Thursday, 22 September 2011

Supermak buat dodol Superhebat

ni la harta aku paling berharga =)

ni cerita 2minggu lepas.. mak aku baru habis puasa 6. dia ada cakap nak buat makan2 a.k.a open house kat rumah. aku pun on jer la sebab aku memang teringin nak makan mi rebus johor. mi rebus johor kan leceh sikit nak buat. kalau buat untuk makan berdua je dengan mak aku, memang malas sikt la. so, bila mak dah plan nak buat open house, aku pun terus ~ok menu utama mi rebus~~ dan2 je kan..

ok pasal mi rebus kita cerita lain kali la.. sila tengok title entri yer. suka tersasar aku nih.

pada suatu hari(ayat buku cerita weiii) , aku balik kerja lebih kurang pukul 6++..masa tu hujan lebat. aku sampai rumah, tengok rumah gelap je.lampu kat ruang tengok tv tu tak on. aku pelik jugak la mane mak aku.hati risau gak sebenarnya. mak aku kan tinggal sorang..

then, bila g dapur, agak terkejut la. mak aku tengah kacau dodol sorang. MANUAL okeyy.. takde machine2 macam zaman sekarang. mak aku umur 62 tahu. tapi mampu lagi kacau dodol sorang2. memang tabik spring la kannnn

kalau sape2 yang pernah makan dodol mak aku buat, memang akan siang terbayang malam merindu. ade jiran-jiran aku yang datang raya kat rumah, mesti tanya buat dodol ke tak. datang bukan niat nak mintak maaf ke hape. tapi nak makan jer..ehhh macam cakap dekat diri sendiri jer..haha

kalau korang tak caye, meh aku bagi bukti siap..

aku post ni kat fb aku(sampai sekarang aku hanya ada fb.takde twitter. kesian kan aku.takutkan perubahan..huhu)

dan tengok la komen budak 2 orang nih.
aida n ifa ni geng karib aku time diploma dulu. setiap kali lepas raya, memang wajib aku bawak dodol kat diorang. ifa a.k.a fasihah mansor kat atas tu, pernah ikut aku balik kampung then suroh mak aku buat dodol. tapi masa tu kitorang kacau la.berpeluhhh koo. kacau beramai-ramai pun dah macam semput gitu, apetah lagi nak kacau sorang-sorang macam mak aku..boleh bayang tak??taknak bayang pun xpe..huhu

korang nak resepi dodol superb mak aku??nanti aku try tanya..kalau tanya aku, memang tak dapekk la..yang aku tau bahan dia tepung, santan,gula. dah tu je. tepung ape tak tahu. santan nak banyak mana tak tahu. gula nak gula merah ke, putih ke, melaka ke, pahang ke, aku tak tahu. kang aku pandai2 bagi resepi, korang buat jadi asyura kang camane???huahuahua



No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers