Thursday, 8 December 2011

Review Hantaran : From my side

Disebabkan tema majlis pertunangan aku ialah turquoise + purple, so sama la jugak dengan hantaran. mula-mula nak pilih tema ni, macam pelik jugak. jarang orang buat color ni, so konfem akan dapat banyak kritikan. tapi, aku kan jenis konfiden lebey..haha..fedulik apa orang kata, yang penting aku suka.hati aku puas..hahaha~evil laugh~~

ok jom2 review hantaran from my side untuk Incik Mat Kool >>>>>>>>

1) KEK. sila ke LINK ini kalau nak tahu info pasal kek ni.

2) Kain Pasang untuk baju nikah. still thinking nak tempah baju nikah kat mana.any suggestion??

3) Purse

4) Buah - selekeh tak tanggal sticker kat buah tu..aishhh..


5) Kemeja
Incik mat Kool dah lama usha kemeja quiksilver ni sebab kainnya sangat lembut. 1st time kitorang tengok hujung bulan 5, harga rm250 macam tu kot. tapi tak beli. then, bulan 10 hari tu jalan2 kat alamanda. harga kemeja ni dah jadi 199 dan yang lagi bes kalau beli 2nd item hanya bayar rm11. means dah boleh dapat 2 kemeja dengan harga rm210..berbaloi la kan. at least boleh tukar-tukar baju kerja.. kalau tak, nak dapat 2kemeja dah 4ratus. memang senyum sampai telinga la incik mat kool..huhu..


6) Tafsir Al-Quran

7) Sejadah dan Kain Pelekat eh ke Kain Pelikat..ape2 je la..;)
paling selekeh sekali kottt.. ini je satu-satunya cara nak bagi muat masuk balang tu.. kalau korang perasan, balang kaca untuk sejadah dan al-quran je yang lain. balang lain tu mulut kecik. tak boleh nak masuk al-quran n sejadah.

8) Coklat~ Hershey + Cadbury

9) Sirih Junjung

kenapa ada gambar gelap, ada gambar cerah amat?? sebabbbb kamera lain-lain..ngeheeee..

1 comment:

  1. salam.. nk tanye.. kt mne boleh dpt balang kaca tu.. penat cari tp x jumpe.. sedih........

    ReplyDelete