Friday 23 April 2010

mari belajar bahasa

xle blah title entri. kalah cikgu bm. haha. hari ni bukan nak jadi cikgu atau bukan nak tunjuk pandai. hanya nak berkongsi ilmu. ececeh. macam la banyak sangat ilmu.

rakyat2 jelata sekalian pernah tak dengar perkataan palindrome? selalu dengar? tipuuu..

entah2 semua orang dah tau pasal ni. saya je dok terheges2 nak inform pada rakyat jelata. tu pun sebab tengok rancangan "are u smarter than a 5th grader" 2 3 hari lepas. kalau tak sampai tua la saya tak tau apa tu perkataan palindrome. sungguh kesian.......

PALINDROME ni bukan virus baru yang baru merebak tau. tapi perkataan palindrome merupakan 1 perkataan yang apabila di terbalikkan akan menjadi perkataan yang serupa. ehem2. ada gaya cikgu bm tak??? langsung x!!!

tak paham apa yang saya cuba sampaikan? meh nak bagi contoh termudah dan terkawal. terkawal ape pulak ni??dah2 ngarot. tengok je contoh perkataan PALINDROME ni.

KATAK
RACECAR
KACAK
MOM
MAKAM
KAPAK
MALAM

cuba anda2 semua terbalikkan semua perkataan kat atas tu. ape yang jadi? kalau malas nak terbalikkan, pegi ambik cermin sambil mengadap perkataan ni. yeah cadangan tak bernas. ngeeee

ok. tamat sahaja pembelajaran bahasa kita pada hari ini. haha. skema giler ayat.

pada rakyat jelata yang dah tau pasal palindrome ni, tolong la buat2 teruja walaupun hanya sekadar lakonan untuk memberi sokongan kepada saya yang baru tau ni.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers