Wednesday, 21 September 2011

Kerja



Mood berblog tinggal sipi-sipi je dah ni..nak taip entri baru,malas.. nak jenguk blog2 orang lain pun macam dah berkureng..pesal ntah.. padahal online hampir 24jam..kesian pulak tengok blog sendiri cenggini...

Tak pernah lagi cerita apa kerja aku sekarang kan.. after habis stadi bln 12 tahun lepas, hati ni memang pikir nak lepak-lepak kat rumah je dulu.. hati sangat la berat nak cari kerja. sebabnya satu je..sebab kesian nak tinggal MAK. sejak apak aku meninggal 2006, mak tinggal ngan adik bongsu aku.masa tu dia sekolah lagi. kebetulan time aku habis study, adik aku pulak dapat uitm. so, kalau aku kerja luar,memang konfem la mak aku tinggal sorang.weekend memang la ada je kakak2 aku balik.tapi, weekdays, kesian la kat mak aku tinggal sorang.kalau mak aku umur 40, aku takde la risau. ni, mak aku dah umur 60lbh.

kebetulan pulak, kakak aku macam plan2 nak start bisnes. ada modal tapi dia tak pandai sangat bisnes. aku ni boleh la sikit2.memang minat bisnes. so, modal dia + idea aku, start la kitorang plan dari awal..kebetulan dapat kedai yang tak jauh dari rumah..means aku akan jaga kedai siang, then malam mak aku ada teman kat rumah. so, xde la risau sangat..

dalam bulan 3, kitorang dah dapat kedai.dah start beli barang.fully bukak kedai bulan 4..
dari sini, start la aku jadi pekerja kat kedai kakak aku.kakak aku memang tak dudok kat sini. sekali sekala dia ade la balik jenguk kedai. sekarang, ada la sorag pekerja yang bantu kat kedai..

selain bukak kedai ni, ada la jugak aku buat online kat facebook n blog. tapi blog aku macam hidup segan mati tak mahu sebab aku malas..huhu..yang banyak berhubung pun kat fb je.dh la bebel.jom tengok gambar la pulak

semua gambar masa barang baru sampai n kedai belum beroperasi.. nak tengok yang dah beroperasi, meh datang kedai aku meh..aku bagi diskaun baik punyerrrr(trademark shuib sepah a.k.a dafi)

aku tak paham kenapa mende alah biru tu masuk dlm gambar






chipsmore tu tak jual eh..sekadar hiasan.eh hiasan ke? x la.sebagai makanan di kala lapar..uhuk2

sape ada telur,meh beli bunga..erkkk macam lucah pulak statement aku..haha

korang boleh agak tak aku bukak kedai apa??


ok..dh tau?ini la tempat kerja aku hari2..

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers