Monday, 15 August 2011

macaroon project

ini macaroon purple. eh2 perkenalkan macam ko sorang je yang tau..

Dah lame nak share story macaroon ni. tapi macam biasa lah.tuan blog kan rajin amat nak update blog.memang lambat la kaannnn..

tapi sebab bangga dah berjaya buat macaroon dengan sendirinya, maka perlu la jugak gebang kat blog sendiri walaupun nampak macam belagak je. belagak dalam blog sendiri takpe. kalau kat blog orang lain mungkin kena makan penampar..

intro banyak2 pun tak guna. bukan ada orang nak baca sangat punn.aku bagi resepi terus la.kang terliur tengok pict, boleh gak cuba2 buat

Bahan A
200g gula ising
120g serbuk badam

Bahan B
3biji putih telur
20g gula kastor
secubit cream of tartar

CARA-CARA
1. blend n ayak bahan A dan ketepikan
2. putar putih telur dan masukkan gula kastor.putar lagi.masukkan secubit cream of tartar.putar lagi. start putar slow then baru laju. jangan terus laju.gelojoh sangat namanya.
3. putar bahan-bahan tersebut hingga gebu.. cuba la angkat pemutar mixer tu. kalau adunan tak jatuh, maknanya dah cukup kukuh la tu.suka suki aku guna perkataan kukuh..gebu la..
4. kalau dah gebu, boleh la masukkan pewarna ikot suka. dalam kes aku ni, aku guna purple je.kalau guna banyak warna,maknanya kena guna banyak bekas.dah kata pemalas dan jimat sabun.buat satu warna sudahhh
5. then, masukkan bahan A yang dah ayak tadi. ni pun jangan gelojoh sangat. masuk sikit,kacau.masuk lagi,kacau lagi,masuk lagi,kacau lagi..itu la kekdahnya sampai sebati
6. dah sebati, boleh la masukkan dalam piping bag dan pipekan bulat atas dulang..

in progress...eh pesanan penting. pastikan dulang tu alas dengan non-stick paper or baking paper. kalau tak alas takpe.tapi nanti ko merasa la makan serbuk macaroon sahaja sebab senang hancur.paham?

7. dah lepas pipekan tu, hentak dulang pembakar tu bagi keluar angin.hentak sikit2 dah la.jgn over sangat.kang ko pulak yang hangin tengok macaroon ko terlebih keluar angin
8. lepas tu, boleh la rehatkan dalam setengah jam atau sejam. kalau aku buat, better sejam la.nak menda sedap, kena la sabar menunggu.ye tak?
9. dah bagi dia rehat(eh dh mcm orang pulak), baru boleh bakar 150°c 10-15minit
10. dah sejuk baru boleh angkat dan letak filling kat tengah. filling ni ikut suka nak letak apa la kann.. nak buat macaroon ni satu hal leceh.malas pulak nak layan buat filling cream cheese bagai. kalau aku letak je coklat nutella yang makan dgn roti tu.dah setel.

nah la layan lagi sekali..hai nama saya MACAROON PURPLE...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers