Tuesday 6 December 2011

Review Pelamin Tunang : Bunga Tisu

Bunga tisu memang meletopss sekarang kann.. kalau rasa nak jimat kos macam aku, memang sesuai la sangatt.. aku pun tak ingat belaja buat bunga tisu ni kat mana. so, sori la tak boleh nak link.. yang biasa tengok, orang buat kecik2 dan comel2 je kan. tapi sebab aku punya bunga tisu ni nk letak kat pelamin, maka haruslah buat yang gedabak~~sebenarnya malas nk buat kecik2 sebab dah takde mase.malam majlis baru setel semua..huhu..

tisu yang purple aku guna tisu ikea. rm11.90/50pcs..tisu biru guna yang macam kat atas ni je. tapi tisu ni lembut sangat la.cepat koyak..better beli yang dekat ikea.walaupun harga mahal sikit, tapi ada banyak lapis.


ni bunga yang dah siap..sori la tak sempat nak ambik gambar step by step. tunjuk yang dah siap pun ok la kan..cer korang taip kat google cara buat bunga tisu. konfem boleh jumpa. blog aku kan tak berapa nak berguna.. so, jangan mengharapkan sesuatu yang luar biasa dari blog ni..haha.. eh lupa bagitahu. bunga ni aku buat 4lapis. 2lapis biru,2lapis purple. tapi letak selang seli..baru jadi macam tu..

aku buat 24pcs bunga tisu campur biru purple macam kat atas ni, dan 14pcs bunga tisu purple sahaja. gigih okey memintal menda alah ni. perangai burok aku, tak boleh buat menda yang sama dalam waktu yang lama. aku boleh buat 5perkara dalam satu hari tapi kelima-lima tu tak siap sepenuhnya. semuanya sekerat jalan.. maka, nak siapkan bunga tisu ni, paham-paham je la berapa lama aku ambil masa. buat sekuntum,stop.buat sekuntum,stop.dah tu bla boleh siap??memang malam majlis la hegeh-hegeh setelkan semua.

ni yang dah siap gubah kat stand. actually takde la gubah sangat pun. juz letak2 tampal2 je. janji ada rupa bouquet.pun boleyyy...

sila lihat kiri dan kanan pelamin. itu la hasil tangan ni memintal2. fuhhh lega boleh dapat hasil. kalau tak, melopong je la tepi tu takde bunga.ngeh2... eh lg 1, yang ikat langsir tu pun bunga tisu tau..

p/s : kemon la buat bunga tisu beramai-ramai..serius jimat kos.cantik pulak tu sebab bila kembangkan, memang gedabak la bunga tisu ni. so, bila nak gubah tu, juz letak2 je dah okey sebab dah semulajadi kembang..ececeh semulajadi la sangatttt..padahal ko yang kembangkan..hakhak

1 comment:

  1. wowee!!! siyes kretif! cantik lak tu hasilnyeee!! :)

    ReplyDelete

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers