Thursday, 1 July 2010

jodoh pertemuan di tangan tuhan

apa perasaan anda jika anda mengalami situasi seperti di bawah :

~~anda pergi kenduri kat rumah makcik anda. kalau dah kenduri semestinya ramai kaum kerabat yang berkumpul. dalam ramai-ramai kaum kerabat tu, ada pulak yang berkenan dengan anda untuk buat menantu. kemudian seminggu lepas tu pihak yang berkenaan telah merisik anda. dan 2 minggu kemudian anda akan ditunangkan.. anda perlu terima sebulat suara kerana terpaksa ikutkan kata keluarga~~

apa perasaan anda, anda, anda dan anda??

adakah perlu turut segala kemahuan keluarga walaupun anda tidak kenal pun manusia itu.. bila tibe hari bertunang anda hanya perlu duduk bersimpuh sambl senyum ayu untuk tunggu bakal mak mertua yang tidak dikenali menyarungkan cincin PUSAKA kepada anda??

atau

anda akan membuat keputusan sendiri untuk tidak mengikut kata keluarga??

kalau zaman dulu mungkin takde hal la wei.. tapi kalau zaman sekarang?? perlu ke semua tu? tak boleh ke buat pilihan sendiri untuk sehidup semati??

CUBAAN HIDUP.. hanya anda dapat mengubahnya.. ecehhh macam iklan pandu cermat jiwa selamat pulak..

nampaknya hasil entri kali ini sangat serius.. APAKAH?? hanya orang-orang tertentu sahaja yang paham kenapa wujudnya entri ni..~~~~~~~~~~

1 comment:

  1. mm..ok la tuh..
    kalo dok tunggu lame2 takot xde org nak plak..hihihihi..

    ReplyDelete