Thursday 22 July 2010

nama CEPAT tapi LAMBAT jadi sila tukar nama sahaja

owwhhh hari ni saya balik kampung. naik bas from KLUANG. pastu sampai SEGAMAT pukul 4. bas nak balik KERATONG hanya ada pukul 6. punye la lama nak tunggu sampai 2jam tercongok kat bustand tu.

so, saya ni konon-konon nak ambik langkah bijak la kan. pegi la kaunter bas ekspress yang pegi MUADZAM. means saya akan naik bas tu sampai simpang luar je. so, nanti pandai-pandai la suruh sape2 jempot.

bila tanye ada pulak bas pukul 5.30..so, terus je la beli tiket. bajet taknak tunggu bas pukul 6. kan dah jimat setengah jam kat situ. saya kan penjimat masa orangnya..ahak tipu semata..

tapi masalahnya, kegembiraan ku diragut sekelip mata.ecehh ayat poyo giler.. kononnya nak ambik langkah bijak dah bertukar jadi langkah yang tak bijak+menstupidkan diri sendiri... terasa menganiaya diri sendiri. huwaaaa

5.30>> bas tak nampak bayang pun..tunggu je la sambil belek2 tiket tengok seat nombor berapa....

5.45>> bas takde lagi..sabar je la..belek tiket lagi betul ke bas 5.30..

6.00>> bas memang sesat jalan ke hape..hilang sabar sikit..sambil tanye orang sebelah nak pegi mane sambil senyum paksa. nak senyum ikhlas dah tak mampu sebab memang TAK SUKA MENUNGGU!!!

6.15>> ada sorang driver bas ni cakap, bas ke muadzam pukul 7 baru sampai.. memang kesabaran tahap minimum dah ni. tinggal sikitttt je lagi nak hilang semua sabar tu..biasa lah orang lahir tahun harimau memang macam ni..huahuahua

6.30>> bas baru sampai tapi driver tu cakap kene tunggu bas lagi satu dari MUAR...WTHampeh kau!!!

6.45>> bas baru terheges-heges nak jalan.

7.30>> turun bas. pas bas tu jalan, saya siap ambik nombor flat bas. motif??? entah la.saya pun sampai sekarang dok terfikir kenapa ambik no flat bas tu. PERLU KER???

tengok-tengok.. siap boleh buat jadual hokeh..nampak sangat lame kan menunggu. saya rasa nama CEPAT tidak sesuai untuk anda la. mungkin LEMBAP EKSPRESS.ataupun KURA-KURA EKSPRESS. ataupun SIPUT EKSPRESS.sedap jugak kan?kan?baru la nama melambangkan peribadi.. hahahahaha(ni gelak terpaksa. tak kelaka pun sebenarnye)

KESIAN eh silap SEKIAN...

2 comments:

  1. kesian..
    saya nk hantarkan xnak..tu lah..hahahaha

    ReplyDelete
  2. haha lawak la ko hana :))

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers