Sunday, 25 September 2011

Cheese Tart Blueberry

Tahun lepas beli je cheese tart ni. tapi tahun ni dah bekerja keras buat dengan tangan sendiri. kalau nak resepi boleh klik sini k.. aku pun ambik resepi situ jer..insyaAllah jadi la..
ni tepung,telur,butter,gula yang dah uli untuk pastri tart..kedekot kan aku nak bagi resepi(malas sebenarnye)

ni acuan tart. eh yer2 je kenalkan. macam orang lain tak tau jer

bentukkan macam ni yer anak2..mentang2 tayang hasil tangan sendiri dan2 je jadi mak2.auwww..

pastri ni boleh buat banyak2. simpan je. nak guna baru ambik.senang..filling die boleh isi macam2.. yang aku dh try buat, filling blueberry cheese, custard + anggur, coklat + badam..semuanya sedappp bangat..ehh terpuji diri sendiri pulak..

nyum2..blueberry cheesetart oooiii.. ni gambar mase open house 2minggu lepas. buat time raye memang tak sempat ambik gambar..bizi la katekan...

owhh ini pun lazat juga..tapi ni bukan cheese. ini custard + anggur..ini resepi try2 je. tapi bila ramai yang suka, tetiba rasa nak masuk masterchef malaysia..awww perasannnn..nak resepi??next entri la.penat dah telan air liur ni....


ok baiii

Thursday, 22 September 2011

Supermak buat dodol Superhebat

ni la harta aku paling berharga =)

ni cerita 2minggu lepas.. mak aku baru habis puasa 6. dia ada cakap nak buat makan2 a.k.a open house kat rumah. aku pun on jer la sebab aku memang teringin nak makan mi rebus johor. mi rebus johor kan leceh sikit nak buat. kalau buat untuk makan berdua je dengan mak aku, memang malas sikt la. so, bila mak dah plan nak buat open house, aku pun terus ~ok menu utama mi rebus~~ dan2 je kan..

ok pasal mi rebus kita cerita lain kali la.. sila tengok title entri yer. suka tersasar aku nih.

pada suatu hari(ayat buku cerita weiii) , aku balik kerja lebih kurang pukul 6++..masa tu hujan lebat. aku sampai rumah, tengok rumah gelap je.lampu kat ruang tengok tv tu tak on. aku pelik jugak la mane mak aku.hati risau gak sebenarnya. mak aku kan tinggal sorang..

then, bila g dapur, agak terkejut la. mak aku tengah kacau dodol sorang. MANUAL okeyy.. takde machine2 macam zaman sekarang. mak aku umur 62 tahu. tapi mampu lagi kacau dodol sorang2. memang tabik spring la kannnn

kalau sape2 yang pernah makan dodol mak aku buat, memang akan siang terbayang malam merindu. ade jiran-jiran aku yang datang raya kat rumah, mesti tanya buat dodol ke tak. datang bukan niat nak mintak maaf ke hape. tapi nak makan jer..ehhh macam cakap dekat diri sendiri jer..haha

kalau korang tak caye, meh aku bagi bukti siap..

aku post ni kat fb aku(sampai sekarang aku hanya ada fb.takde twitter. kesian kan aku.takutkan perubahan..huhu)

dan tengok la komen budak 2 orang nih.
aida n ifa ni geng karib aku time diploma dulu. setiap kali lepas raya, memang wajib aku bawak dodol kat diorang. ifa a.k.a fasihah mansor kat atas tu, pernah ikut aku balik kampung then suroh mak aku buat dodol. tapi masa tu kitorang kacau la.berpeluhhh koo. kacau beramai-ramai pun dah macam semput gitu, apetah lagi nak kacau sorang-sorang macam mak aku..boleh bayang tak??taknak bayang pun xpe..huhu

korang nak resepi dodol superb mak aku??nanti aku try tanya..kalau tanya aku, memang tak dapekk la..yang aku tau bahan dia tepung, santan,gula. dah tu je. tepung ape tak tahu. santan nak banyak mana tak tahu. gula nak gula merah ke, putih ke, melaka ke, pahang ke, aku tak tahu. kang aku pandai2 bagi resepi, korang buat jadi asyura kang camane???huahuahua



Ustazah pilihan

tajuk nak macam ustazah je aku kann..ngeheee..
Sape tengok audition ustazah pilihan semalam? aku bukan nak cerita aku terpilih ke hape..tapi nak cerita pasal HELIZA HELMI si pengacara. sape tengok semalam ape komen korang?

aku rasa dia memang sangat-sangat comel. sumpah comel heliza ni.tapi dia jadi pengacara macam ade kelaka sikit la.. aku rasa dia kena slow kan sikit semangat dia masa bercakap. dia bercakap macam nak masuk pertandingan bercerita sang kancil dan buaya dah aku tengok.. tapi kalau dah comel tu, buat macam mana pun takpe. aku still nak tengok sampai habis. still nak tengok mata dia. still nak tengok mulut dia. still nak tengok baju dia. still nak tengok shawl yang dia pakai..pergghhh berkelakuan seperti lelaki gatal aku ni kan..stalker perempuan macam hape dah


HELIZA HELMI SANGAT COMELLLL.. semalam dia pakai lebih kurang macam ni audition ustazah pilihan dekat terengganu..memang gojes kate koooo..

ni pulak aku rasa masa audition dekat jb ke mane ntah smlm.. see. aku ingat baju n shawl dia pakai semalam tapi aku tak ingat pun lokasi audition.. maka paham-paham sendiri la aku tumpu kat mana sebenarnye..haha

memang psiko la kan kalau tengok rancangan tu sebab nak tengok pengacara dia je kan..kesian kan kat aku..huhu

Wednesday, 21 September 2011

Kerja



Mood berblog tinggal sipi-sipi je dah ni..nak taip entri baru,malas.. nak jenguk blog2 orang lain pun macam dah berkureng..pesal ntah.. padahal online hampir 24jam..kesian pulak tengok blog sendiri cenggini...

Tak pernah lagi cerita apa kerja aku sekarang kan.. after habis stadi bln 12 tahun lepas, hati ni memang pikir nak lepak-lepak kat rumah je dulu.. hati sangat la berat nak cari kerja. sebabnya satu je..sebab kesian nak tinggal MAK. sejak apak aku meninggal 2006, mak tinggal ngan adik bongsu aku.masa tu dia sekolah lagi. kebetulan time aku habis study, adik aku pulak dapat uitm. so, kalau aku kerja luar,memang konfem la mak aku tinggal sorang.weekend memang la ada je kakak2 aku balik.tapi, weekdays, kesian la kat mak aku tinggal sorang.kalau mak aku umur 40, aku takde la risau. ni, mak aku dah umur 60lbh.

kebetulan pulak, kakak aku macam plan2 nak start bisnes. ada modal tapi dia tak pandai sangat bisnes. aku ni boleh la sikit2.memang minat bisnes. so, modal dia + idea aku, start la kitorang plan dari awal..kebetulan dapat kedai yang tak jauh dari rumah..means aku akan jaga kedai siang, then malam mak aku ada teman kat rumah. so, xde la risau sangat..

dalam bulan 3, kitorang dah dapat kedai.dah start beli barang.fully bukak kedai bulan 4..
dari sini, start la aku jadi pekerja kat kedai kakak aku.kakak aku memang tak dudok kat sini. sekali sekala dia ade la balik jenguk kedai. sekarang, ada la sorag pekerja yang bantu kat kedai..

selain bukak kedai ni, ada la jugak aku buat online kat facebook n blog. tapi blog aku macam hidup segan mati tak mahu sebab aku malas..huhu..yang banyak berhubung pun kat fb je.dh la bebel.jom tengok gambar la pulak

semua gambar masa barang baru sampai n kedai belum beroperasi.. nak tengok yang dah beroperasi, meh datang kedai aku meh..aku bagi diskaun baik punyerrrr(trademark shuib sepah a.k.a dafi)

aku tak paham kenapa mende alah biru tu masuk dlm gambar






chipsmore tu tak jual eh..sekadar hiasan.eh hiasan ke? x la.sebagai makanan di kala lapar..uhuk2

sape ada telur,meh beli bunga..erkkk macam lucah pulak statement aku..haha

korang boleh agak tak aku bukak kedai apa??


ok..dh tau?ini la tempat kerja aku hari2..

Wednesday, 7 September 2011

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers