Thursday 29 April 2010

penyakit..kenapa mau datang di saat2 genting sebegini??

petang tadi pegi jumpa penyelia kesayangan.kesayangan ker???harus lah..kate nk dapat markah lebih.tettttt

turun je bas td, elok pulak hujan turun mencurah2. tapi demi niat suci lagi murni(ecehh..macam minyak masak lak) nak jumpe penyelia, bantai je redah hujan walaupun kelihatan sangat hodoh dan selekeh selepas itu sebab air hujan telah mencairkan bedak segala bagai. yang tinggal hanya muka bangun tido tanpa bedak dan mata lebam sebab tak cukup tido. memang sangat selekeh okeyy

masuk bilk penyelia pulak, elok pulak kene ekon yang kuat.perghhh..memang bertambah2 la masalah.

dan akibatnya...

malam ni sakit kepala menyerang...

saat2 memerlukan kesihatan yang super duper terbaik untuk menyiapkan tesis ni, boleh pulak sakit kepala macam ni..hadoiyai..

besnye kalau ada orang nak picit kepala malam2 ni. ermm..tiba2 rasa nak kawin dan cari suami misali yang boleh picit kepala di saat susah2 begini... ecehhh ayat gedik gila okeyy.. sudah2..pegi siapkan tesis sebelum nak kawin.. padan muka!!kan dah kene sound dengan diri sendiri!!

Tuesday 27 April 2010

sambungan

sambungan dari entri smlm.ecehh siap ada sambungan. ingat telenovela ke ape. ok2. back to the topic, pasal polliwog kn semalam? orang yang terbaca entri tu mesti dah menggoogle awal2 kan. tp takpe.nak cerita jugak
haa..ni la polliwog. kenal tak? kalau tak kenal, meh nak tunjuk mak dia. kalau tunjuk mak die, konfem 1 dunia tau.
ni la mak polliwog. gambar diambil ketika mak polliwog baru mendapat berita daripada doktor sakit puan yang dia mengandung 3minggu3hari lalu membuat suprise untuk bapak polliwog. sebab tu die pegang board tu. sambil menjerit "papa, mama mengandung anak papa. yeyay kita akan dapat polliwog tak lame lagi" mengarot punye cerita!!!
ni la polliwog hasil perkahwinan mak dan ayah dia. ngeee.... ingat lagi kecik2 dulu selalu tengok polliwog ramai2 macam ni dalam longkang. pastu dengan banggenye main tangkap2 isi dalam botol, dalam plastik. ape punye budak la.. kalau sekarang ni konfem tak usik dah sebab tau polliwog tu anak katak.eeee.. geli weii..

pesanan penaja : pada sape2 yang tak boleh tangkap lagi ape tu polliwog selepas baca entri berjela2 kat atas tu, POLLIWOG=BERUDU. ok?puas hati?

Monday 26 April 2010

polliwog

pernah dengar polliwog??
tau ape itu polliwog??
kalau x tau, g taip kat google..
kalau nak tunggu saya cerita, tunggu esok hari.
sekarang dah tak larat menulis dah. mata dah bagi signal suro tido.bye.

Saturday 24 April 2010

laksa penang pleasee

kredit to LaKsA LoVeR's Club for de picture

gulpp..telan air liur sepuluh kali berturut2 tengok gambar laksa. teringin sangat nak makan laksa penang buatan sendiri. xnak made in kedai or pasar malam.

masalahnya sekarang, takde sape nak pegi beli ikan. untuk 3 4 hari ni tinggal sorang kat rumah. so, masak je ape yang ada kat dalam peti. yang pasti dalam peti takde ikan untuk buat laksa. sedeyhhh.. kenapa la rumah ni takde kucing. kalau tak, dah lame suro g curi ikan rumah sebelah. haha jahat giler tuan kucing macamni.

hadoiii..(tetiba kepala terantuk kat kepala katil. sakit dowh)

ok2..sambung semula cerita laksa. mase diploma dulu, setiap kali balik kg, perkara wajib akan buat laksa. tapi laksa penang je. kalau laksa lain tu, kureng sikit la.. kalau dapat makan laksa, tak makan nasik sebulan pun takpe. tapi sekarang dah jarang buat. tu yang tetiba rase teringin giler sampaikan bila sebut perkataan laksa je, dah telan air liur 10kali berturut2.. ehehehhh

pastu, dulu geng kacip dengan ifa. ifa orang utara. so, memang geng sekepale la kalau bab2 makan lakse ni. kalau bulan puasa ade pakcik jual lakse kat bazar yang periuk die besar gler.. ktorang konfem beli hampir setiap hari. bayangkan la dalam 30hari puasa tu, selang sehari akan beli laksa. takpun, xde selang langsung. dasyat kn?

ifa ajar kalau nak sedap makan lakse tu, tambah kicap. so, memang stok kicap sentiasa ada la kat hostel. tambah lagi kalau lakse tu pedas gler pastu tambah limau kasturi banyak2 bagi masam, pastu tambah kicap secukup rase. perghhh memang mantop la wei..

boleh tak nak stop sini jer. dah tertelan2 air liur banyak kali dah ni.. mintak2 la esok bangun tidor ade ikan dalam peti(kalau ade betul mati terkejot aku)

Friday 23 April 2010

mari belajar bahasa

xle blah title entri. kalah cikgu bm. haha. hari ni bukan nak jadi cikgu atau bukan nak tunjuk pandai. hanya nak berkongsi ilmu. ececeh. macam la banyak sangat ilmu.

rakyat2 jelata sekalian pernah tak dengar perkataan palindrome? selalu dengar? tipuuu..

entah2 semua orang dah tau pasal ni. saya je dok terheges2 nak inform pada rakyat jelata. tu pun sebab tengok rancangan "are u smarter than a 5th grader" 2 3 hari lepas. kalau tak sampai tua la saya tak tau apa tu perkataan palindrome. sungguh kesian.......

PALINDROME ni bukan virus baru yang baru merebak tau. tapi perkataan palindrome merupakan 1 perkataan yang apabila di terbalikkan akan menjadi perkataan yang serupa. ehem2. ada gaya cikgu bm tak??? langsung x!!!

tak paham apa yang saya cuba sampaikan? meh nak bagi contoh termudah dan terkawal. terkawal ape pulak ni??dah2 ngarot. tengok je contoh perkataan PALINDROME ni.

KATAK
RACECAR
KACAK
MOM
MAKAM
KAPAK
MALAM

cuba anda2 semua terbalikkan semua perkataan kat atas tu. ape yang jadi? kalau malas nak terbalikkan, pegi ambik cermin sambil mengadap perkataan ni. yeah cadangan tak bernas. ngeeee

ok. tamat sahaja pembelajaran bahasa kita pada hari ini. haha. skema giler ayat.

pada rakyat jelata yang dah tau pasal palindrome ni, tolong la buat2 teruja walaupun hanya sekadar lakonan untuk memberi sokongan kepada saya yang baru tau ni.

Wednesday 21 April 2010

BINATANG SESAT

semalam bangun pukul 6.30 a.m untuk jadi jam loceng for someone. elok je letak fon dekat telinga kanan untuk call, tetiba ada binatang ape ntah masuk dalam telinga kiri.

kebarangkalian paling tinggi mungkin nyamuk. ke lalat. ke binatang kecik2 yang terbang tu. yang pasti dia ada kepak ke sayap kot. sebab dia dok kibas2 sayap dia dalam telinga. ke rama-rama?? haha tipu..takkan la rama2. tapi sakit okeyyyy

saya korek2 tapi tak berhasil pun. makin kuat dia berterbangan dalam telinga adalah. pastu masukkan la air dalam telinga. bukan masukkan terus. pas masukkan tu keluarkan la air tu laju2..

ada la dalam 3kali buat macam tu. tapi macam tak berhasil jugak. so, malas nak layan. terus baring semula tarik selimut. mula2 tu ade la lg bunyi tp dalam 2 3minit tu, terus senyap.

maknanya binatang tu dah keluar ke atau dh mati dalam telinga ni ek?? konfius2.. kalau mayat dia ada lagi dalam telinga ni cmane ek? tapi so far takde sakit pun. harap2 tak jadi pape la. insyaAllah..

Tuesday 20 April 2010

PSM OHHH PSM..

sampai bila nak menyeksa saya wahai PSM. seksa jiwa dan raga.. hadoiiiii

cmane nk jadi programmer kalau sistem seciput ni pun dh pening ya amat. PSM OH PSM.. (merah tandanya kamu sangat bahaya bagi diri saya) kenapa la kamu buat saya bingung dan bengong.

bila bingung dan bengong datang sekaligus maknanya saya akan menjadi tidak keruan.

bila saya tidak keruan maka terhasil la entri yang tidak memberi makna apa kepada semua umat manusia.

bila terhasilnya entri sebegini rupa maka tak perlu la kamu, kamu dan kamu baca dan terus membaca.

jika kamu terus membaca maka kamu juga akan bengang dengan saya. sekian terima kasih

Saturday 17 April 2010

MIMPI MAINAN TIDUR & MAINAN JIWA

malam tadi tengah asyik masyuk tido tiba2 termimpi ular hijau yang sangat banyak..apekah?
orang2 tua cakap.........orang2 tua cakap..ermmm..malu la..

orang2 tua cakap, kalau mimpi ular maknanya ada orang nak datang meminang..ehem2..orang2 tua yang cakap tau.bukan saya..GEDIK!!!

betul ke wei??macam tipu je kn...boleh tak nak tepon mak tanya ada orang datang umah tak hari ni..haha..gelojoh gila minah sekor ni.. anak sapa la ni............

tapi macam takot je mimpi malam tadi. memang banyak tak terkira la ular tu. dekat sepanjang jalan ade pokok. pastu kat setiap pokok tu ada 5 6 ekor ular..eeee.. geli betul. pastu siap ade orang paksa2 saya pegang ular tu.. ape kejadahnya nak paksa2 orang.. dah orang geli geleman nak paksa2 lagi..

end of de mimpi..ermmm.. kat ujung jalan ade sorang mamat ni pegang ular n jerit2 suroh ambik ular tu. betul wei..sumpah tak tipu.. identiti mamat tersebut terpaksa dirahsiakan. fahrin ahmad mungkin..hahaha perasantan.. sebenarnya saya tak ingat la sape laki tu..

sudah2 la tu memikir.. mimpi tu mainan tido je.. tapi bila dah mimpi ular, dh jadi mainan jiwa lak ni. ape kes..

ular dalam mimpi tu, macam ni la rupe dia. hijau menawan lagi. ni gambar masa g zoo melaka 2 tahun lepas. penat dok godek external hd cari gambar ular ni. semuanya sebab mimpi malam tadi..

p/s: incik ular, malam ni datang dalam mimpi saya lagi boleh? kangen bangat sama kamu..~~~lalalala~~~

Sunday 11 April 2010

BERBOWLING DI PACIFIC BOWL

ahad hari berpoye-poye. pegi main bowling dengan kakak n abg ipar. diorg yg ajak. layan kn aje.. mls nk ckp byk la. cite kt gambar je boleh la kn..

ni la pacific bowl ketika masih suci sebelum di main kan oleh saya.. eeee..pehal teruk sangat bunyi ayat ni. isu betul ayat ni.. tukar2.. bagi ayat skema sikit la. ehem2.. ini la keadaan pacific bowl ketika saya baru sampai. tak ramai orang.. ni lane kami. no 19 dan 20. ececehhh.. lebih baik tak ayat ni?? baru la menggambarkan bahasa jiwa bangsa. citttpooodahh..

yeahhh.. ni gambar wajib sebelum start game. harus la buat muka juara walaupun keputusannya tak seindah senyuman yang ada sebelum mula..meh tengok keputusannya. suspennye nak tunjuk pada orang ramai kehandalan saya mencuci longkang.. tadaaaaa...
v
v
v
v
martengok la kehebatannya. gelak la kalau korang nak gelak. REDHAA.. saya yang tengah tu. skrin ni papar nama tak nampak. ntah pape la. skrin baru pleasee..hehe.. ni result 2nd round. yang 1st round tak sempat nak snap sebab terlampau teruja hanya mendapat 68 jatuhan pin. hebat bukan mencuci longkang??? tapi mungkin boleh dimaafkan sebab dah 3 tahun kot tak main boling. alasan!!! bagitau je la satu dunia yang ko tak pandai main. kn lebih baik.~lalala~~~

Friday 9 April 2010

OPPI SUDAH MANDI DAN SUDAH WANGIIII

hari ni dengan rajinnya dah mandikan OPPI kesayangan saya. bukan susah pun nak mandikan dia. masuk je dalam washing manchine yang hanya muat dia sekor je. ko gemuk OPPI. macam tuan ko. sebab tu muat ko sekor je.. hikhik..

dah siap basuh, mesti la jemur bagi bulu2 ko berkilat ye oppi.. tengok oppi dok tergantung macam ni, nampak seksi tak??~~lalalalala~~~
dah kering baru boleh landing baekkkk punyer atas katil. pas mandi ko nak pakai pampers ke oppi dok terkangkang macam tu??? tutup la sikit. tak malu betul. jangan malukan tuan ko depan orang ramai ye oppi.. heeeee
hari ni boleh tidor dengan OPPI yang wangi. jangan jeless..ecehh ade ke yg jeles?tak logik jeles ngan katak!!incik mat kool jeles mungkin..huhu.. takde lagi OPPI yang busuk macam kambing. kambing ke katak ko ni?? kekeliruan identiti pulak.. hikhik..

Thursday 8 April 2010

SIAPA ADA JUAL PIL???

saya memerlukan pil RAJIN dan pil KONSENTRASI.. siapa ada jual, sila hubungi saya secepat mungkin. malas makin menjadi-jadi.. maka kerja susah nak setel..PSm susah nk siap. repot susah nak bereh.. huwaaaaa

Wednesday 7 April 2010

SI RAFIQIN DARWISY MULOT TAKDE INSURAN

bukak facebook tadi ade tengok group 'Kami Benci RAFIQIN DARWISY mengutuk kematian DIN BERAMBOI !!' mula2 macam pelik gak.sape die ni?tiba2 lak orang benci dia. tapi bila dh view ape yang dia komen kat wall fb dia, aku pun ape lagi. terus klik button join. ko memang layak dibenci kot..

si rafiqin ni budak skolah lagi kot. tak berapa matang mungkin. sebab tu terjadi benda2 mcm ni. pesanan untuk rafuckin eh silap rafiqin..

'DIK,KAMI SEMUA TAHU TU PAGE KAMU. KAMU BOLEH BUAT APA2 PUN IKUT SUKA HATI. TAPI TOLONG LA ALERT DENGAN SENSITIVITI ORANG KITA. KE KAMU FIKIR NAK GLAMER JE DIKK??KAMU DAPAT BAYANGKAN TAK DALAM 20 30 TAHUN LAGI KAMU DAH ADA ANAK BINI DAN SAMPAI AJAL KAMU. TU PUN KALAU 20 30 TAHUN LG LA. TAK TAU LA TIBA2 ESOK LUSA KE KN.. LEPAS TU ADA ORANG POST KAT WALL MACAM NI -->


''""""YEY YEY RAFIQIN DARWISY DAH MATI. KURANG SORANG MANUSIA BERMULOT LONGKANG KAT MALAYSIA NI""""""""


kamu rasa apa perasaan family kamu masa tu? diorang bangga ke?? so, renung2 kan la. lain kali berfikir sebelum bercakap ye dik.. terlajak perahu boleh diundur.terlajak kata memang kena hentam la kamu..

ni antara komen2 yang dia tulis ---->>>>


korang klik la gambar tu kalau korang nak bace jelas lagi. tapi kalau nak bes lagi join la group benci si adik ni..
tapi saya rasa budak ni dah cuak kot.ramai sangat dok cari dia. akaun fbook dia siap kene hack lagi..tak tau la kalau dia dah create akaun baru. dan kat bawah ni dia dah betulkan semula komen dia mybe before akaun dia di hack. saya pun tak sure. bagus la dik kalau kamu dah insaf.. berfikir sebelum bertindak tu lebih baik ye.. sebab mulot badan binasa dik.. so, jadikan ini satu pengajaran.

Tuesday 6 April 2010

STRESS BOLEH AWET MUDA

macam tipu je title entri kali ni. betul ke wei? info ni dapat dari 1 majalah. mula2 baca title macam tu memang tak berapa nak percaya. bape kali gosok2 mate, cubit2 pipi takot salah bace. haha

tapi bace bagi abiss la makcik. stress ni boleh buat awet muda kalau kita pandai handle. maknenye kalau kite stress pastu buat la ape yang patot supaya ilang stress tu dalam jangka masa yang singkat.. macamtu baru la AWET MUDA. tapi kalau kita tak pandai nak kawal dan stress memanjang mungkin akan jadi AWEK GILA.. haisshhh.. mulot makcik ni takde insuran.

EYE BAG


tengok..tengok..teruk nye mate minah atas nih. mata tersebut adalah milik tuan blog. memang teruk betul eyebag. tambah2 lagi mase tengah senyum seindah suria.memang nampak abiss. kutok la kutok la.. saya redhaa jer..

tadi ade bace majalah harmoni. ade pulak cite pasal eyebag ni. ada bagitau punca2,macamane nak kurangkan n macamane nak elakkan. kalau nk review semua yang ada dalam majalah tu, penat la kn. saya mau kongsi tip untuk elakkan eyebag. supaya korang takkan dapat eyebag macam tuan blog nih..

1st--> jangan minum air banyak sebelum tido.. (ermm..patot la mata tuan blog ade eyebag teruk.memg suka minum air banyak tak kira mase)

2nd--> tinggikan posisi kepala masa tidur. (letak la bantal 5 6 lapis macam kuih lapis)

3rd--> jangan guna krim anti kedut. (tak penah guna pun sebab belom berkedot.. haha. ayat tak sedar diri)

4th--> dalam majalah tu tulis 'elakkan comforter berpelepah'. susah betul nak paham mula2 baca. rupe2nye kalau comforter korang tu buat dari bulu, jangan guna. maybe mate korang alergi dengan bulu2 ni. sebab tu boleh jadi eyebag

5th--> kurangkan makanan bergaram tambah2 lagi dinner. nanti tambah2 lak eyebag tu..

tu je info yang ada. pandai2 je saya memberi info. padadal mata sendiri ada eyebag yang besar..eh yang banyak..eh yang tebal..eh yang ape ye sesuai digunakan? yang melampaui batasan kot..boleyyy???

PEMALAS KE??


semua gambar yang diupload dalam blog ni, semuanya x penah diedit. mcm pemalas gila je tuan blog ni kn? lantak la gambar tu terang ke, gelap ke, kabur ke, main tarammm jer. bukan sebab saya tak reti edit gambar okeyy..

kalau saya dah stat edit gambar, saya akan lupa diri. seharian akan ngadap laptop tanpa mandi..erkk..tu pelakuan tak senonoh bukan. sumpah tak tipu.memang penah terjadi. tu alasan sampingan je sebenarnye.

alasan utama yang anda,anda dan anda harus tahu ialah saya MIM ALIP LAM SOD.. MALASSS.. so,redha aje la dengan semua gambar2 yang agak terok.maklom la ambik gambar guna henpon jer..incik mat kool, anniversary tahun ni, slr pleaseee..hamboii demand..ngeeee
(^_^)

ni la henpon kesayangan. adiah dari incik mat kool. dh banyak berjasa oooo henpon ni. rajin melayan tuan dia mensnap gambar diri sendiri. kalau dia boleh cakap mungkin dia pun dah menjerit bosan!!! tengok muka tuan dia tak abis2 senyum sorang2 ambik gambar.

SESI TAYANG MENAYANG

saya sudah berjaya merembat printer baru di pc fair seperti yang digembargemburkn sebelum ni. selepas beli, sesi tayang menayang di blog akan terjadi.. haishhh buroknye perangai. anggap la saya bukan nak tayang.juz nak bagitau.. erkk??boleyyy??



ni printer yang dimaksudkan. elehhhh..printer murah pun lagi mau tayang ke makcik??? memang saje cari printer paling murah.hanya ada 1function je. harga pun rm125 jer. ni semua sebab nak print tesis. lepas print tesis dah tak guna kot. akan di let go kepada adik mungkin. kate kakak penyanyang.harus la berbuat demikian. kn?kn? ni pulak TERBELI kt pc fair yang sama. tak rancang pun nak beli.maksudnya TERBELI la kn? -PROTECTIVE HD. dah lame beli external hardisk tapi baru sekarang la nak protect bagai. 10 hengget je. hijau lagi..yg pink tu kotak die jer..maknanye saya telah menghabiskan rm135. tapi due2 barang ni berguna..tak dikira membazir kn?kn?

Monday 5 April 2010

CIK SOM.....bong

sabtu lepas berlepas(ececeh..mcm naik flight pulak.padahal naik bas jer) ke jb untuk pegi pc fair(dating sebenarnya). next entry la story mory pasal kat jb. now nak story mase dalam bas apa yang jadi.

tak ramai passanger pun hari tu. dalam 1 bas hanya ada 6 org je.pagi lg mybe takde orang. nak dijadikan cerita, ade la amoi ke nyonya dudok kat kerusi sebelah. saya ni tiba2 rasa nak jadi peramah. tanya la dia 1 soalan. malas nak cerita apa soalannya.

dia jawab soalan tu tapi muka dia pergggghhhh.. memang menyakitkan hati. sangat masam mencuka dan tambah lak jelingan maut. haisshhh..saya pernah kenal dia ke sebelum ni sampaikan dia macam benci giler kat muke nih.. haishhh.. ape masalah ko haaaa???aku ade kacau boipren ko ke?ke aku ade terngorat bapak tiri ko??ke aku ade tercuri duit ko sejuta??hahh??

kalau orang macam ko wahai CIK SOMbong, tiba2 hilang semangat 1 malaysia aku.ko tau???meh nak promot sikit CIK SOM tu..
V
V
V
V


ni la CIK SOMbong tersebut.bukan yang pakai tudung tu tau. yang belakang tu.korang tengok la muke dia mase ni.pun tengah macam tetttt..malas nak cakap..paham2 sendiri..kalau tak puas hati tengok muka dia, klik la bg besar sikit gambar ni..tak pasal2 ko glamer dalam blog aku kn CIK SOM.....

BISIK-BISIK

entri ni sepatotnye diwujudkan minggu lepas lagi. tapi macam malas-malas kucing nak hapdate blog, so, hari ni baru la rajin nak menaip,mengupload dan mengepost..selasa lepas g makan2 ngan ex-housemate. wani n rini pembelanja. saya hanya pemakan sahaja.hehe. jom tengok gambar je la..

mula2-->haruss snap picture menu dulu.

kedua-->harus snap picture cik blogger..hehe...with wani.
ketiga-->harus snap picture teman2 semeja*kaknik n comey*

keempat-->harus snap segala jenis makanan yang dioder. ni air yg dioder oleh cik blogger dan comey.apple juice.sedap tapi manis sangat.boleh kencing manis kalau hari-hari minum kat sini


air dioder oleh kaknik n wani. air pe ntah namenye.coklat blend kot.lupa ingatan sudaa

chicken chop.dioder dan disantap oleh cik bloger,wani n comey. rase tak bes punnn..keciwaaa
nasi lemak kaknik oder..pun tak sedapp.macamane saya tau tak sedap??sebab saya rasa kaknik punya nasi sesudu.sesudu je tau.tak lebih..hehe
ni jempot2 udang..akak yg serve tu cakap jempot2 ni glamer kat bisik2. so,kami oder la nak rase kesedapannye..tp tak bess gak.
kesimpulannya, memang tak bes pun makan kt bisik2 ni..mati aku kene saman juta2 ngan tokey bisik2 pasni..tapi kire okey la kn.kutok2 pun, kira promot kedai kamu la incik tokey. takkan tu pun nak saman saya lg..huwahuwahuwa








Friday 2 April 2010

DATING DI HARI SABTU YANG MULIA..ECECEH..

esok mau pegi JB jumpa incik mat kool
walaupun psm x siap2 tapi masih sempat nak g dating
memang kelakuan yang tak patot.. ish..ish..

saya pegi jb bukan semata-mata nak dating okeyy. nk pegi pc fair. cari printer.. (ececeh..alasan kukuh tak??

esok kene bangun pagi. nak masak spageti. nak bawak untuk incik mat kool dan bakal mak dan ayah mertua. ehem2..gedik!! ni dh pukul 2. kalau bangun lewat esok, jawabnye pegi tangan kosong je la. incik mat kool, anda masih sayang saya kn kalau saya tak bawak ape2?? sila jawab ikhlas..ngeeee

Thursday 1 April 2010

PANJANG DAN BESSS

ape menu bendi yang paling bess?? kalau saya, suka celur je bendi pastu cicah sambal belacan. makan ngan nasi panas. pergghh.. memang terangkatt abiss. tak pun, tumbuk bawang,cili n ikan bilis pastu goreng ngan bendi. goreng kering2 n biar pedas melampaui batasan. memg terbaeekkk la.. (tbe2 telan air liur.gulppp)

tapi yang saya mau cerita ni mungkin lagi terbaekk kot. selalunye bendi ni panjangnye dalam berbelas sentimeter je kot. tapi minggu lepas mase balik kampung, dapat tengok bendi yang panjang giler. dalam 30cm.(anggaran je la.xde la toye muke nk ambk pembaris ukur bagai). tak tau la kalau korang penah tengok. mungkin saya je yang jakun terlebih.

saya masak 3batang jer. boleh buat untuk lunch n dinner sekali untuk makan 3org.memang panjang la kn?kn? (tolong la buat muka teruja bila bace cerita ni).. korang tak caye ke?? ni buktinye okeyy.. 'ukurlah sendiri'(macam iklan garnier lak)
ni watak utama : bendi panjang dan besss. ada gambar sebelum masak je. selepas masak tak sempat nak ambik. sedar2 dah ada dalam perot.ngeeeee
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers