Tuesday, 25 October 2011

Wordless Wednesday


paparazi mamarazi sekalian sila jangan kejar saya..bai..


bajet artis je ko kan..hahaha

Friday, 14 October 2011

Cermin Diri Boleyy

cilok dari majalah MAstika

seorang pemuda bertemu seorang ustaz untuk minta nasihat.......

Pemuda : Ustaz, kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh. sampai sekarang saya belum ada kekasih.

Ustaz : Perempuan macammana yang kamu idamkan?

Pemuda : saya mahu yang cantik,tinggi,kurus,kulit putih, dan mencintai saya sepenuh hati.

Ustaz : oh, kalau begitu kamu harus ikut petua 3B..pertama ialah BERUSAHA.

Pemuda : sudah berusaha ustaz.merata tempat saya pergi cari perempuan.tapi....letih je.sorang pun tak dapat.

Ustaz : kalau begitu kamu buat B yang kedua.BERDOA dan berpuasa.

Pemuda : itu pun saya dah buat ustaz. lepas sembahyang saya akan berdoa.setiap hari isnin dan khamis pula saya akan berpuasa.

Ustaz : kalau itu pun kamu dah buat, kamu sangat perlukan B yang ketiga.
Pemuda : apa dia ustaz?

Ustaz : Err kamu perlu BERCERMIN DIRI......

hakhak..kejam gila kan ustaz ni...ayat makan dalam nih.. Moral of de stori, jangan la mengharap kan sesuatu yang terlalu sempurna. siap letak syarat nak yang cantikputihmelepak bagai.kalau dapat,untung laaa..kalau tak dapat, ternganga la ko dok umah sorang2.bujang sampai ketua...

sekadar gambar hiasan.takde kena mengena dengan cerita.sekian terima kasih..opsssss

Thursday, 13 October 2011

Congrate Incik Mat Kool!!

Kejadian berlaku 9.10.11...
Incik Mat Kool di hari kejadian

tempat kejadian : PICC Putrajaya


dah dapat degree secara rasmi + dah kerja secara rasmi, maka dah boleh kahwin secara rasmi...ehhhh ~~terjadi timba lak.perigi tak ajak kawin, ko pulak yang melebih..hakhak~~

apesal macam macho pulak dlm gambar ni..biasa takde la macho pun..mungkin sebab bunga tersebut..ampunnnn ;p

tumpang excited + tumpang menyibuk di hari kejadian. dengan harapan incik mat kool datang la jugak menyibuk konvo aku 31okt nanti. tapi harapan tinggal harapan. kenapa la konvo hari isnin. Incik Mat Kool tak dapat pegi la nampaknya sebab kerja. orite la..nak jadi bakal isteri kena memahami.auwwwww....tapi dah janji nak spend weekend togeder-geder n nak bagi bunga in advance 3bouquet kan~~eh 1 je sebenarnye.3 tu aku mimpi je malam tadi.huhu~~


ucapan untuk incik mat kool,
TAHNIAH sebab dah tercapai pun cita-cita nak ada degree.....
TAHNIAH sebab dah membanggakan ibu bapa kamu.....
TAHNIAH sebab dah dapat kerja yang best.....
TAHNIAH sebab dapat awek yang baik hati sudi teman kamu berkonvo..ehhh ni perlu ke?macam puji diri sendiri pulak..haha..ok bai.undur diri dulu la..malu pulak tetiba kena puji..uhuk uhuk

Monday, 26 September 2011

Ais Krim Magnum

Memang cari pasal la aiskrim ni. time-time aku nak menghabiskan sisa-sisa puasa 6 yang lagi 2hari ni, memang cari nahas betul la..dah la syawal memang tinggal 2 hari je lagi.kalau terbatal puasa aku hari ni, memang takde la puasa 6 tahun ni..memang aku salahkan aiskrim ni 100%~nasib dah petang..~kuatkan iman~kuatkan iman~~
tengok iklan aiskrim ni aku paling sakit hati..tengok ppuan tu tengak syok giler layang aiskrim.tengok pulak malam-malam buta. memang sakit hati la..kalau siang hari tu boleh la jugak aku g beli, ni malam2. kampung aku ni dh la banyak sangat kedai bukak 24jam~tangan ke dada mata ke atas~~

hadoiii seksa jiwa.tambah yg ade almond tu..perghhhh..puasa weii puasa..sedar diri sikit.

p/s : psiko ppuan ni dok dendam dengan objek tak boleh bercakap..kesiannn....ok la.bai...

Resepi Tart Kumbang

SEPERTI DIJANJIKAN...uhuk-uhuk..terbatuk-batuk pulak nak bagi resepi..bajet masterchef je kann..pedulik..

meh ramai-ramai belajar buat tart kumbang a.k.a tart custard beranggur...wah name nak glamer je kan..beranggur bagai..haha

ape2 hal, bagi layan cuci mata dulu..sambil2 telan air liur.gulppp..macam kumbang kan?ke aku je yang perasaan macam tu.. ergggghhhh

RESEPI PASTRI ~~aku ambik dari myresepi je..

bahan-bahan
1. tepung gandum~240g
2. telur~1biji
3. buttercup~setengah buku
4. gula ising~50g

cara-cara
1. pukul butter n gula sampai kembang~better dengan mixer.kalau dengan tangan, aku takut butter tak kembang, tapi tangan ko yang kembang dulu..
2. masukkan telur, pukul lagi
3. masukkan tepung, gaul sampai jadi doh.~ni takyah guna mixer.tangan pun boleyyy
4. masuk dalam acuan tart, cucuk2 sikit dengan garpu.
5. bakar 180c dalam 15minit~ni bergantung pada oven korang. pandai-pandai la bajet sendiri

RESEPI CUSTARD

bahan - bahan
1. tepung custard - 2sudu besar
2. gula - 4 sudu besar
3. susu cair - setengah tin
4. telur - 1 biji

cara-cara
1. campak je semua bahan dalam kuali~jangan hidup api dulu.kacau bagi sebati,baru on api. jangan api kuat.kang custard tak masak
2. kacau sampai pekat~agak2 sedap dimakan
3. masukkan dalam pastri yang dah bakar tadi

RESEPI ANGGUR ~erkk anggur pun ada resepi ke?hover ko

bahan-bahan
1. segerombolan anggur~segerombolan???mampus cikgu zuliha marah.~cikgu zuliha tu cikgu BM aku masa sekolah. dia la yang ajar aku sampai aku dapat A masa SPM..eh eh banyak pulak cerita dia. macam ada orang tanya je kan...

cara-cara
1. potong anggur 2 bahagian
2. potong lagi 2~tapi jangan putus
3. kangkangkan anggur n letak atas custard~ aku tak tau apa perkataan yang lebih sesuai selain kangkang tu..maap la yer..terkasar bahasa pulak disitu...huahua..


fuh selamat abis taip 1 entri..selamat berjumpa di lain siaran...ehhh pehal pulak syok sendiri ni..auwwww
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers