Tuesday 25 October 2011

Wordless Wednesday


paparazi mamarazi sekalian sila jangan kejar saya..bai..


bajet artis je ko kan..hahaha

Friday 14 October 2011

Cermin Diri Boleyy

cilok dari majalah MAstika

seorang pemuda bertemu seorang ustaz untuk minta nasihat.......

Pemuda : Ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh. sampai sekarang saya belum ada kekasih.

Ustaz : Perempuan macammana yang kamu idamkan?

Pemuda : saya mahu yang cantik,tinggi,kurus,kulit putih, dan mencintai saya sepenuh hati.

Ustaz : oh, kalau begitu kamu harus ikut petua 3B..pertama ialah BERUSAHA.

Pemuda : sudah berusaha ustaz.merata tempat saya pergi cari perempuan.tapi....letih je.sorang pun tak dapat.

Ustaz : kalau begitu kamu buat B yang kedua.BERDOA dan berpuasa.

Pemuda : itu pun saya dah buat ustaz. lepas sembahyang saya akan berdoa.setiap hari isnin dan khamis pula saya akan berpuasa.

Ustaz : kalau itu pun kamu dah buat, kamu sangat perlukan B yang ketiga.
Pemuda : apa dia ustaz?

Ustaz : Err kamu perlu BERCERMIN DIRI......

hakhak..kejam gila kan ustaz ni...ayat makan dalam nih.. Moral of de stori, jangan la mengharap kan sesuatu yang terlalu sempurna. siap letak syarat nak yang cantikputihmelepak bagai.kalau dapat,untung laaa..kalau tak dapat, ternganga la ko dok umah sorang2.bujang sampai ketua...

sekadar gambar hiasan.takde kena mengena dengan cerita.sekian terima kasih..opsssss

Thursday 13 October 2011

Congrate Incik Mat Kool!!

Kejadian berlaku 9.10.11...
Incik Mat Kool di hari kejadian

tempat kejadian : PICC Putrajaya


dah dapat degree secara rasmi + dah kerja secara rasmi, maka dah boleh kahwin secara rasmi...ehhhh ~~terjadi timba lak.perigi tak ajak kawin, ko pulak yang melebih..hakhak~~

apesal macam macho pulak dlm gambar ni..biasa takde la macho pun..mungkin sebab bunga tersebut..ampunnnn ;p

tumpang excited + tumpang menyibuk di hari kejadian. dengan harapan incik mat kool datang la jugak menyibuk konvo aku 31okt nanti. tapi harapan tinggal harapan. kenapa la konvo hari isnin. Incik Mat Kool tak dapat pegi la nampaknya sebab kerja. orite la..nak jadi bakal isteri kena memahami.auwwwww....tapi dah janji nak spend weekend togeder-geder n nak bagi bunga in advance 3bouquet kan~~eh 1 je sebenarnye.3 tu aku mimpi je malam tadi.huhu~~


ucapan untuk incik mat kool,
TAHNIAH sebab dah tercapai pun cita-cita nak ada degree.....
TAHNIAH sebab dah membanggakan ibu bapa kamu.....
TAHNIAH sebab dah dapat kerja yang best.....
TAHNIAH sebab dapat awek yang baik hati sudi teman kamu berkonvo..ehhh ni perlu ke?macam puji diri sendiri pulak..haha..ok bai.undur diri dulu la..malu pulak tetiba kena puji..uhuk uhuk
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers