 korang la nak guna apa kan. aku guna buluh yang biasa orang buat hiasan dalam pasu tu..tapi dalam tutorial ni guna batang chopstik je.hari tu buat tak sempat nak ambik gambar bagai. maka, pagi tadi gigih la buat & ambik gambar semula sebab nak penuhi permintaan peminat martha stewart..euuwwww bajet tau...)

terima la gambar bajet martha stewart..larikkkkk

1st step, lipat doily paper macam ni (better jangan guna sekeping je.nanti lembik sangat)


2nd step, lipat lagi sekali. jadikan bentuk V


3rd step, ambik batang kayu dan buat macam kat atas ni.


4th step, gulung doily paper. jangan gulung betul2 ikot batang tu.gulung longgar2 je okey..jadi macam kat bawah ni.


5th step, solitipkan doily paper bagi lekat kat batang.


6th step, ambik lagi 1 doily paper, pastu buat bentuk V macam kat atas td, pastu lekatkan macam kat atas ni.


7th step, lapiskan banyak2 macam dalam gambar

8th step, haaaa dah nampak bentuk bunga kan. so, tambah la lagi banyak2 sampai puas hati okeyh..

nanti boleh ambik gambar macam kat bawah ni...amboiii terus bg tips photoshoot lagi..ngeee

SELAMAT MENCUBA LALING SEMUA!!

Wednesday, 28 March 2012

teaser : Giant Paper Flower~Pre-wedding photoshoot

first time buat Giant Paper Flower.tapi tak berapa nak giant sangat la.kalau lagi besar, lagi best kot...hasilnya sangat memuaskan hati(hati saya je la.hati orang lain tak tahu..).meh bagi up sekeping gambar dulu..esok baru boleh story lebih2. tu pun kalau rajin nak resize gambar la kan..kalau tak, tunggu la seminggu dua ke..ececehh macam ramai sangat je nak tunggu..
Lokasi : Taman Wetland Putrajaya
Tema : Kuning Grey

Thursday, 8 March 2012

Semanis Kurma

bes pulak tajuk semanis kurma hari ni. pasal BIRAS.. Dato' Ac ngan adlin aman ramli jadi tetamu.. Kalau dipanjangkan jodoh dengan Incik Mat Kool (doa-doakanlah kami dipanjangkan jodoh), aku akan ada 3orang biras. disebabkan adik beradik Incik mat Kool semuanya lelaki, dah semestinya biras2 aku perempuan

setakat ni, semua bakal-bakal biras memang sangat ok..boleh jadi geng.memang satu kepala la kan... harap2 nya hubungan ni akan kekal sampai bila2 insyaAllah.. harap takde dengki mendengki, harap takde ego melampaui batasan, harap takde yang besar kepala, harap takde yang belagak bagus la kan..

kadang-kadang masalah dengan biras pun boleh jadi punca masalah dengan suami kan.. maka, sangat2 berharap biras2 aku nanti masih seperti sekarang. takkan berubah. masih boleh gelak ketawa sama2..insyaAllah...

biras 1


biras 2


biras 3

~~dah takde caption yang lebih baik ke aku boleh letak???haha..nampak sangat malas kn..dh mlm memang macam ni..bantal dah panggil2 woiiii.. tak sempat fikir nak letak caption ape kt gambar..~~ok bai

wedding checlikst

okeyh ini checklist betul2 punya.~~jangan bagi mukadimah panjang nanti tak jadi lagi..haha

WEDDING CHECKLIST

  1. TARIKH
    1. Nikah – DONE - 31/8/2012
    2. Sanding – DONE - 1/9/2012
    3. Bertandang – DONE - 15/9/2012
  2. TEMPAT
    1. Nikah – DONE
    2. Sanding – DONE
    3. Bertandang - DONE
  3. KURSUS KAHWIN
    1. Perempuan - DONE
    2. Lelaki - DONE
  4. DOKUMEN
    1. HIV Test
    2. Permohonan Nikah
  5. TEMA (WARNA)
    1. Nikah – DONE - coklat milo
    2. Sanding – DONE - emerald green
    3. B’tandang – DONE - orange
  6. BAJU
    1. Nikah - DONE
    2. Sanding
    3. B’tandang – 50%
  7. CATERING
    1. Lelaki – DONE
    2. Perempuan – DONE
  8. PELAMIN
    1. Design – DONE
    2. Colour theme– DONE
  9. OP
    1. Perempuan – DONE
    2. Lelaki – DONE
  10. HAND BOUQUET
    1. Nikah
    2. Sanding
    3. B’tandang
  1. KASUT
    1. Nikah

i. Lelaki

ii. Perempuan - DONE

    1. Sanding

i. Lelaki

ii. Perempuan

    1. Bertandang

i. Lelaki

ii. Perempuan - DONE

  1. VEIL
    1. Nikah – DIY
    2. Sanding –
    3. Bertandang – DIY
  2. TUDUNG
    1. Nikah –
    2. Sanding –
    3. Bertandang –
  3. ANDAMAN
    1. Nikah – DONE
    2. Sanding – DONE
    3. Bertandang – DONE
  4. KAD KAHWIN
    1. Vip –
    2. Tetamu –
  5. BUNTING
    1. Lelaki -
    2. Perempuan -
  6. KOMPANG
    1. Lelaki –
    2. Perempuan –
  7. PA SYSTEM/DEEJAY
    1. Lelaki –
    2. Perempuan –
  8. BILIK PENGANTIN
    1. Backdrop –
    2. Deco –
    3. Set katil –
  9. GUESTBOOK CORNER
    1. Guestbook
    2. Deco
  10. HANTARAN
    1. Deco
    2. Barang

i. Lelaki

1. Spek

2. Perfume

3. Cincin - DONE

4. Kasut - DONE

5. Buah

6. Kek

7. Coklat

8. Macaroon/Cheesetart

9. Sirih junjung

10. BB

ii. Perempuan

1. Gelang + mas kahwin - DONE

2. Handbag + kasut - DONE

3. Sirih junjung

4. Perfume

5. Buah

6. Kek

7. Coklat

8. Kamera

  1. KEK (Majlis Potong Kek)
    1. Lelaki –
    2. Perempuan –
  2. DOORGIFT
    1. Lelaki – IN PROGRESS
    2. Perempuan – IN PROGRESS
  3. BUNGA TELUR
    1. Lelaki – DONE
    2. Perempuan – IN PROGRESS
  4. HONEYMOON
    1. Tarikh - DONE
    2. Tempat - DONE
  5. DESIGN
    1. Kad Kahwin – IN PROGRESS
    2. Sticker tq tag – DONE
    3. Signage – DONE

wedding checlikst

cepatnya masa berlalu.. rasa macam baru semalam je sarung cincin tunang..euuwww.. sekali tengok kat footer blog ni, tinggal 5bulan lebih je lagi wooiii...tak sempat nak bersenang lenang menyanyi riang sangat dah ni.

sekarang ni mood nak mengupdate blog sangat la kelaut..tak tahu la kenapa..tapi mood nak kawin belum kelaut tahu.masih kelangit..haha..bangang punye ayat..

tadi baru lepas anta baju nikah. hantar kat makcik kampung je..takde designer2 bagai..belanjawan 2012 takde list pasal designer,maka pegi je la hantar kat makcik yang biasa buat baju kami sefamily..tapi makcik tu cakap awal lagi dh anta baju nikah.nikahnya lepas raya.hamboi makcik kang sy anta lewat kang makcik gak bising tak cukup tangan kan..senyap2 je buat baju sy boleyy???~~tadi kan bukan hantar baju nikah je.hantar baju raya sekali 3pasang..euuwww~~

eh title wedding checklist kononnye..next entry la kasi up wedding checklist..ni dah terpanjang sangat mukadimah..

~~aku memang suka buat tajuk lain, post pasal mende alah lain..style tersendiri katanyerrrr~~haha
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers