Tuesday, 25 January 2011

untuk ARWAH

15 Jan yang lepas tarikh lahir apak(panggilan untuk ayah saya). 16 feb ni pulak genap la 5 tahun pemergian ayah tersayang..

tiap2 tahun, bulan 1 & 2 ni, konfem2 la akan sangat2 rindu beliau. bulan lain pun akan rindu jugak tapi bulan ni SAYU tu lebih ckit..sob..sobb...

setiap kali raya aidilfitri or aidiladha, kitorang memang akan pergi kubur n sedekahkan apa yang patot.. APAK mesti tau kan kami pergi jenguk APAK. APAK mesti tau kan orang tak penah nangis setiap kali melawat apak coz ORANG taknak APAK sedih jugak. so, ORANG sedaya upaya akan kuatkan semangat..

TAPI, aidiladha yang lepas, ORANG pun tak tahu kenapa air mata ni sangat senang menitis. maafkan ORANG.. banyak sebab kenapa orang menangis. APAK mesti tau kan kenapa.

ORANG tau APAK sentiasa ada di sisi anak-anak APAK. bila orang difitnah oleh manusia tu, APAK mesti tau kan siapa yang BENAR, siapa yang SALAH..

manusia tu tak habis-habis ganggu hidup keluarga kita. tak habisHabis memporakperandakan keluarga kita. masa APAK ada pun, APAK tau kan macam mana perangai manusia tu.. tak habisHabis nak menghancurkan ikatan keluarga kita. APAK tau kan semua tu?

tapi kenapa la dia tak berubah-ubah..

ORANG tau ORANG dah buat mak menangis. tapi, tu bukan salah ORANG. APAK tau kan perkara tu memang fitnah semata-mata. ORANG terpaksa menegakkan kebenaran. sebab tu ORANG terpaksa bergaduh dengan manusia itu. sebabnya, apa yang dia dah buat dekat keluarga kita sangat melampau..

ORANG tau emak kecewa dengan tindakan orang. tapi kalau orang tak buat macam tu, apa lagi fitnah yang dia akan buat. sekarang dia buat kat ORANG. esok lusa dia buat kat adik-adik ORANG pulak. biarlah ORANG yang terakhir jadi mangsa. bukan adik-adik ORANG. APAK tau kan semua nih?


to be continue......tidak boleh tahan air mata lagi....


1 comment: