Tuesday 9 November 2010

jawatan kosong

sekarang ni selalu jugak dok tengok2 jawatan kosong kat intenet. dah nak habis stadi kan. harus la dah stat berusaha gigih segigih gigihnya untuk cari keje, untuk kumpul duit, untuk kumpul harta, untuk KAWIN juga untuk kumpul anak selepas itu..**wink**

tapi perasan tak sekarang ni kalau ada jawatan kosong, kalau kat syarat2 permohonan tu, kat bawah selalu ada *keutamaan diberikan kepada anak negeri...........*. kalau jawatan tu dekat selangor, keutamaan kat anak selangor. kalau jawatan tu kt johor, keutamaan kat anak johor. abis aku yang lahir kat pahang ni memang terus DOWN la. pahang tak banyak la wei peluang. try la korang cari jawatan kosong, bape kerat je pun yang kat pahang.

pernah sekali aku nak apply 1 jawatan kosong ni. dah baca syarat2 suma memang cukup la dengan kelayakan yang aku ada. siap print borang bagaiiii. dah siap isi hokey. tapi part last tu nak penjamin ke hape ntah.cmtu la lebih kurang. xde masalah pun kalau nak mende alah tu tapi kat situ tulis nak penjamin tu ialah staf kolej tu sendiri.. memang nampak sangat la dia nak KAUM KERABAT die je kan yang keje kat situ. perlu ke wei syarat camtu?????

contoh terdekat, tengok je la kat u aku ni haaa.. kalau tanya staf tu dari mana, kebanyakan nya dari parit king ni ha jugakk. kalau tak pun dari bp. kalau tak pun dari air hitam. kalau tak pun dari jb. semua tu dari negeri mana??? lu pikir la sendiri..

memang la orang kata apa2 hal cuba dulu.. bila tengok je syarat tu,aku menyampah.aku tak suka syarat tu. buat aku DOWN dan terus jadi tak semangat nak apply.

sekarang ni nak keje, kene main kabel je kannnn.. kalau ade kabel, dan2 je la dapat keje yang memang jadi citacita dari kecik dulu. kalau yang takde kabel macam aku ni, terpaksa la tukar citaCita 10 kali. last2 dapat keje lain dari citaCita jugak kottt


p/s:nape emo semacam je minah ni ek??PMS lambat lagi rasenye..hurmmm.pikir2 kan. selamat beramallll...

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers