Thursday, 8 December 2011

Review Doorgift Tunang


Untuk kawan2 dan rombongan belah Incik Mat Kool, aku bagi paper bag ni. yang kanan bawah sekali. color biru purple..ikot tema la kan..ngehee..

aku siapkan lebih kurang 50pcs. Rombongan Incik Mat Kool tak ramai pun. lebih kurang 20 orang je.


Untuk orang rewang pulak aku bagi yang ni. Tak ikot tema pun.ngeheee.. yang ni dalam 40pcs..

so, doorgift lebih kurang 90pcs.. aku buat tak banyak. nama pun tunang je kan. juz sediakan untuk kawan2,rombongan belah sana dan makcik-makcik rewang..tetamu lain yang datang aku bagi senyuman je..ehh.takde la..yang lain tu aku jamu makan je la..

Nak tahu apa dalam paper bag ni.jom kita ke segmen SELONGKAR~~~ehh boleh jadi next pengacara fuhhh~~

1) Gift Box ~~ Ada 2jenis.

white box + tq ribbon = ni ada 60pcs..eh sapa nak box ni, boleh beli kat GaleriPerkahwinan. beli box ni tanpa ribbon.ribbon tu aku tambah sendiri suka hati.

ni pulak aku sediakan 30pcs. pun boleh beli kat GALERIPERKAHWINAN

Isi kandungan dalam kedua-dua giftbox tu sama je. ada gula-gula 4 5 biji, jelly sebijik, coklat bar


2) Pen

aku tampal sticker ni kat pen. saje nak gedik-gedik..haha

3) Kalendar~~boleh tengok kat LINK ni.


4) Nasi Manis ~~ni ada orang panggil wajik, pulut manis..mana2 pun boleyyy.. ni sape nak order pun boleh. mak saya yang buat.~~eh pepandai je aku open order.mak aku tak cakap apa2 pun..



5) Chocolate cake ~~takde gambar~~ni aku buat sendiri 100biji. letak dalam bekas macam nasi manis tu jugak.

6) Biskut bantal
sekian sahaja segmen SELONGKAR pada hari ini. kita balik ke studio bersama AWAL ASHAARI..~~fuhhh~~~

sumpah annoying ppuan ni berlakon jadi wartawan kan..euuuwwww

Resepi Puding Roti

2 3 hari lepas mak request nak makan puding roti. tapi demand okey. nak puding roti yang macam dekat hotel uitm dungun..perghhh mencabar betul permintaan.. disebabkan si anak ni, memang tak boleh nak hampakan permintaan mak, memang gigih la aku jadi chef balik kerja semalam. kalau la tak dapat menepati piawaian macam puding roti uitm dungun, habis la aku tersingkir..ehh ni masterchef ke hape ni..haha..

sekadar gambar hiasan. ni culik dari incik google.buat semalam tak sempat ambik gambar la..tapi mak aku macam tak laju sangat je makan semalam.sebabbbbb aku kurangkan manis.mak kan ada kencing manis. bila tak manis, memang tak memenuhi citarasa la tuh..aku buat-buat tak tahu je..ngeheeee...

nak resepi? KLIK je la resepi kat SINI

ntah hape2 la ppuan ni kan. title entri kemain lagi resepi kononnya. sekali nak bagi resepi, suruh klik sendiri.kejam kan..euuwwww...

Review Veil Tunang : DIY

Penggila DIY memang macam ni. sampaikan veil pun nak buat sendiri. Kalau buat dari awal tu, memang bagus la.tapi, kalau dah jenis perangai macam aku ni, dah last minit baru sibuk nak siapkan, 'SILA JANGAN TIRU PERANGAI INI' la kan..silap2, pakai veil separuh siap la jawabnya. so, kalau nak meng'DIY', pastikan korang buat timeline mana yang kena buat dulu dan pastikan IKUT timeline tu. kalau jenis berani mati macam aku takpe buat las minit. haha

dari tepi..owhhh sangat suka bunga tu..


dari atas. tampal dengan bunga(ambil dari kain net baju pengantin) then jahit manik suka hati..



bunga 3D dari dekat.sila abaikan budak ticik berhidung kuning. beliau sesema malam majlis.so, mummynya letak kunyit kat hidung.penyudahnya sampai majlis ada trademark hidung nuning..ala ciannn...

jom kira bajet untuk buat veil ni

1) kain net 1m = rm48(aku rasa ni mahal.beli kat jakel. tapi sebab aku malas nak pikir dan bazir masa, beli je la)
2) kain untuk bunga tampal + bunga 3d = rm10 (ni beli kat indon. baju pengantin yang standard seratus lebih kat sini, boleh dapat rm10 utk 2meter. sebab tu aku tak sayang sangat nak gunting ambik bunga je.
3) manik = rm1.90 x 6 = 11.40

TOTAL : rm69.40.. yang kain kat indon tu, adik aku punya. dia bagi je.so, aku tak bayar untuk tu. means TOTAL = rm59.40..eh berbaloi ape..kalau yang kat luar tu, paling biasa pun dah rm40++..

selamat men'DIY'!!

Review Hantaran : From my side

Disebabkan tema majlis pertunangan aku ialah turquoise + purple, so sama la jugak dengan hantaran. mula-mula nak pilih tema ni, macam pelik jugak. jarang orang buat color ni, so konfem akan dapat banyak kritikan. tapi, aku kan jenis konfiden lebey..haha..fedulik apa orang kata, yang penting aku suka.hati aku puas..hahaha~evil laugh~~

ok jom2 review hantaran from my side untuk Incik Mat Kool >>>>>>>>

1) KEK. sila ke LINK ini kalau nak tahu info pasal kek ni.

2) Kain Pasang untuk baju nikah. still thinking nak tempah baju nikah kat mana.any suggestion??

3) Purse

4) Buah - selekeh tak tanggal sticker kat buah tu..aishhh..


5) Kemeja
Incik mat Kool dah lama usha kemeja quiksilver ni sebab kainnya sangat lembut. 1st time kitorang tengok hujung bulan 5, harga rm250 macam tu kot. tapi tak beli. then, bulan 10 hari tu jalan2 kat alamanda. harga kemeja ni dah jadi 199 dan yang lagi bes kalau beli 2nd item hanya bayar rm11. means dah boleh dapat 2 kemeja dengan harga rm210..berbaloi la kan. at least boleh tukar-tukar baju kerja.. kalau tak, nak dapat 2kemeja dah 4ratus. memang senyum sampai telinga la incik mat kool..huhu..


6) Tafsir Al-Quran

7) Sejadah dan Kain Pelekat eh ke Kain Pelikat..ape2 je la..;)
paling selekeh sekali kottt.. ini je satu-satunya cara nak bagi muat masuk balang tu.. kalau korang perasan, balang kaca untuk sejadah dan al-quran je yang lain. balang lain tu mulut kecik. tak boleh nak masuk al-quran n sejadah.

8) Coklat~ Hershey + Cadbury

9) Sirih Junjung

kenapa ada gambar gelap, ada gambar cerah amat?? sebabbbb kamera lain-lain..ngeheeee..

Wednesday, 7 December 2011

Review Hantaran : From His side

Hantaran dari Incik Mat Kool tema hitam silver. permintaan dari Incik Mat Kool sendiri. tak tahu la beliau dapat inspirasi dari mana.. layan kan je la..

1) JAM TANGAN
2) COKLAT (dah beli 2bulan sebelum sebab my sis pegi langkawi dan order kat dia je..pun boleyyyy)
3)Cincin risik dan tunang
4) Sirih junjung
5) Kain Pasang untuk Nikah
dah beli kain ni kat indon 3tahun lepas. haha awal giler.padahal masa tu takde niat nak kawin pun lagi.tapi sebab murah gila kot kat sana.banyak pilihan pulak tu.. walaupun takde niat nak kahwin, tetapppp beli baju kawin. dah nasib baik ada gak gunanya. biarlah orang kata kain ni dah tak uptodate ke hape. yang penting hadoo.. insyaAllah nikah akan pakai baju color milo..euwww

6) Telekung
telekung ni beli kat Nilai. kalau kat Nilai ni, memang kena mintak kurang kaw-kaw sebab harga yang dia letak memang UP habis la kan..telekung ni harga sebenar rm105 dan aku dapat separuh harga. mesti bai tu panas je dengan aku. nak beli telekung pun berkira nak mampus. nasib r Bai. sape suruh jual mahal sangat..haha

7) Buah - Buahan

macam pelik bila hantaran takde kek. mula-mula ikut checklist memang ada kek. tapi aku kan saje nak menghabiskan duit Incik Mat Kool.dan2 pulak mintak jam sebab jam lama dah mampus..wohooo sepatutnya 'pem'bagi yang tetapkan nak bagi apa. ini tak, 'pem'terima pulak yang mintak.sungguh tak malu kan..euuwww.. nak tambah kek, kang dah jadi 8item pulak.dah terlari adat la pulak kan.. eh kenapa kalau nak bagi hantaran kena bilangan ganjil.. ~~akupuntakpaham~~
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers