Tuesday, 2 November 2010

jimmy shanley kaya, suhaila kaya, majlis kawin pun memang KAYA la kan

cerita jimmy nih kawin macam dah basi pun tapi nak gak hebohHeboh lepas baca majalah semalam. memang dah tau dia kawin tapi tak tau pulak pasal limosin chrysler tu. so, semalam bila tengok rasa macam termenung sekejap. gilerr besss.. ke korang dah lama tau??mungkin saya sorang je yang lambat.

bapak suhaila a.k.a bapak mertua jimmy shanley ni, siap beli seketul limosin chrysler semataMata untuk perkahwinan anak dia. semataMata untuk bawak pengantin ke KLCC. kate orang kaya kawin dengan orang kaya kan. harus lah naik limosin takkan naik beca kan..

nah tatap la dulu pengantin comel nih. suhaila ni boleh tahan cantik. tapi bila dok sebelah jimmy nampak tua la pulak sebab jimmy muka sangat budak sekolah. comel gituww..

ni la rupa dalam limosin yang dibeli khas untuk perkahwinan diorang. GEMPAK kannnn...

tapi limosin chrysler ni bukan hadiah perkahwinan tahu?? hadiah perkahwinan part lain weii. mak dia siap tanya nak hadiah apa. korang tau suhaila mintak hape? "skyline GTR35". dannnnnnn mak dia jawab "akan tunaikan apa yang anak dia nak". (tetiba rasa nak call mak dan mintak perkara yang sama. tapi jangan terkejot kalau jawapannya totally tak sama dengan mak suhaila bagi. tapi hanya dapat tamparan maut mungkin..hadoiii)

misi mencari dato' bermula!!semoga dapat kawin kat KLCC..DEBUSSSHHH kene simbah ngan air sebaldi bagi sedar diri..haha

1 comment:

  1. Hehe, re zeki diorg tue.. (tp dlm hati jeles nih..huhu :(

    ReplyDelete