semalam dah cerita pasal hotel.ini cerita theme park pulak.taman tema bahasa lebih rasminya..
kalau dah check in hotel, dapat tiket masuk taman tema untuk 2 orang.tiket tu untuk 2hari.means kalau check in 1 hb n checkout 2hb, so, tiket tu valid untuk 1&2hb. yang penting, xleh tanggal dari tangan.~~tido pun pakai tag kat tangan weii..~~
kalau la yang pegi lebih dari 2 orang ataupun korang juz nak layan taman tema tu je tapi taknak tido kat sana, still boleh masuk jugak..
harga tiket :
rm25(dewasa),
rm15(kanak-kanak)
kanak-kanak 2tahun ke bawah free jer.
taman tema ni macam biasa je.tak awesome sangat la.cuma yang bes kitorang pergi weekdays.so, tak ramai orang.dah jadi tempat tu kitorang yang punya. kalau pergi weekend konfem penuh je kat situ. nak mandi pun mesti berebut2 jugak la kan. tempat ni baru..mungkin lepas ni akan ditambahbaik lagi.
waktu operasi pukul 8pagi sampai 7malam. malam yang tak bes sebab takde aktiviti boleh buat. tapi pantai morib dekat je.dlm 5km.so, kalau bosan2 dok kat bilik hotel, boleh la lepak2 makan ikan bakar kat pantai morib tu...
ni view dari bilik.kitorang request nak bilik mengadap theme park.baru indah pemandangan dok kat balkoni kannn..
tempat dia nampak bersih..sebab tak ramai orang.kalau ramai tu, khuatir jugak air pepsi blue jadi pepsi original pulak..
tu bilik kami!!!
nampak gelongsor biru kat belakang tu?nampak macam biasa je tapi bila gelongsor seram jugak.licinn wooohh...badan dah jatuh dalam air, jantung macam tertinggal kat atas lagi..camane tu??
ini replika. ni next projek aku rasa. gold coast kuantan..orang kuantan,sila tunggguuuuu kedatangannya!!!!
bestnye..dr smlm dok bace review akak..hehe.. :)
ReplyDeleteinsyallah boleh pg tuk honeymoon nnti ke kn :)
sebelum ni selalu lepak kat morib tapi tak tahu plak ada theme park kat dalam ye~
ReplyDeletesoulmate : bilik ni sgt sesuai utk honeymoon.memang tenang la dok kat sini
ReplyDeletedhiera : theme park ni baru lagi. tahun lepas klu x silap.memang ramai tak tahu lg.nti try la
tq hana.. terjumpa blog ni sbb nk riki2 gold coast ni.. tqvm for review yea..
ReplyDeleteHarga taman tema tu masih sama ke sekarang?
ReplyDelete