Thursday 18 August 2011

RINDU (^_^)

Owwwhh kangen sama budak ticik ni... tengok dia senyum camni rasa nak tampo je..hihi... umur baru setahun tapi aksi macam dah 10 tahun..ko hala la kamera kat muka dia.camni la rupa dia.kemahin lagi senyum sampai telinga

ni gambar di hari jadian beliau..eh takde pulak cerita pasal celebration ni kan.next entry la yer(walaupun bday 3bulan yg lepas.br nak buat entri boleyy??)uhh muka sangat bday girl sangat la kerek..kalau jadi princess memang kena buat muka belagak yer.. tengok dayang 2 orang tu..kan senyummmm je.dah kalah senyum badut kat sebelah..haha

ooo kalau dapat naik menda alah ni, senyum meleret la pulak yer.. eh tapi budak ticik ni memang suka senyum tak kira sape2..bangla guard jusco pun dia boleh main senyum2 lambai2.


buat perkara pelik adalah kegemaran beliau.. ish bahaya nih kalau aksi ni di bawa sampai ke besar.. konfem kena tibai ngan mummy n daddy


wow wow ni gambar paling seksi ni..kejadian berlaku di sunway lagoon.. eh sunway lagoon memang ramai pelancong dari rakyat kita eh??masa aku pergi aritu, pusing kiri pelancong,pusing kanan pelancong. memang boleh kira ngan jari je orang kita..kalau pelancong tu, nak kira dengan kalkulator pun susah..dah macam aku pulak pergi negara diorang.. tetiba feel macam dok obersea pulak..nasib tak pakai bikini seperti subjek di atas..huhu


eh ni ape kena mengena lak dengan si budak ticik nih??ok itu nama beliau..Arryssa..nama penuh Arryssa Nyfeilea Mohan..ok berbelit lidah~~

Wednesday 17 August 2011

Jangan Cari BF

Jgn cari bf yang main bola, sebab dia akan sepak kita.

Jgn cari bf yang main badminton, sbb dia akan pukul kita.

Jgn cari bf yang main volleyball, sbb dia akan tampar kita.

Jgn cari bf yang main takraw nanti dia akan timbang dan lipat kita.

Tp cari lah bf yang main RUGBI, sebab dia akan peluk dan sentiasa lindungi kita. c(:


p/s : sumber dari sape punya facebook ntah..aku cilok jer

Monday 15 August 2011

macaroon project

ini macaroon purple. eh2 perkenalkan macam ko sorang je yang tau..

Dah lame nak share story macaroon ni. tapi macam biasa lah.tuan blog kan rajin amat nak update blog.memang lambat la kaannnn..

tapi sebab bangga dah berjaya buat macaroon dengan sendirinya, maka perlu la jugak gebang kat blog sendiri walaupun nampak macam belagak je. belagak dalam blog sendiri takpe. kalau kat blog orang lain mungkin kena makan penampar..

intro banyak2 pun tak guna. bukan ada orang nak baca sangat punn.aku bagi resepi terus la.kang terliur tengok pict, boleh gak cuba2 buat

Bahan A
200g gula ising
120g serbuk badam

Bahan B
3biji putih telur
20g gula kastor
secubit cream of tartar

CARA-CARA
1. blend n ayak bahan A dan ketepikan
2. putar putih telur dan masukkan gula kastor.putar lagi.masukkan secubit cream of tartar.putar lagi. start putar slow then baru laju. jangan terus laju.gelojoh sangat namanya.
3. putar bahan-bahan tersebut hingga gebu.. cuba la angkat pemutar mixer tu. kalau adunan tak jatuh, maknanya dah cukup kukuh la tu.suka suki aku guna perkataan kukuh..gebu la..
4. kalau dah gebu, boleh la masukkan pewarna ikot suka. dalam kes aku ni, aku guna purple je.kalau guna banyak warna,maknanya kena guna banyak bekas.dah kata pemalas dan jimat sabun.buat satu warna sudahhh
5. then, masukkan bahan A yang dah ayak tadi. ni pun jangan gelojoh sangat. masuk sikit,kacau.masuk lagi,kacau lagi,masuk lagi,kacau lagi..itu la kekdahnya sampai sebati
6. dah sebati, boleh la masukkan dalam piping bag dan pipekan bulat atas dulang..

in progress...eh pesanan penting. pastikan dulang tu alas dengan non-stick paper or baking paper. kalau tak alas takpe.tapi nanti ko merasa la makan serbuk macaroon sahaja sebab senang hancur.paham?

7. dah lepas pipekan tu, hentak dulang pembakar tu bagi keluar angin.hentak sikit2 dah la.jgn over sangat.kang ko pulak yang hangin tengok macaroon ko terlebih keluar angin
8. lepas tu, boleh la rehatkan dalam setengah jam atau sejam. kalau aku buat, better sejam la.nak menda sedap, kena la sabar menunggu.ye tak?
9. dah bagi dia rehat(eh dh mcm orang pulak), baru boleh bakar 150°c 10-15minit
10. dah sejuk baru boleh angkat dan letak filling kat tengah. filling ni ikut suka nak letak apa la kann.. nak buat macaroon ni satu hal leceh.malas pulak nak layan buat filling cream cheese bagai. kalau aku letak je coklat nutella yang makan dgn roti tu.dah setel.

nah la layan lagi sekali..hai nama saya MACAROON PURPLE...

meh la pilih-pilih kuih untuk buka puasa.Untuk raya pun boleyy


Entah sape punya idea la cipta benda alah ni.. ni aku terbaca kat wall facebook anak sedara aku.memang tergelak aku baca.. budak-budak sekarang banyak mengarut betul.. takde kerja cari kerja la namanye ni..

meh la tengok menu kuih yang anda anda patut cuba yer..(^_^)

1. kuih paling gangster kalah mail lambung = Lompat Tikam
2. kuih paling sexy = Puteri Mandi..auwww seksinyerr..
3. kuih paling keji = Taik Itik
4. kuih bajet cute = Cek Mek Molek
5. kuih untuk awet muda = Seri Muka
6. kuih paling alim = Kuih Ketayap
7. kuih penyakit lelaki kronik = Batang Buruk
8. kuih suka pukul = Kuih Lompang
9. kuih dalam zoo = Badak Berendam
10. kuih bangun sendiri = Kuih Bangkit
11. kuih orang tak mandi = Kuih Bau-lu (ni tak lawak.kuih bahulu daaaa.tu pun tak tau)
12. kuih paling tenteram = Kuih Makmur
13. kuih paling lembap = Kuih Siput

kan aku kata, memang orang yang cipta benda alah ni memang takde kerja nih..lapar2 bulan puasa ni, kepala asik ingat makanan je.sebab tu boleh cipta ni kot..


seram pulak aku nak makan batang buruk ni...hahaha

Friday 12 August 2011

menunggu dengan sabar~~


~~ sedang menunggu incik mat kool sampai~~
~~ hari ni incik mat kool sanggup drive KL-KERATONG sebab nak buka puasa sama2..i loikee!!!
~~ sedang berkira2 nak masak apa hari ni.. yang pasti akan ada menu udang sebab incik mat kool sangat suka udang...

~~ incik mat kool dah sampai..yehuuuu...bai...~~

Saturday 6 August 2011

tahniah la kepada KFCM yaww

woww sangat comel kan kfcm pegang tangan adik die time jalan-jalan macam ni..nampak seperti abang yang begitu penyanyang. bertuahnya badan jadi Dahlia Teck ni coz dapat abang macam ni.memang konfem selamat la~~tangan kedada mata keatas~~

tahniah la kepada anda berdua~~auummmm~~

seriously sblm ni aku x minat pun dengan elia jejariruncing tu, tp ble jd cmni, kesian giler hokey...sabaaarrr je la..

adakah ini teknik photoshop???photoshop cs berapa agaknya yer?

ok bai..bulan puasa tak boleh cakap banyak.nanti tekak kering plus kurang pahala puasa..

SELAMAT BERPUASA!!

da naik seram tengok blog aku sendiri..dah jadi tempat jin betendang dah ni..

nah ni aku bagi teman kat jin-jin yg dh jage blog ni..ngeheee~~tak kelaka pun~~
konfem kakak aku tutup mate tengok gambar ni..kakak aku adalah orang paling penakot di muka bumi ini..haha

punye la lama tak update blog, sampai dah seminggu puasa pun, baru nak ucap kat semua orang.toyer betul~~

ok la..SELAMAT BERPUASA semua!!!

Bye...eh silap...~~Assalamualaikum~~(kan lebih baik) :D
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers