Sunday 31 October 2010

tekanan pembunuh!!

kalau dah stress macam ni, ape yang korang buat ha??


kalau saya, ni la satu cara hilang stres. kalau stres-->bukak peti ais tengok apa yang ada-->start MASAK!!! lain orang lain cara kan. kalau saya, ni lah terapi nye. tak susah pun. tapi bila dah masak, mesti nak makan kn?? bila dah makan, konfem la makin gemok kn? bila dah gemok, mesti la stress kn? bila dah stress mesti la masak lagi kn?? pastu stress lagi. pastu masak lagi. pastu makan lagi. pastu stress lagi.pastuuuuuuu????? abis tu bila nak abis stress ni??huwaaaaa..

p/s:tengok perempuan kat atas tu. melentik je jari pegang tudung periuk tu. ko tengah masak ke tengah buat photoshoot iklan apron??

tadi baca novel dan terbaca fakta ni yang agak menakutkan. "TEKANAN ADALAH PEMBUNUH SENYAP".. senyap2 je ko buat keje eh.. ko ingat buat keje senyapSenyap tak kene tangkap ke?? tengok pembunuh dato' sosilawati tuh. senyapSenyap konon. pastu kene tang kap gak kan?? eh pesal aku bebel lebih nih. tapi agak geram la kenapa pembunuh tu kene penjara 7 tahun je. tak berbaloiBaloi. daripada penjara 7 tahun, baik lepaskan hari ni jugak. takde bezanya.. haaa kan dah kuar ayat emo pagiPagi nih.

haishhh lepas ni no more stresss ok?

Thursday 28 October 2010

lawak ape mende ni haa???

semalam ntah hape pasal nak bukak akaun gmail. akaun ni tak aktif pun.juz untuk blog jer. memang tk penah pun bagi emel ni kat sapeSape. pastu macam terpingaPinga kejap dapat mesej kat bawah ni..


terpikirPikir pulak sape die SABARINA ni tetiba bank in duit RM225 kat akaun ni. sedara mara belah mana pulak.teruss ingt sedara mara tuh.kalau tak jangan harap..haha.. ke ada orang sekeliling saya yang nampak saya macam meskinHina sebab tu dia transfer.haha bodo tak pikir macam ni??

kebetulan lunch semalam memang nak pegi bank. so, alangAlang tu terus la cek balance.kan kat emel tu suroh cek balance kan. alangkah bahagianya ada orang bagi nafkah RM225 bulan ni. tu kalau ada la.KALAUUUU. yang realnya, memang takde pun. nak kata kecewa, tak sangat la. tapi rasa dipersendakan oleh emel tu.huh. taknak bukak gmail dah. majok tahu...

kepada SABARINA--> nape la dah buat on9 bank in tu g CC ke emel saya. kalau betul awak nak bagi duit kat saya, bagi je la. jangan la bagi emel je. takkan nak print emel tu g buat beli beras. cakap kat tuan kedai "nah saya ada rm225.nak beras 10beg".. ke camane??

kentang goreng lazat nom nom nyum nyum

dari dua tiga minggu yang lepas mulot asik rasa nak makan kentang goreng.kepala asik pikir kentang goreng.. kaki asik nak pegi beli kentang goreng.hati asik cintacintun dengan kentang goreng.. nape ni haaa?? kene rasukan kentang goreng agaknya..Grrrrrr

tapi agak demand jugak la. hanya siang terbayang malam merindu
kentang goreng yang baru lepas goreng panasPanas yang garing lagi tu. taknak yang kfc ke mcD ke. diorang punye kentang goreng memang panas tapi bila angkat tu macam liuk lentok sikit kan. taknak yang tu.nak yang keras. baru bes dan nikmat~~~

tapi dari dua tiga minggu lepas dok idamMengidam, baru dapat makan 3kali. kira berjaya la tahan nafsu kan.kalau jenis tak tahan nafsu memang sehari 3kali dah makan.

mulaMula dapat makan yang ni. paksa incik matkool beli yang tak masak lagi.pastu goreng sendiri kat rumah. memang nikmat nak mamp la. tabur pulak mende alah kat bawah ni. memang terbaekkkk..black pepper ni yang berperisa tu. kalau takde yang berperisa, tabur blackPeper biasa pastu tabur garam sendiri sudeyy.


kali kedua dapat makan yang ni. tapi makan 1 batang je tau. bukan 2 batang mcm kat gambar tu.


kali ketiga dapat makan yang ni. eh, ni perkara sama je kat atas. kata dah mengidam kan. harus la makan mende alah yang sama berulang kali.

pagiPagi datang ofis dah gugel gambar
kentang goreng. mahunye tak mengidam mcm orang preggy kembar 10... kononnya nak jamu mata tapi tak pasalPasal perot menyanyi riang gembira.

nak
kentang goreng!!!tapi...ade tak insanInsan yang arif lagi bijaksana yang boleh cipta kentang goreng yang boleh menguruskan badan. kalau rasa diri anda bijaksana, baik pegi cipta sekarang!!! ngehNgehNgeh

Wednesday 27 October 2010

spek mata

weekend lepas balik kg n sangat geram pada diri sendiri sebab tertinggal semua barang mekap.dengan begmekap sekali. bkn la byk sangat barang mekap pun tapi bila sedar tertinggal je, memang rasa nak hantuk kepala kat cermin kereta(sebab masa tu dalam kereta dah separuh perjalanan).

masa balik tu memang pakai spek je. tak pakai lens. maknanye lens ada dalam beg mekap tu.maknenye dah tertinggal lens sekali. maknanya akan pegi ofis pakai spek sahaja.maknanya akan nampak skema sahaja minggu ni.nampaknya takde maknenyerrrr....

i bila pakai spek ni keyakinan turun sikit.motip??ntahh..alasan jer. tapi serius rasa mcm selekeh je kalau pakai spek. macam mana la perempuanPerempuan kat luar sana yang pakai spek tapi still nampak hot gojes. selalu je tengok orang lain pakai spek n still comelKiutMiutLoteGojesLojes tapi kenapa saya tak??bila pakai spek je terus rasa down nak tido je sepanjang hari sebab rasa diri tak gojes langsung.. kalau tak pakai spek gojes kah???sila jawab dalam hati je.

hangpa tengok la gambar awekAwek pakai spek kat bawah ni tapi diorang sangat gojes jugak. apalah rahsia mereka yer.. kalau dah sedia gojes, pakai la apa pun tetappppp gojes. tu la jawapan yang tepat hangpa nak bagi kan??sob sob

owh ini sememangnya gojes. kalau tak takkan jadi kepunyaan Datuk K yang gojes jugak kannnn... pakai spek petak n muka tak payah mekap pun still terbaekkk..

kepunyaan mawi ni pun gojes jugak bila pakai spek. dia ni kalau tak mekap lagi comel. bila mekap i x berapa nak bekenan.

hot mama. comel jek kan die pakai spek. takde pun keyakinan menurun ke hape. jeles tahu..


pakai tudung+pakai spek=comel
pakai tudung+tak pakai spek=pun comel
bile mase ko tak comel haa heliza???\

ingatkan nak tempek gambar diri sendiri yang tak gojes pakai spek tapi gambarGambar di atas sangat la santekk maka tak perlu la nak menjatuhkan air muka sendiri. nanti payah pulak korang nak bandingkan mana satu saya, mana satu heliza..panggg sekali bagi sedar diri.. wakakaka.. lain kali i letak ok???

Tuesday 26 October 2010

CONTEST moment to remember

meh ramaiRamai terjah blog safiyyah osman a.k.a kesayuan seorang gadis.. cik Piya ade buat contest. tarikh tutup 31Oktober2010. so cepatCepat!! before join, jgn lupa tengok syaratSyarat dlu. klik je link kt atas tu or sidebar kat sebelah ni..ok??

v
v
v
v
v

"moment to remember" sebab gambar ni nampak kami sangat gembiraRiangRiaHepi. dok tepi pantai sambil layanLayan ombak, sambil gelakGelak, sambil menariNari, sambil pocoPoco. kan boleh jadi "moment to remember"rite?? gambar ni masa kitorang praktikal kat TM tahun 2007.before abis prktikal kitorang buat bbq kat cherating. walaupun kitorang kenal 4bulan je, tapi kami sangat rapat dan mereka semua sangat besss. sebenarnya ramai lagi yg join bbq ni. tapi yang lain dok sibuk membakar, kami sibuk berpocoPoco.hihi. siyes sangat rindu this moment..

nak tag :
1. pal7..(awk, join la.kan sgt suweeett kalau lelaki yg join ni..hehe)
2. C.E..(akak tau c.e tgh bz buat sistem kn. so, nk ilang stres ape kate join kontest ni.ngeee..)
3. Rea..(pesanan yang sama macam c.e.jgn stresStres.:)


3benda yang di idam dan mengidam
1.
wedges 3inci yang kiutComelHover yang boleh jadikan tuan dia tinggi.heee ~~paling cikai
2.
kain pasang yang berwarna pink gurlishGurlish nak pakai tunang.eceh bila ntah nak tunang ~~
sederhana cikai
3. nak emas seketol 10"x10".emas mahal woo sekarang~~paling gempak

OK DONE!!

Monday 25 October 2010

tatap la muka comel cute tomel tiut ni..haha

jangan terkejut dengan lukisanLukisan di bawah yer. ni hasilhasil kreatif budak TADIKA SMC(budak tadika umur 20-24 thn ok??)..kahkahkah.. dah jangan gelak.tengok je sudehh..

**senyum sampai mata keluar bintang..cayalahhhh. seperti sangat gembira dapat check in pandan city hotel**


**takde perasaan nih..kesian**


**7 budak merah SMC sedang berjalan nak check in hotel sambil sengetSengetkan badan**


**yang ni krisis identiti bak kate angelic aida...ngeee**


**ni muka bajet farid kamil. dengan harapan dapat jumpa lisa surihani kat pandan city tapi kecewa lisa ada shooting kat hotel lain.maap la yer**lalalalalalalaaaa


**muka sangat comel. senyum sampai pejamPejam mata. mungkin sedang menikmati kedamaian di pandan city hotel**


**ni muka bengang sebab tv kt bilik hotel rosak,dah call servis tapi tak datangdatang.dah call 2kali n buat suara garangComel baru nak hegehHegeh macam sipot..pastu bilik sangat banyak taik cicak. haishhh**


ni mood hari 1st kursus jer. next and next day semua dah ok dah.. walaupun tak ok sangat kena cakap ok jugak la..kate ditanggung sepenuhnya kan. harus la dok diamDiam takde komplenKomplen...SSshhhhh

keusahawanan multimedia kreatif

minggu lepas saya attend kursus ni. sebelum pegi tak berapa teruja. lepas pegi pun tak berapa teruja jugak.haha.motip??
1st program after register, kitorang kena jawab test keusahawanan n ITC. most of kitorang dapat markah for ITC test 30++. macam tipu jer. 2 3 soalan je kot yang saya macam konfiusKonfius lalat. tapi takkan sampai dapat 30lebih. bukannya diorang bagi soalan koding yang boleh menyesakkan nafas bila jawab.

soalannya objektif sangat la kacang. lebihKurang cam gini la.
'apa input n output hardware'
'software ape yang opensource means free xyah beli mahal2'
'software ape yang boleh guna utk audio'
'software ape yang boleh guna utk video'
'LAN,MAN.WAN mane lagi besar range die'
'url website stat ngan http ke htpp ke htp ke stpp ke stpm ke.
eh tipu sikit kat hujung tu'

pelik tak kalau soalan macam kat atas tu kitorang boleh dapat 30++/100. ketujuhTujuh kami ok. bukan saya sorang. kitorang bukan nak belagak. tapi as a student IT, macam pelik la kan. sedangkan sume mende tu sangat la basic bagi kami. dok mengadap hariHari.memang imposible la boleh dapat markah macam tu. saya rasa sistem tu perlu dibetulkan semula la..ampunn pak kalau bahasa saya sangat kasar di mata dan di hati anda.chilll!!


lokasi kursus :

miss receptionis yang mesti dah gile bosan tengok muka saya. dalam sehari ada la 5 6 kali anta n ambik kunci. kalau sepanjang 3hari??kira la sendiri. nasib hang la. sape suroh drop kunci bile nak gi kelas.

perkenalkan group 1st beachboyz aka geng bas sekolah. dari kiri: fire yang diminati oleh mr.bean, syuk yang kene panggil ke depan sebab muka tanda soalnye, fazli yang terer buat animation budak menariNari.**wink**

geng bas sekolah kedua : kuwhere yang tergilakan pemilik blog honeykoyuki, asri first person yang penuh yakin mengaku dah siap projek animaton dan shalikin yang berjam tangan baru(sila lihat tangan beliau sekarang)...wakakaka...

haa..ini la ketua bas sekolah.. nak kenalan dengan geng2 bas sekolah kat atas tu, haruslah kontek ketua dia dulu yer..hehe..

pesanan untuk beachboyz aka geng bas sekolah : aku dah naikkan saham korang banyakBanyak dah ni. jom banje aku ikot turn. jimat duit aku seminggu..haha

Sunday 24 October 2010

rasa nak termuntah

rasa loya semacam.rasa nak termuntah..hadoiii.. ni la masalahnya kalau tak boleh nak minum kafein tapi gatalGatal miangMiang nak minum jugak. seminggu dua ni asik minum NESCAFE jer. sebabnya taknak tersenggukSengguk kat ofis. tapi bila minum ni la kejadahnya. pas minum dah pening kepala mula menyesal. tapi esok buat lagi.menyesal lagi.buat lagi. menyesal lagi dan buat lagi dan lagi dan lagi......

ahh nescafe ni la yang menyebabkan kepalaku penin dan penin dan peninggg dan peninggggggg..

masalahnya kalau tak minum NESCAFE, mata mengantuk. bila mata mengantuk, baekkk punye landing kepala atas meja. bila landing kepala atas meja tu, pahamPaham je la apa yang akan jadi kat meja ni sebulan dari sekarang. mungkin akan ada peta zimbabwe ke cambodia ke.camtu la..sape mau jawab??

saya memang sangat suka tido.tido juga sangat suka saya. sebab tu dah jadi kesinambungan yang baik. tolong jangan salahkan saya sorang. kami memang tak dapat dipisahkan. salahkan tido juga. boley??

ini budak pening selepas minum nescafe sebab dia sangat ngantok. hasrat murni beliau untuk tidak tidur di ofis sangat la mulia bukan. sila bertepuk tangan untuk diri sendiri.**gambar di atas bukan di capture ketika pening ye. hanya sekadar gambar hiasan.**

Friday 22 October 2010

CHINTA chanduri punye pasal

weh, weh korang layang CHINTA tak?? saya macam teraddict nak tengok chinta nih. tapi selalu je tak dapat tengok dari mula sampai abis..

nak dijadikan cerita, sepanjang kursus 3 hari ni, mulaMula tengok tentatif program dah stat lonjak gembira sebab pukul 6.30 sampai 7.30 tu memang nyataNyata la waktu rehat lepakLepak kat bilik. tapiiii....

semalam tengah lepakLepak syokSyok tengok chinta, ada la sorang makhluk tuhan ni pegi tutup tv. apa perasaan korang masa tu??nak sepak ke nak lempang makhuk tuhan tu?ke nak bagi kawin dengan osman kabilah??eh osman kabilah tu pun chinta layan abg ber abang bagai..haishh geli seii..

sahSah la dia tau saya tengah tengok cerita tu. tapi apa ntah motif dia tutup tv dan buat muka tak bersalah. pastu dok ajak berborak.. jangan harap la nak layan.. emo weeii tak dapat tengok bila ada peluang free camni..ceittt

Wednesday 20 October 2010

KMK

3hari stop berbelog.. off to Pandan City Hotel. ada Kursus Keusahawanan Multimedia Kreatif.. Daaaaaa

Sunday 17 October 2010

tanjung piai-->sesi gambar sahaja

malas nak cerita lebihLebih.. nak tau lebih lanjut, taip saja kat google "apa ada kat tanjung piai" atau 'bes sangat ke tanjung piai" atau kalau nak lebih info, taip je "hana ke tanjung piai dengan kakak dan abang iparnya.." mengong!!!

ok2..tengok je la gambar ni. kalau tak puas hati, pegi la jengukJenguk sendiri apa yang ada kat tanjung piai tu.ok?? undur diri dulu. bai..








Thursday 14 October 2010

nak ubat kurap?? meh nak bagitau meh..

sapa yang ada kurap tu, cepatCepat je nak klik nih.. kan??

penah dengar bakau kurap tak?? andaAnda kalau ada kurap tu, pegi la cari cepatCepat. ni saya jumpa dekat Tanjung Piai. kat tempat lain tak tahu la.. kalau nak membaikpulih kurap korang, pegi la cari cepat. eh tapi jangan salah paham tau. tuan blog takde kurap. suci bersih lagiiii..hihi

ok. ni bunga dia. kalau nak hilangkan kurap tu boleh la petik bunga dia ni. tapi nak petik bunga dia ada syarat tau. kene dudok bersimpuh dan hanya boleh memetik sekuntum dalam masa 5 minit. maknanye 5minit petik satu 5minit petik satu.paham? kalau langgar pantang larang tu, memang kurap korang makin bertambahTambah. takot tak??

nak tau lagi???









dan lagi???














sebenarnya kan, sebenarnya kan..














sebenarnya kan..hadoi takotnye nak cakap.. cerita kat atas tu AUTA sajer.ke tak tau auta tu ape. dengan kata lain Mitos yang dicipta oleh saya dan dengan kata lain TIPU jer(mati aku kene baling selipar pasni). relek der. gurau pagi kan.. gurau sikit pun tak boleh. sentap la korang nih.

ok2. gurauGurau jugak tapi kalau gurau kasar macam ni, baik ditebus balik dengan bagi info berguna. see, saya mentipu sekejap je. lepas tu dah jadi baik semula.. kan hari jumaat. erk???

nak info sebenar klik la gambar kat atas tu. kalau tak klik memang tak nampak sebab CLEAR sangat gambarnya.. ada la info sikit pasal bakau kurap ni. bakau ni takde kene mengena dengan orang yang ada kurap pun.. wakakakaaa.. jangan marah ha..

sapa ada kurap tu, pegi la jumpa doktor. saya tak mampu nak ubati korang..**wink**

p/s-->> sy jumpa bakau kurap ni masa pegi tanjung piai 2minggu lepas. next entry nanti kite storyMoryNoryOryPory(eh ngarot mende nih)pasal tanjung piai. ok??

tengok je sudah. takyah kutokKutok

seperti yang dijanjikan(ecehceh ayat xle blah) saya mau upload gambarGambar dating kami weekend yang lepas. minggu lepas abis kerja hari jumaat je dah terbang ke KL untuk berFoyeFoye dengan incik mat kool. eh terbang ke?? tak la..naik limosin la .eh tak jangan percaya. naik LimoBAS saje. ngee

saya sampai KL dah malam. so, takde nye nak menyempat ambik gambar. pikir nak ngadap muka incik mat kool sampai muntah je..haha..

semua gambar hover di bawah berlaku keesokan harinya. dah bangun pagi baru sedar henpon ade kamera rupenye. baru terpikirPikir kenapa malam tadi tak ambik gambar..ngeee

kenapa kaki saya sangat pendek??huwaaa. ni pun dah suroh incik mat kool undur belakang sikit sampai dah hujungHujung tempat duduk tu. tapi still KONTOTTT...ish2..

*PEACE NO WAR*
tapi lepas ambik gambar ni, ade jugak WAR sikit sebab baru perasan
incik mat kool tak pakai cincin couple kami. time raya hari tu tertinggal kat JB. pastu paksaPaksa suro incik mat kool pegi ambik cincin. skrg kat Kl tapi nak suro balik Jb ambik cincin time tu jugak. mengong jugak awek die nih kadang kala.. haha..

ngade ah buat muka gitu. bak kate akmal "u look so gay".. gay ker???

semenjak dua menjak nih, incik mat kool suka benor bergambo pelikPelik. dulu tak suka bergambar tapi sebab ajaran awek dia, dia juga dah menjadi tidak senter seperti aweknya. tapi awek dia behave je masa ni. comel pulak tu.. haktuihhhh...

ce cube tengok gambar dari atas sampai bawah, bijak je cari sudutSudut yang akan menyembunyikan lemak di bawah dagu. bijak tak?bijak tak?

tak dapat cari sudut yang bagus, maka tutup la lemakLemak berlebihan dengan tangan anda. tapi teknik ni tak berapa nak menjadi sebab pipi masih ada 2 ke 3 ketol ntah.. tip kat bawah lebih berkesan kottt.

last tip, beraksi muncung seperti ini jugak akan berjaya membuatkan muka anda kurang bulat walaupun realitinya sangat Booolattt.. fuhh bagi tip macam fotografer kauuu...

muka incik mat kool boolat takpe. saje tempek kat sini biar jatuh saham. awek dia saham tinggi takpe.. gile teruk sabotaj nih..huhu

dah la. tengok je. penat dah nak cerita.

ok disudahi dengan gambar yang bajet AYU.. tak cukup ayu ke ni wei?? penat tahu nak bergambar macamni.. kene buat renungan paling seksi seksa kooo... wakaka tak seksi langsung..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers