Tuesday, 3 April 2012

Gold Coast Morib Resort ~Hotel

sape pernah pegi gold coast morib resort?siapa yang tak pernah dengar, sila jangan terpedaya. ni bukan dekat australia. ni dekat malaysia yer.diulangi MALAYSIA..hebat betul MALAYSIA sekarang kan.nama tempat pun dah nak macam australia.kang wujud la pulak london bridge cherating, eiffel tower jempol macam2 bagai la kan..

tapi seriously, tempat ni memang bes. hotel die giler gempak memang macam kat gold coast australia la..ehhh aku pernah g australia ke?cakap macam serba tahu kan??padahalll...

kalau sape2 yang teringinnnn sangat nak bercuti tapi cuti tahunan dah yillekk, yang tinggal cuti sabtu ahad je, tu pun sabtu kena pulak kerja sekerat hari, memang tersangat la sesuai datang sini. lepas kerja hari sabtu tu, pegi la check in kat sini 1 malam bawak family.tapi yang kerja area selangor dan sekitar la~~giler hebat aku atur jadual orang kerja.haha~~

kalau korang nampak tulisan ni, korang dah berada di jalan yang benar. sila masuk,parking kereta dan check in!

ni lobi hotel. kalau tengok real, memang sangat WOW!deko dia memang kelassss kau maria!!bukak je pintu utama tu terus WOW 3kali sambil ternganga mulot..hover kott



dah masuk bilik lagi la WOW!bilik sangat puas hati..ade dua katil single.boleh jugak kalau nak 1katil queen.memang berbaloi dengan harga. sangat luas.kalau rasa nak bawak 1 bas tapi nak jimat punye pasal, sewa je 1 bilik.pastu ko bawak la tilam ke toto sendiri.pastu ko boleh main lari2..~~ini cerita benar.cuma 1 bas tu macam tipu ckit la~~

tempat ni baru. so, nampak clean n clear lagi. semuanya nampak baru2.katil,lampu,tv,rak meja.semua la..


ni kat balkoni.sangat indah wooo..boleh tengok orang mandi2 kat theme park. nak terjun dari bilik pun bolehh.tapi esok kalau masuk metro muka depan, tanggung sendiri la yer..


tandas pun nak ambik gambar.ohhh sangat jakun..


siap ade jakuzi bagai. dah lepas mandi kat theme park, balik bilik berendam pulak kt jakuzi. dah kalau dok kat sini memang keje berendam je la..kalau berendam lama2, nanti kulit jadi mengecut kan..agak2 kalau berendam seminggu tanpa henti, boleh kurus tak?kurus dan mengecut tu same tak?ke lain?ke?


see..bilik mandi dia sangat seksi.pintu kaca wooo.jelas dan nyata..luas pulak tu.kan dah kate kalau bawak 1 bas pun boleh muat.tak muat dekat hall, dalam bilik mandi pun ok ape


bukak je tingkap ni, boleh masuk jakuzi teruss.. agak2 bangun pagi malas nak jalan tiga empat langkah masuk bilik air, terjun je kat tingkap ni. selangkah je dari katil.jimat masa kan. juga bagus digunakan jika tak tahan nak kencing. ni kira jalan short cut la nak g toilet.

kalau tak silap kat sini ada 1jenis bilik je.studio suite(boleh pilih 2katil single/1katil queen). rate harga rm290 + breakfast utk 2org + tiket themepark utk 2org.tu harga weekdays. harga weekend tak tahu la sama atau beza

pasal themepark nanti kita cerita lain entri okeyh..

7 comments:

  1. wahh.. thnx for sharing dear..

    ReplyDelete
  2. sy pernah ke sini
    tue pun sebab ada kursus
    pergi time awal2 nie memang best
    accomodation masih lagi okay

    ReplyDelete
  3. nurul izayani:welcome dear :)

    edura : kann..tempat die memang ok lg skrg ni..so, time ni la yg bes nak pegi pun.nti dh lame2 x bes

    ReplyDelete
  4. wow..menarek..thnx 4 e info..mmg teringin nak g..maybe next 2 month..hehehe..kumpul duit siap2..
    Lets follow my blog.. http://sheisjaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. makan cemana kat area morib tu ? ade seafood halal tak?

    ReplyDelete
  6. http://www.facebook.com/pages/HANA-GOLD-Medan-MARA-and-Damansara-Gallery/184840981622628?fref=ts

    HANA GOLD
    HARGA EMAS MURAH GILER... TANPA KOS UPAH

    ReplyDelete